This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Tuesday, 28 December 2010

Yang Rahmat Itu Datang Dari-NYA

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Image Hosting by PictureTrail.com
FK dan NAQ di Amansari Beach Resort, Pantai Sepat, Kuantan

Beberapa hari lagi kita semua akan melangkah ke tahun baru, tahun 2011 yang jatuhnya juga pada 25 Muharram 1432H. Dalam lengang masa ini, aku terpanggil untuk mencoretkan beberapa perkongsian bersiri sehingga ke pengakhir tahun. Aku punyai empat hari untuk membuli jemari bagi perkongsian bersiri ini. Aku mulakan dengan kisah paling terkini berhubungkait akan sebuah pertemuan. Setinggi-tinggi rasa syukur aku panjatkan kepada Allah atas kemudahan pertemuan ini. Barangkali pembaca-pembaca tertanya siapa Nur Aisya' Qaisara (NAQ) seperti namanya selalu berada pada dinding facebook aku. Asal usul penciptaanya sebenarnya tidak ada keraguan kerana setiap yang lahir itu adalah hak dan anugerah. Justeru aku memohon budi baik pembaca-pembaca untuk tidak mempersoalkan siapa NAQ, daripada mana usulnya dan sebagainya. Aku membawa NAQ dari Miri atas jasa baik dan rasa tanggungjawab seorang teman bernama Farid Kamil. Natijahnya, kini NAQ telah pun mempunyai beberapa keluarga baik di Miri mahupun di Semenanjung Malaysia. NAQ diserahkan kepada keluarga aku pada penghujung tahun 2009. Aku dan teman-teman di Miri bertukar tangan menjaganya sejak kelahirannya pada bulan Jun 2009. Ringkasnya sejuta penghargaan buat Kak Aishah sekeluarga, Iera dan keluarga, Kak Zara dan keluarga, Along a.k.a Kak Rogayah dan keluarga serta nama-nama lain seperti Kak Ani dan sebagainya. Benar, banyak nama yang perlu dinyatakan untuk NAQ namun biarlah aku simpan sebahagian daripadanya dalam jutaan apresiasi buat mereka semua. Semoga Allah menghadiahkan kebahagian buat kalian seperti mana Allah telah membuka lembaran baru buat kami dan NAQ sekeluarga. Alhamdulillah, NAQ baik-baik sahaja di bawah penjagaan kami sekeluarga.

Image Hosting by PictureTrail.com
FK dan Mak (ibu FK) dan NAQ

Sebelum tergelungsur daripada landasan penceritaan, izinkan aku untuk meneruskan perkongsian seperti yang dijanjikan. Dalam perkongsian ini, aku akan menggunakan singkatan untuk nama-nama tertentu. FK (Farid Kamil) turun ke Kuantan sehari lalu bersama keluarga dan saudara maranya sebaik sahaja selamat menyempurnakan ikatan pertunangannya bersama gadis pilihannya yang berasal dari Pahang namun bekerja di Miri sepertinya. Setahun juga FK dan keluarganya tidak bertemu NAQ. Sewaktu penyerahan NAQ, NAQ baru berusia 6 bulan. Pertemuan ini memang telah diatur lama kerana itu kami semua memanjatkan kesyukuran kepada Allah atas kemudahan perancangan ini. Detik-detik yang mendebarkan apabila aku memimpin tangan NAQ dan membawanya kepada FK. NAQ tertunduk malu-malu. Setiba FK dekat padanya, FK memeluk dan mendukung NAQ dan NAQ terus sahaja membalas pelukan FK malah lebih erat dan terus juga merangkul erat leher FK. Ini adalah pertemuan seorang ayah dan seorang anak yang setahun berpisah. Apa yang ajaibnya, NAQ kenal akan FK. Ini adalah keajaiban. Selama setahun NAQ pulang ke semenanjung, sifatnya adalah memilih, tidak pada semua orang akan didampinginya dan tidak semua orang juga boleh mendampinginya. Biasalah, kanak-kanak yang belum pun berusia dua tahun. Dia akan pergi kepada meraka yang sering ditatapinya. Aku simpulkan situasi yang berlaku sehari lepas adalah suatu keajiban dan rahmat daripada Allah.

Image Hosting by PictureTrail.com
Along (abang kepada FK) dan NAQ

Teman-teman semua, apa yang ingin aku kongsikan di sini adalah berkenaan dengan rasa tanggungjawab yang luhur atas amanah yang telah diberikan. Aku suka untuk membuat kesimpulan betapa apa yang pernah berlaku sewaktu NAQ berada di Miri adalah srasa tanggungjawab dan amanah yang telah tergalas di bahu kami. Kami tidak sesekali memperlihatkan apa yang tergalas adalah suatu beban malah ia merupakan hikmah yang tidak dapat kami lihat secara zahirnya. Namun kami percaya, ukhwah yang terjalin sehingga ke hari ini sedikit sebanyak adalah hasil rasa tanggungjawab kami kepada NAQ. Kami memanjatkan rasa syukur atas rasa ini dan kami berdoa agar ukhwah ini akan terus berlangsung dalam keadaan aman dan sejahtera. Terima kasih dan terima kasih buat kesemuanya!

Nota daripada akal :-

1) Siapa yang mengukur ikhlas?. tepuk dada tanyalah iman. Subjek ini adalah hak individu namun mata dan air muka sentiasa memberi gambaran.....

2) Kamu peroleh sesuatu dan kamu hilang sesuatu. Ini adalah adil. Untuk berada dalam adil jangan tamak, jangan sombong, dan jangan bongkak. Seseorang yang memiliki RM100 lebih bahagia daripada seseorang yang memiliki RM100,000,000.00 kerana tidak dia meletakkan kufur itu atas nikmat. Semoga kita tidak berada di kalangan mereka yang kufur akan nikmat Allah.

3) Sejauh mana kita sesat, setinggi mana kita berada, sehebat mana kita rasa...berbaliklah kepada perkara-perkara asas. Kerana yang asas ini lah yang akan menjadikan kita lebih tawadduk dan merendah diri.

4) Sekali kamu peroleh cinta, maka jaga cinta itu kerana cinta itu adalah anugerah Allah.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu juga datangnya dari Allah atas kelemahan sifat dan sikap kita manusia. Semoga bertemu lagi.

7 comments:

Amir Rayyan said...

Rindu NAQ jugak....Alhamdulillah dipermudahkan semuanya....:)

zara said...

I miss her.

:-(

artisticklytouch said...

teringin bertemu dengan NAQ dan juga penulis blog ini.

sejak dia kembali ke semenanjung, senyap sungguh!!

take care :D

Ad Rifza said...

Moga NAQ membesar dalam ruang linkung yang ayah dan semua yg berada disisinya mahukan..Pencorak hidupnya adalah manusia2 sekeliling..Moga NAQ membesar dgn sebaiknya...INSYALLAH..Di doakan yang terbaik untuk Dayat dan keluarga..INSYALLAH..

JaseMario said...

Selamat Tahun Baru Dayat...

JaseMario said...

Selamat Tahun Baru Dayat...

Nasarudin Ahmad said...

salam dayat

selamat tahun baru....sesuatu kejadian itu ada rahmatnya dayat...
harapkan persahabatan yg terjalin selama ini,walaupun dimana berada tetap ukuh hendaknya.....teringin nak jumpa NAQ......setahun jg la...dah besar dia skrg...Taniah juga bt FK atas pertunangan anda....selamat tahun baru 2011....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...