This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Friday, 11 June 2010

Selamat Hari Lahir Kekasih

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya.....

Salam Jumaat aku ucapkan kepada semua pengunjung-pengunjung Chronicle. Hari ini aku bersiaran dalam waktu sesingkat ini bagi pernyataan sebuah hati terhadap antara insan yang paling aku cintai dan sayangai, Nur Aisya' Qaisara. Jasad kecik yang telah diberikan nafas pada 11.06.2009 dan hari ini, genaplah setahun usianya. Aku bersyukur kehadrat Illahi atas kurniaan dan anugerah Allah ini. Aku berjanji akan membesarkan kamu dengan didikan yang sempurna agar dirimu cekal melalui hari-hari mendatang yang sarat dengan ujian Allah.....

Aisya" mengantuk dalam Gondola di Genting...

Aisya', kehadiranmu telah banyak merubah pendirian abah tentang sikap manusia. Abah menjadi lebih tahu dalam membuat penilaian antara sahabat, teman dan kawan. Aisya' eratkan hubungan abah dengan teman-teman abah di bumi Miri di mana tempat abah mencari rezeki. Aisya' eratkan hubungan kekeluargaan kita. Aisya' juga temukan abah dengan cinta akhir abah dan Aisya', kekuatan abah adalah dirimu.

Aisya', berterima kasih lah pada jiwa-jiwa yang membesarkan Aisya'. Kenanglah hati-hati yang pernah menjaga Aisya' dan sayangilah mereka yang mengasihi Aisya'.
Aisya', abah tidak punyai apa-apa untuk dirimu tetapilah abah punyai hati yang besar untuk melakukan yang terbaik untuk Aisya' kerana abah sentiasa percaya, Aisya' layak untuk bahagia dan sempurna.....

Aisya' di Black Canyon, Kuantan

Aisya'.....pernah beberapa kali abah mengalirkan air mata untuk mu. Bukan kerana abah bersedih tetapi kerana abah bahagia dan gembira kerana dihadiahkan Aisya' buat abah. Bukan sahaja abah merasainya tetapi teman-teman abah turut merasainya. Aisya', bilamana Aisya' keseorangan, percaya dan yakinlah, Aisya' tetap ada akan-Nya. Pesan abah untuk Aisya', jadilah muslimah yang berjuang demi agama dan bangsanya, jadilah srikandi yang berjuang untuk dirinya. Aisya', tabahkan hati dan bersabarlah dalam mengharungi hidup-hidup mendatang.....

Aisya' sebelum pulang ke Kuantan

Aisya', abah dalam kesuntukan masa ketika ini. Esok, abah perlu berjuang di samudera Sabah, doakan akan keselamatan abah agar abah dapat menatapi Aisya' dan menyaksikan Aisya' membesar di depan mata abah. Ya Allah, syukur dan terima kasih atas pinjaman yang tidak ternilai ini. Aku berdoa agar Engkau terus menghembuskan kasih sayang dan rasa cinta ini buat anakku yang aku rindui selalu. Aisya', jangan nakal-nakal dan gembirakan lah hati-hati yang ada bersama Aisya' ketika ini.

Salam dengan penuh rasa cinta buatmu anakku....
Ikhlas,
Abah, Miri, Sarawak


- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Miri, Sarawak

11 comments:

zara said...

Happy Birthday sweetie. To tell u the truth, this is the most awaited entry. Been checking ur blog since early morning in the hope that there's an entry dedicated to the sweetest honey bee. Thanks to HIM for giving us the taste of having lil munchkin even if its for a mere six months. Really missed her much.

To NAQ, may we meet again someday.

With Love,
zara

*Terima Kasih, Ya Allah*

ian yusof said...

Happy Birthday Sweetie Pie!

tErOmPaH bIrU said...

Selamat Ulangtahun Sara :)
Kehadiran Sara hampir setahun lalu adalah satu pengalaman indah dan sentiasa dikenang.. Walaupun hanya berkesempatan dalam beberapa 'hari' sahaja bersama Sara, kenangan itu terasa cukup bermakna dan berbekas dengan amat dalam sekali...
Rindu dan doa along sentiasa bersama Sara.. Jauh dimata namun amat dekat dihati.. Semoga kita punya jodoh dan rezeki untuk bertemu lagi suatu hari nanti.. MUAHHHH :D

Yoshi Aiko said...

selamah hari lahir sygku...moga pjg usia dan d murahkan rezeki, kenangan aisya' ngan kmk org d umah sikkan di lupakkan sampai bila2, moga aisya' & abahnya bahagia selalu..kalo ada masa, dtgla melawat kmk org d miri keh!.. take care dear...

xoxo,
iera

JaseMario said...

Selamat Ulang Tahun Pertama untuk Aisya'. Semoga tabah mengharungi cabaran untuk Abah Aisya'.
Salam.

~NoRiSh~ said...

slamat ulangtahun yg pertama, Aisya'...

Aisya', kamu sungguh bertuah kerana punya abah yang tiada galang gantinya..

abah kamu juga turut bertuah kerana memiliki kamu yang tidak ternilai harganya...

semoga kamu dan abah kamu sentiasa dilindungi oleh Allah swt.. amin.

Ad Rifza said...

Moga aisya terus dalam lindung kasih abah dayat..Moga membesar dlm lingkung iman dan sabar..Abah dayat akan sentiasa menjaga dengan penuh kasih dan sayang..INSYALLAH.. Dayat,tggjwbmu cukup besar dlm mendidik dan membesarkan aisya gunakanlah sebaik2nya waktu yg singkat dlm proses pembesaran ini untuk menjadikan anakmu itu seorg muslimah sejati dalam lindungan ALLAH selalu..INSYALLAH..

en_me said...

chomeyynyerr ..

patungcendana said...

selamat hari lahir aisya yang comel!!!!!

bila la nak jumpa ni...

Amir Rayyan said...

anak abah yg comel...aisya....selamat hari lahir aisya...

take care abg...:)

Anonymous said...

salam....bkali2 terbaca blog org yg sm...wlupun x knal tp tiap bait ayt penuh bermakna...Qaisara.. moga menjadi muslimah sejati dan menjadi mujahidah....moga menjadi anak solehah wa musleh...moga Allah sentiasa merahmati Qaisara n abahnya...'WAHAI JIWA2 YG TENANG KEMBALILAH KPD TUHANMU, DGN HATI YG PUAS LAGI DIREDHAI.MAKA MASUKLAH KE DLM KUMP HAMBAKU YG TAAT DAN MASUKLAH PULA KE SYURGAKU"(AL-FAJR 27-29)

"SALAM UKHUWAH WA MAWADDAH "
- ipg miri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...