This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Wednesday, 10 November 2010

Selamat Ulang Tahun Kita!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Image Hosting by PictureTrail.com
Pantai di Taman Gelora, Kuantan

Hakikatnya terlalu banyak perkara dan peristiwa yang ingin dikongsikan, namun bukan persoalan masa yang menjadi masalah namun keadaan diri yang seolah-olahnya tiada semangat merentangi hari-hari mendatang. Lagak seperti tiada apa yang berlaku tapi pundak yang menanggung lebih terasa beban. Beginilah jadinya kehidupan yang suatu ketika dahulu barang kali sifatnya dinamik dan hari ini, aku tidak mahu meletakkan apa-apa label pada sebuah kehidupan. Orang kata, kita buat apa yang sepatutnya kita lakukan. Orang kata, kita ikut rentas hidup yang sudah tersedia. Orang kata, selagi boleh bersabar, maka kita perlu bersabar. Aku: Barangkali orang kita lupa betapa kita boleh mengubah apa yang tersedia (cara) selagi matlamatnya serupa. Aku: Barangkali orang kita sudah lupa, jalan yang sudah tersedia itu juga merupakan salah satu daripada pilihan yang ada. Aku: Barangkali orang kita juga sudah lupa bahawa sabar itu juga ada had dan batasnya. Selagi boleh bersabar?, maksudnya jika tiada lagi 'selagi', maka sabar itu tiada.

Terasa sedikit sukar apabila yang sedang berlaku tidak seperti yang telah dirancang. Ikut akal positif, ini adalah ujian, ini adalah cabaran dan ini adalah pengajaran. Sekadar memujuk diri agar sekurang-kurangnya masih mahu berjalan jika tidak mampu berlari. Ikut akal negatif, salah aku kah?, dosa aku kah?, nasib malang kah?. Urutlah dada bawa istighfar dan bermuhasabahlah. Kata akhir yang mematikan, setiap yang berlaku ada hikmahnya (kini aku senyum, cuba terus senyum) sekalipun di dalam, aku tidak tahu apakah ekspresi yang selayaknya dipamerkan. Hari ini 10.11.10, genap 26 tahun aku bernafas. Tidak tahu juga selama mana lagi Allah akan meminjamkan nyawa ini. Bakti?, rasa-rasanya belum ada. Jangan kata pada agama, bangsa dan negara, bakti pada ibu bapa dan diri sendiri belum terlunas. Semoga aku terus diberi kesempatan untuk berbakti kepada mereka yang berhak. Jika tidak kepada mereka yang berhak, cukuplah sekadar berbakti kepada diri sendiri. Janganlah aku menjadi seperti pahat yang menunggu tukul untuk mohon diketuk. Arghhh, itu bukan aku!, bukan aku! dan bukan aku!.

Masih segar di ingatan ini, genap setahun kenangan yang telah berlaku, ketika dan waktu seperti hari ini, aku sedang sibuk berada di atas pelantar minyak Petronas Carigali Sabah di Samarang, seminggu dua di atas kapal Petra Enterprise. Perasaan teruja dan bersemangat berada di lautan untuk menyelesaikan tugas dan tanggungjawab. Kini, aku sungguh rindu berada di tengah-tengah samudera. Moga masih ada peluang untuk aku ke sana lagi. Sekarang adalah masa meneruskan apa yang telah diputuskan. Barangkali ada sesuatu yang jauh lebih besar bakal diperolehi jika kita benamkan rasa sabar disamping berusaha untuk terus maju dalam hidup. Seperti yang pernah aku katakan sebelum ini. Kehidupan ini secara dasarnya adalah platform sementara bagi kita semua manusia menghadapi ujian dan cabaran. Ramai yang telah berjaya sedang ramai juga telah gagal. Justeru jangan memilih untuk berada di kalangan mereka yang gagal. Cabaran dan ujian inilah yang akan menjadikan kita seorang individu yang lebih matang dan berilmu. Selamat maju jaya semuanya!.

Image Hosting by PictureTrail.com
Paling baharu: Berlatar belakangkan bandar Kuantan

Kepada semua teman-teman, jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas ucapan sama ada melalui sms, telefon dan ucapan di wall facebook. Semoga doa-doa kalian terus sampai kepadaNYA. Hadapilah kehidupan mencabar anda dengan redha dan sabar. Semoga kalian semua peroleh sesutau yang bermanfaat di sana nanti, insyaAllah.

Sekali lagi, selamat ulangtahun kelahiran buat aku dan kembar tersayang. Moga, dengan penambahan angka usia kita ini, kita akan menjadi individu yang lebih matang dan berilmu. Semoga Allah terus membenarkan kita untuk mendiami muka bumi ini, berbakti kepadaNya, ibu bapa dan mereka yang berhak. Semoga Allah memurahkan rezeki kita berdua dan mengurniakan nikmat kesihatan tubuh badan dan akal yang baik untuk terus beribadat kepadaNYA. Aku sayang kamu selalu!.

FAKTA: 10.11.2010 (secara rasminya Proton Inspira berada di pasaran Malaysia)

8 comments:

Yoshi Aiko said...

selamat hari jadi cik dayat...hehe...pic ktk nok berlatar belakangkan bandar kuantan ya mcm gbr kat pulo melayu jak...

Ad Rifza said...

Selamat Ulangtahun ke 26..ucapanke 2 dlm medium ke 2..just permulaan komen utk blog yg masih hidup ini..
Moga terus tabah dan kuat dlm menempuh apa sahaja duga hidup ..walau dimana saja manusia itu berada duga dan cuba itu sentiasa ada..berkat pengalaman dan kecerdikan akal anugerah ALLAH INSYALLAH manusia itu mampu hadapi dengan tabah dan sabar...Jangan lupa padaNYA walau sedih dan gembira dalam hidup..kerana jalan hidup ini bukan semudah yg disangka..Apa yg penting kita jalaninya dengan redha dan berkat NYA..INSYALLAH..Moga sentiasa success..ucapan ikhlas juga utk Adik Ida ya..

Ad Rifza said...
This comment has been removed by the author.
Paksu said...

Dayat,

Selamat hari Lahir :) Lama tak datang ini blog.

[tErOmPaH bIrU] said...

Salam Dayat.. Selamat Ulangtahun.. Semoga terus kuat dan tabah menjalani cabaran dan ujian kehidupan ini.. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan jodoh hehe.. kesimpulannya, semoga semuanya akan baik-baik saja ;D
Peluk cium buat Sara.. rindu dia..
Wan jaga diri okey, hingga masanya kita bertemu kembali :)

dewihati said...

selamat hari jadi to dayat and his kembar.. !! smoga perjalanan hidup ini di permudahkan. dan sentiasa di beri "LUCK" olehNya dalam setiap perkara yang di harungi

~NoRiSh~ said...

slamat ulangtahun buat adik & ida..

smoga kejayaan dan kebahagiaan menjadi milik kalian berdua di samping org2 tersayang, amin..

addyaholix said...

selamat hari lahir buat kamu dayat. kamu tahu yang aku akan selalu doakan yang terbaik buat kamu kan? ;)

selamat hari lahir sahabat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...