This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Tuesday, 24 August 2010

Ke Laut lah Lagi!!! (fighting mode)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Hakikatnya, tinggal dua minggu lagi untuk aku menghabiskan sisa berbaki di bumi kenyalang ini. Alhamdulillah, segalanya masih berada dalam perancangan dan semoga Allah terus mempermudahkan jalan untuk aku pulang ke tanah semenanjung bagi meneruskan kelangsungan hidup sebagai seorang manusia. Semoga juga, tempat baru nanti bakal menjanjikan sesuatu yang indah dan lebih baik untuk aku dan keluarga. Aku panjatkan rasa syukurku atas kurniaan rezeki ini.

Image Hosting by PictureTrail.com
Friendship never ends

Hampir semua barang-barang penting sudah sampai di semenanjung, tinggal beberapa perkara lagi akan ikut serta ke sana menjelang Aidilfitri nanti. Semoga urusan ini juga akan dipermudahkan oleh-NYA. Berat juga rasa hati meninggal bumi kenyalang ini setelah hampir 4 tahun aku berada di sini. Banyak juga yang telah aku pelajari baik dari aspek pengurusan diri, kewangan, persahabatan dan perhubungan. Perkara-perkara ini sedikit sebanyak mengajar dan menjadikan aku seorang yang lebih tabah, berhati-hati, sabar dan bertanggungjawab. Mudah-mudahan, perjalanan mendatang bakal ditempuhi dengan lebih bijaksana dan berhemah. Sesungguhnya, aku telah parutkan di ingatan dan sanubari ini setiap kenangan manis dan pahit sepanjang aku berada di bumi kenyalang. Teman-teman yang baik dan bertimbang rasa tidak kira apa jua keadaan dan situasi kalian, ikhlas daripada hati ini, kalian adalah antara teman terhebat dan terbaik yang pernah aku miliki. Semoga kalian tahu siapa kalian di hati seorang yang bernama Wan Mohd Hidayat. Terima kasih aku dahulukan atas segala-galanya. Ya...segala-galanya!.

Esok dan lusa aku perlu pergi ke pelantar minyak untuk tugasan-gantian yang aku fikirkan adalah terakhir sebelum aku berpindah. Aku berdoa semoga perjalanan esok hari akan menjadi perjalan terindah di lautan lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini. Setiap perjalanan baru itu, pastinya akan membawa kisah yang berbeza-beza. Semoga himpunan kisah-kisah akan datang akan memberikan kita lebih banyak teladan dan panduan.


Image Hosting by PictureTrail.com
New journey of my life (sekadar gambar hiasan)

Untuk pembaca-pembaca semua, aku suka untuk meninggalkan beberapa kisah manusia untuk peringatan dan pedoman kita semua. Sesugguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang tidak baik itu juga datangnya dari Allah atas kelemahan sifat dan sikap manusia. Renung-renungkan lah:

1) Zaman persekolahan (rendah + tinggi) yang berakhir sudahpun menjadi sejarah bagi setiap meraka yang telah melaluinya. Istilah bertanggungjawab kepada teman-teman lama sudah berbeza caranya. Jika kelangsungan tanggungjawab itu perlu diteruskan, makan berpada-pada lah. Takkan putus air yang dicincang!.

2) Jika kita tidak menyukai atau membenci seseorang, pernahkah kita terfikir berapa ramai pula orang yang tidak suka atau benci atau meluat dengan sikap kita. Ini adalah situasi yang adil!.

3) Sekali lagi, setiap perkara yang berlaku pastinya bersebab. Terkadang hanya mereka yang berada dalam sesuatu situasi yang tahu akan sebabnya. Justeru, jika ada perkara yang tidak didatangkan-Nya pada saat kita benar-benar memerlukan, maka kita harus redha dan pasrah. Belajarlah cara berserah dan bersyukur!.

Selamat Berpuasa dan Selamat Maju Jaya Semuanya!

4 comments:

Mr Final said...

doa semoga kali nih.. btul2 dpt pindah blk sini.. :)

Ad Rifza said...

Salam Dayat..
Episod hidup semua dari kita harus diteruskan walaupun dimana kita..didarat dilaut diangkasa sekalipun jalan hidup itu telah tersedia dalam penerusan jasad diri mengorak langkah menuju cita-cita yg pasti..Dalam perhitungan hidup yang akhirnya hayat nanti kita semua digalakkan dan digesa utk bangkit berdiri dibumi ALLAH ini menggarap dan meneroka apa yg ada atas keperluan diri selain dari itu juga menjaga kemaslahatan ummah..Dalam garis redha tuhan kita jalani hidup tetapi perlu juga menoleh utk melihat org lain disekeliling.. Moga semua kerja2 kita didunia diberkati selain kita tidak lupa alam yang satu lagi penentuan segalanya.. INSYALLAH..Selamat maju jaya dan Selamat berpuasa juga...

Amir Rayyan said...

Hijrah kepada sesuatu yg lebih baik....moga segalanya selamat abg...jaga diri.....salam ramadhan....:)

~NoRiSh~ said...

slamat maju jaya dik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...