This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Monday, 6 December 2010

Cekalkan Diri Untuk Kehidupan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Beberapa kali juga laman ini dimasuki namun dibiarkan kosong tanpa cerita. Bukan sengaja tetapi ada perkara yang seolah-olah menghalang jari jemaari ini daripada menekan dada 'Dell' yang aku kira berusia tiga tahun. Sudahnya, aku teruskan juga akan perkongsian untuk kesekian kalinya. Janjiku, biarlah Chronicle ini terus berusia dan bernyawa!. Apa khabar teman-taman maya semua?. Semoga kalian sentiasa berada dalam rahmat Illahi. Bagi diri aku, alhamdulillah Allah masih lagi meminjamkan roh dan nafas ini untuk khidmat atas-NYA. Semoga benar apa yang dipinjamkanNya telah dan akan terus dimanfaatkan kepada-NYA. Barkata-kata biarlah disusuli dengan tindakan dan perbuatan agar tidak tergolong dalam kumpulan yang tidak beriman.

Image Hosting by PictureTrail.com
Sekadar gambar hiasan

Tempoh kaku ini sudah pun melebihi nilai sebulan. Begini rasanya bila kehidupan menjadi 'bebas' tanpa tanggungjawab. Suka atau tidak bukan persoalan namun kesediaan untuk hari-hari mendatang adalah lebih penting dari segalanya. Tidak mungkin aku akan membiarkan keadaan tidak berubah sedangkan jalan sudah terbentang di depan mata. Aku berharap semoga masih ada kekuatan dan kesabaran yang mahu berteman. Aku ingin sekali mengulangi sejarah beberapa tahun lalu. Niatnya untuk memperbaharui dan memastikan keadaan akan datang lebih baik daripada keadaan baik sebelum ini. Biarlah berangan-rangan kerana aku percaya setiap perkara bermula daripada angan-angan. Sudah tiba masa bertindak!. Sokongan tidak pernah putus. Bukan masa untuk menyesal dan meratapi. Setiap dari kita punyai masalah sendiri. Simpan dan fikirlah yang terbaik untuk diri sendiri.

Alhamdulillah, syukur alhamdulillah. Rekod sedang diperbaharui. Semoga Allah permudahkan segalanya. Itulah lebihnya jika ada toleransi dan rasa ikhlas yang tidak dibuat-buat. Inilah yang dinamakan suratan sekalipun permulaan berlaku secara kebetulan. Rahmat dan anugerah Allah jangan sesekali disiakan. Kelak murka-NYA, musibah juga yang diberi. Aku berdoa agar ini adalah penghabisan. Campuran sudah lebih daripada sebati cuma sehingga ke detik ini, tidaklah tepu. Maksudnya, ujian ini panjang. Ujian ini berterusan. Ujian ini mungkin juga penentuan. Sesiapa yang percaya akan kesudahan yang baik, maka akal dan tindakan akan selari berbuat akan perkara-perkara yang menjurus kepada kesudahan yang baik. Bulatkan dalam hati. Benamkan dalam sanubari. Bila tiba waktu, tiada yang perlu ditangisi tapi redha dan redha. Yang benar.....redha.!

Akhir qalam, salam maal hijrah buat semua ummat Islam seantero dunia. Moga adanya hijrah mahmudah di antara kita semua. Semoga segala amal kebaikan kita di dunia ini dihitung seadilnya di akhirat kelak.Insya-Allah.....

#Teringat perbarisan ketika sambutan Maal Hijrah sepanjang aku bersekolah menengah di Sabah dahulu!. Pegang spanduk sambil..."...satu muharram detik permulaan...." Seronok!

10 comments:

Ad Rifza said...

Salam Maal Hijrah Dayat..Terima kasih kerana membuatkan pembaca tidak hampa bila membuka blog ini..sbb ada entri baru..:-)
So teruskan dan cekalkan diri dalam penghijrahan diri dalam apa sahaja keadaan yang boleh membawa kebaikan..Masalah dan kesulitan dalam penghijrahan itu pasti ada..Atas kita bagaimana untuk menghadapinya..Moga ALLAH berikan kita kesabaran dan ketabahan dalam mengharunginya..INSYALLAH..Gud Luck..

baincardin said...

Salam n welkam bek bro dayat!

*gambar awan ni kalo HDR pun cun gak ni..^_^'

Anonymous said...

Salam dayat..:)
Salam maal hijrah.. Semoga kamu sntiasa tabah dan kuat hadapi segala rintangan hidup.. Memang sbgai hambaNYA , dugaan dan rintangan adalah peneman kehidupan.. Ingat, Allah sayang hambanya yg sedang diuji, kalau kita redha dan sabar.. Ingat, segala yg terjadi adalah pilihan kita dan segala penawar apa jua pun ada di dalam pilihan kita.. Setiap baik buruk semua datangnya dari Allah.. Cuma baik adalah dariNYA dan yg buruk juga dariNYA tp dr sbb tindakan kita..kamu seorang yg cekal..yg tabah..aku knal kamu.. Ingat satu pesan aku.. NABI yang bersifat maksum, yg terpelihara dari dosa pun sering di uji Allah apatah lagi kita manusia biasa dayat!!! Berusahalah.. Aku sntiasa myokong kamu:)

Anonymous said...

AJA AJA FIGHTING.....
tak salah bermula dengan angan2....

baincardin said...

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432! ^_^

Cynthia said...

Salam Maal Hijrah to you, Dayat.. miss having you around.. take care there alright.. hugs!


Joyce

Otit said...

Thanks for having this blog as reference and beacon of hope in times when I felt down. :)

faridmw said...

salam senyuman..
bt yangterbaik untuk menjadi yang terbaik di tahun baru ni.. mga kita semua menjadi insan yang berjaya kerana menjadi yang lebih baik dari tahun2 sebelumnya... senyum selalu..

^aNgRiAni^ said...

Salam...
& Salam Maal Hijrah wan :-)

Amir Rayyan said...

moga lebih baik insyaAllah...Salam 1432H abg...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...