This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Monday, 21 June 2010

Pengalaman Dari Muka Laut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya…..

Image Hosting by PictureTrail.com

Tembungo Alpha

Perkongsian kali ini aku telah coretkan dari pelantar minyak Petronas Carigali Sdn. Bhd. iaitu Pelantar Tembungo (TBG-A) yang terletak di perairan Sabah dan ianya hanya berkisarkan secebis pengalaman yang aku perolehi sepanjang aku berada di sini. Pengalaman yang aku fikirkan terlalu sedikit jika dibandingkan dengan pengalaman-pengalaman yang pembaca miliki. Tanpa menghitung hari, aku berada di tengah-tengah lautan Tembungo selama lapan hari dan ini adalah antara tugasan terakhir (moga-moga) dan syukur alhamdulillah, aku menyenanginya!. Untuk pengetahuan semua, ini adalah kali pertama aku ke Tembungo dan keadaannya seperti berada di pelantar minyak yang lain samada di Sabah, Labuan mahupun di Sarawak.

Image Hosting by PictureTrail.com
Tembungo Bravo

Sepanjang berada di sana (Tembungo), antara pengalaman baru yang aku perolehi apabila mata aku tertangkap oleh ikan lumba-lumba yang menangkap-nangkap di permukaan lautan. Maaf teman-teman, aku tidak dapat berkongsi pengalaman tersebut secara visual kerana penggunaan kamera adalah dilarang di pelantar minyak. Penggunaannya memerlukan kita mengisi borang yang disediakan terlebih dahulu. Jika sewaktu aku berada di perairan Labuan, pelantar Samarang, kami kerap kali melihat penyu bersaiz besar timbul ke permukaan laut dan ianya sungguh cantik. Kali ini, aku buat pertama kalinya melihat ikan terbang sewaktu aku dalam perjalanan pulang dari Tembungo Bravo ke Tembungo Alpha dengan menggunakan PSALM 23 (nama kapal). Ikan yang seakan mempunyai sayap seperti burung dan terbang setelapak tangan parasnya daripada permukaan laut. Indah dan menakjubkan!

Image Hosting by PictureTrail.com
Kegigihan sang nelayan.....

Sepanjang berada di Tembungo ini juga, aku buat kesekian kalinya sedar betapa Allah memberikan kesenangan dan kepayahan kepada mereka yang telah dipilihNya. Aku melihat beberapa perahu kecil nelayan berlegar-legar di sekitar pelantar mencari rezeki sekalipun jarak pelantar dari pantai beratus-ratus batu jauhnya. Jarang aku lihat keadaan ini di Sarawak dan Labuan. Barangkali, pihak pengurusan pelantar minyak di Sarawak dan Labuan tegas dan kebenarannya, kawasan pelantar adalah kawasan larangan bagi nelayan-nelayan memancing kerana berbahaya. Nelayan-nelayan ini gigih mencari rezeki dengan memancing ikan. Mereka tidak terus pulang ke darat sebaliknya, berada di bawah pelantar untuk berteduh. Mereka hanya tidur di atas perahu kecil dan kami yang melihatnya hanya berfikir tentang makan dan minum mereka. Tidak kira dalam hujan lebat dan panas terik, nelayan-nelayan itu tetap tidak berganjak. Menjadi perkara yang menyeronokkan pula apabila kami melihat pelbagai jenis ikan yang telah berjaya dipancing oleh nelayan-nelayan tersebut. Jauh disudut hati, aku lebih bersyukur dan berterima kasih kerana Allah telah memberikan pengalaman yang berbeza kepada aku.

Nota Kaki:

Sabar adalah kunci kepada kejayaan dan ketenangan. Berusahalah demi masa depan yang lebih gemilang dan diredhai Allah. Untuk diri dan semua, Aja-aja fighting!!!

9 comments:

artisticklytouch said...

terima kasih untuk nota kaki yang bermakna.

Amir Rayyan said...

semangat yg tak pernah hilang....jg diri abg...

Mr Final said...

good entry :D.. kn best kalo ada gmbr2 dolphin ikan terbang dan penyu tuh..

jon hafkian said...

ucu...sy suka na kaki.inspirational.

Ad Rifza said...

INDAH sungguh dayat pengalaman yg kau dapat..Sedangkan ramai yg tidak berpeluang merasai pengalaman itu..cukup terpilih dlm mencari pengalaman ..syukurlah..kau diberikan peluang utk merasai segalanya itu dengan satu HIKMAH yg bersembunyi..Perlunya dalam hidup ini kita melihat sesuatu kejadian itu dengan mata hati..Moga kita ambil panduan dan teladan.. INSYALLAH..

Neeza Shahril said...

Salam Dayat,

akak lama tak berblog.. kadang ada, kadang hilang.. busy di fb ;).

Cerita pasal nelayan bot2 kecil tu.. memang kesian kan. Lagi kesian bila ikan2 yang dijual tu dapat untung sikit je. Orang2 kat darat tu yang untung lebih. Padahal diorang tak letih pun...

Teringat juga.. bila kita rasa susah, mereka lagi susah...

Neeza Shahril said...

Salam Dayat,

akak lama tak berblog.. kadang ada, kadang hilang.. busy di fb ;).

Cerita pasal nelayan bot2 kecil tu.. memang kesian kan. Lagi kesian bila ikan2 yang dijual tu dapat untung sikit je. Orang2 kat darat tu yang untung lebih. Padahal diorang tak letih pun...

Teringat juga.. bila kita rasa susah, mereka lagi susah...

Anonymous said...

salam.. thanks for sharing this...

[PCL] said...

salam, suka sy klu ada org bercerita ttg offshore...dulu penah nk keja kat plantar..tp tak kesampaian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...