This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Thursday, 28 January 2010

Bekam Oh Bekam!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Pertamanya, aku mengharapkan agar semua di antara kita berada dalam keadaan yang baik dan sejahtera samada daripada aspek kesihatan tubuh badan mahupun emosi. Moga-moga, apa yang kita telah lakukan dan bakal lakukan akan memberikan faedah kepada diri sendiri dan mendapat keredhaan Allah Ta'ala. Hari ini, aku ingin berkongsi tentang pengalaman kedua aku berbekam. Apakah itu berbekam?. Bekam merupakan salah satu warisan perubatan Islam yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. Ia merupakan istilah Melayu yang bererti pelepasan angin dalam badan atau perlepasan darah kotor dari badan. Kepada rakan-rakan yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang kepentingan berbekam, silalah ke laman Bekam Satu, Bekam Dua dan Bekam Tiga. Semoga Allah memberikan hidayah kepada rakan-rakan untuk turut mencuba untuk berbekam.

Image Hosting by PictureTrail.com
Aku ketika berbekam.....

Image Hosting by PictureTrail.com
40 cups...cuba lah!

Aku melakukan bekam dua minggu lalu di Pusat Rawatan Cinta, cawangan Miri. Jika pertama kali dahulu aku melakukan bekam dengan 10 cup, baru-baru ini aku telah berbekam sebanyak 40 cup (RM720). Aku melakukan bekam sebaik sahaja kebah daripada demam. Kali ini, dari pinggang sehingga ke kepala. Selepas berbekam, kita tahu bagaimana rasa nak nikmatnya. Di sini, aku ingin sekali menyarankan agar rakan-rakan mencuba untuk berbekam. Rasailah sekali nikmat dan khasiatnya. Mudah-mudahan penyakit yang ada dalam tubuh kita hilang dan baik dengan izinNya. Ketika ini, aku sedang mempersiapkan diri untuk ke Labuan. Projek terbaru dijadualkan akan berlangsung sekitar bulan Februari. Aku akan berada di lautan selama beberapa minggu di atas kapal. Moga-moga pengalaman yang bakal diperolehi ini akan mendidik aku menjadi seseorang yang lebih tabah dan bersemangat.

Image Hosting by PictureTrail.com
Seronok....

Image Hosting by PictureTrail.com
Rasa geli pun ada....

Teman-teman pembaca yang dihormati, marilah kita bersama memajukan diri kita demi kemaslahatan diri sendiri, keluarga dan mereka yang kita sayangi. Semoga perkara-perkara positif ini akan memberikan kebaikan kepada agama, bangsa dan negara. Selamat maju jaya semuanya!

20 comments:

tunbegia said...

nampak macam ngeri,

salamm,

baincardin said...

erk...blum penah berbekam lagi. ^_^'

~NoRiSh~ said...

assalamualaikum dik.
harap adik terus sihat dan bahagia hendaknya di samping keluarga dan NAQ tercinta.

Wah!! berbekam. sronok gak baca entry adik kali nie. tapi nampak cam sungguh ngeri le. kat kepala pun leh bekam juga erk..

dik! hati2 jaga diri..
Aja2 Fighting!!

WanHidayat said...

Tun Begia: Nampak jeak tapi menyeronokkan....cuba lah...

Bain: Cubalah bang....sunnah tuh!

Kak Shikin: Thanks akak, lama tak dengar khabar berita. Harap akak baik2 sahaja....

Buat bekam baru2 nih untuk kesihatan diri kak...cuba lah... (promote nih)...

Akak, thanks for the doa....and everything!

Fi-sha said...

Dear Adik

Adui...lemah longlai tengok darah dalam cawan-cawan bekan tu... I think i should try that too..thanks for sharing your experience adik...

The Corporate Athlete said...

Hidayat,
Nampak cam best berbekam, but how long does it take for the tanda to dissapear?

WanHidayat said...

Kak Fiza: Yup....i think you should try once...tak sakit!.

Mana tahu nnti boleh sembuhkan penyakit yang kita sendiri tak tahu ubatnya....

*Hurrmmm...org kata berbekam, boleh juga pulihkan/redakan sakit yang berkaitan dengan hati (*perangai)...

Wallahualam....





Bro AR: Hurrmmmm, mmg sy nak abg buat. No worries...within a week dah hilang bekas......torehan utk bekam very small, rasa mcm kena gigit semut jeak....

Faisal Admar said...

wah! scary le. parut tu bila boleh hilang?

Ad Rifza said...

Tak sakit ke?..huhu..40 cups tu..mesti banyak darah2 kotor yg d keluarkan...Harap2 sihatlah lepas ni ..Moga2..INSYALLAH..
Ayah abg ad selalu sakit kepala,then dia pernah berbekam di kepala..lepas jer dari tu kepala pn tak pening2 dah..Alhamdulillah..

WanHidayat said...

Faisal: Hehehehe...dalam seminggu dah boleh hilang parut tuh....cuba lah!






Ad Rifza: Tak lah bang...torehan tuh sgt kecil dan ebelum ditoreh dia kan sedut dulu bahagian yang akan dibekam, sort of anesthetic jugak lah.....better abg cuba, mana tahu boleh hilangkan penyakit yang kita tak tahu ada dalam tubuh kita.....
Selamat mencuba!

Faisal Admar said...

tadi tengok lebam dekat kawan. ngeri betul. dia cakap pedih, betul ke?

tErOmPaH bIrU said...

errr.. nampak cam sakit jerr.. takut ler hehe..

zafi said...

menarik...
will try bila balik cuti nanti.. :)

eda said...

mcm mana yg dekat kepala tu.. isk, ngeri

hemohemo said...

salam.. bekam tu mmg la sunnah.. tapi pastikan tempat yg dibekam tu mgikut point yg tepat.. bukan dgn bekam smpi 40 cup.. org tgk pon ngeri.. mngikut sunnah nabi.. hnya 10 point je tmpt yg sunat dibekam.. tu pon dh memadai sbb mrgkumi pelbagai penyakit.. jd trend skrg.. mempraktikkn sunnah nabi.. tp xikut cara yg betul.. majoriti yg wt bekam skrg ni hanya utk mencari duit.. bukan mengamalkan sunnah..

Anonymous said...

saya baru jer balik dari berbekam kat nilai.. saje je surfing terjumpa plak blog ni..
btw.. kat Nilai.. 20cup cuma rm50.

saya rasa rm720 tu melampau sgt kamu kene cas..

Anonymous said...

klu mampu apa salahnya demi kesihatan klu tak mampu g lah yg murah atau yg percuma

Anonymous said...

betul tu jgn cemburu klu org nak bekam 40 cup sunnah nabi tak ckp mesti 10 cup klu lebih salah ada hadis kata mesti 10 cup shj ke.

hamba ALLAH said...

setiap sunnah nabi mmg mcam mengerikan sbb ada jaminan pahala n syaitan x suka.. jdi dia bisik kat kta supaya jgan berbekam sbb klu kita bekam kita telah mengamal sunnah yang kita x penah buat sebelum ni, n bekam dapat menyihat kan badan n dgan bdan yg sihat kita leh wat ibadah lbey.. kebanyakan penyakit datang dari darah yg kotor.... zman skrg moden bekam xmcm zman dlu.. alat2 bkam dah canggih, x guna tanduk atau cawan, semoga kita semua dalam rahmad ALLAH... besama2 kita menyebar sunnah nabi.. AMINNN...

Anonymous said...

Sapa kepala batu ni hah!kalo ko nak sebarkan sunnah jgnla tyg bekam 40 cup tu ngok!buat takut org lain nak amal sunnah pastu jadi fitnah pulak!!ko ingat ko bnyk duit bole buat sukati hah!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...