This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Thursday, 21 January 2010

2010 Adalah Tahun Perubahan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Lebih sebulan aku tidak mencoretkan sebarang perkongsian dalam ruangan ini. Hari ini aku terpanggil untuk menulis beberapa kisah penting yang pastinya akan menjadi rujukan buat diri ini sepanjang tahun agar perkara-perkara yang telah dirancang dapat direalisasikan mengikut masa yang telah ditetapkan. Apa-apa pun, sebagai manusia biasa, kita perlu yakin dan percaya bahawa setiap perancangan itu akhirnya ditentukan oleh Allah Ta'ala. Usaha perlu diteruskan di samping jangan sesekali putus untuk memohon kemudahan dan istiqomah dalam berdoa agar Allah merestui setiap rancangan kita. Mudah-mudahan, tercapailah setiap cita-cita untuk tahun 2010 ini.

Tirai 2009 tahun lalu dilabuhkan di Kuantan dengan penuh bersejarah. NAQ selamat dibawa pulang ke Kuantan dengan baik dan sempurna. Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga FKZ atas kesudian menjaga NAQ sehingga NAQ selamat diserahkan kepada aku sekeluarga di Kuantan. Sesungguhnya, Allah maha pengasih dan maha penyayang. Dia menganugerahkan perasaan kasih dan sayang kepada seluruh sahabat dan keluarga aku yang akhirnya kasih sayang itu tertumpah kepada NAQ. Moga-moga, ukhwah yang terbina atas dasar kasih sayang ini tidak disia-siakan.
Yang terkini kepada mereka yang merindui NAQ: NAQ sudah pandai mencium dan ber'amin' (salam). Setiap kali aku menelefonnya di kampung, "bah...bah...bah..." dan o' o'...." adalah antara bahasa yang boleh dituturnya ketika ini. Sungguh, aku merinduinya sepenuh jiwa dan perasaan ini.

Melihat kepada tajuk entri kali ini, aku mensasarkan 2010 sebagai tahun perubahan. Mengikut konseptual yang aku garapkan sendiri, perubahan itu merujuk kepada perubahan dalam menguruskan kewangan peribadi. Aku akui, aku merupakan seorang yang lemah dan tidak pandai untuk menguruskan kewangan secara bijak. Setelah hampir 3 tahun bekerja, aku semakin faham bahawa simpanan adalah penting untuk kegunaan mendatang mahupun kegunaan sewaktu berada dalam situasi kecemasan. Benar kata peribahasa betapa malang itu tidak berbau dan sediakanlah payung sebelum hujan. Terima kasih kepada abah dan emak yang tidak putus menasihati aku agar tidak berbelanja akan perkara yang tidak mustahak, begitu juga kepada teman-teman yang selalu mengingatkan aku agar selalulah berjimat cermat. Jangan sesekali diikutkan akan kuasa membeli yang ada pada diri. Semoga aku boleh mendidik diri ini. Tahun ini juga adalah tahun untuk mengurangkan bebanan hutang (kad kredit dan ptptn). Tahun ini juga adalah tahun untuk memastikan diri tidak gagal untuk memberikan ibu bapa dan adik-adik duit belanja setiap bulan. Ketahuilah, aku bukan dari keluarga yang senang. Justeru, rezeki yang Allah berikan ini adalah wajar dan berkat dikongsi bersama ahli keluarga yang lain. Aku percaya, jasa dan pengorbanan ibu bapa tidak boleh dinilai dengan wang yang telah dan akan kita berikan, namun sekurang-kurangnya jadilah anak yang bertanggungjawab kepada ibu bapa dan keluarga.

Image Hosting by PictureTrail.com
2010, semoga tahun ini bakal memberikan lebih banyak kejayaan dan kebahagiaan

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, aku telah berjaya merealisasikan dua (2) perkara yang telah dirancang penghujung tahun lalu. Sesungguhnya Allah telah memudahkan dua perkara ini sekalipun Dia turut mendatangkan ujian kesihatan kepada kepada aku. Aku bersyukur dan redha kepadamu Ya Allah dan terima kasih atas nikmat kesihatan yang telah Engkau kembalikan kepadaku. Tahun ini juga adalah masa untuk bekerja bersungguh-sungguh dan menimba sebanyak mungkin pengalaman yang diberikan. Semoga pengalaman-pengalaman yang bakal diperolehi boleh dimanfaatkan di masa akan datang.

Image Hosting by PictureTrail.com
9.01.2010, aku ke Erb West Platform di perairan Sabah

Teman-teman semua, percayalah...apabila kita merancang sesuatu, kita telah pun berada dalam situasi 'di antara'. Berada di antara gagal atau berjaya. Wujud situasi di mana ada di antara kita berusaha keras, bertungkus lumus, berdoa yang tidak putus-putus, namun tidak juga berjaya. Kenapa ini berlaku?, dan wujud juga keadaan di mana ada diantara kita yang usahanya tidak bersungguh mana, doa dan tawakkalnya tidak juga istiqomah namun berjaya. Kenapa ini berlaku?. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang berlaku. Sebagai manusia, kita perlulah meluaskan ruang sabar dan perlu yakin serta percaya betapa Allah telah menetapkan rezeki ke atas setiap mahkluk yang ada di muka bumi ini. Jika apa yang kita rancang tidak dimakbulkanNya, yakinlah Dia telah menyediakan sesuatu yang lebih berguna untuk kita kelak. Perkara-perkara ini adalah rahasia Allah.

#Mari kita membaikpulih perkara-perkara asas yang telah disyariatkan. Tepuk dada, tanyalah iman. Semoga bertemu lagi dalam perkongsian akan datang. Jazaka Allah.....

10 comments:

eQbalzack said...

perghhh...sempot den bace entry ni...hehe

baincardin said...

salam Dayat! Semoga 2010 membawa lembaran baru yg terbaik!^_^

*Jom join Bain belajar Proper Baby Care...huhuu...^_^'

jumapx said...

salam...
lama juga menunggu kehadiran entri terbaru utk tahun 2010...he3

apa2 pun...wish u dis year dpt apa yg abg dayat nak....smoga terus success yer...


;)

Nasarudin Ahmad said...

salam

selamat tahun baru 2010...semoga azam tahun baru ini tercapai bauat kalian....

sHaH said...

abg.. hopefully, 2010 brings us a better life..
nak tanya skit...
template blog ni abg ubah sendri ker?
shah carik kat tenet takde.
tolong ajar leh?

Mr Final said...

thankz.... utk utk nasehat di perenggan akhir tuh... luv dat statement.. Gambatee neyh.. :D

arsaili said...

salam bro...salam tahun baru moga tahun ini membawa keberkatan

Ad Rifza said...

Yea betul kata Dayat..Situasi "diantara"..hmmm..antara gagal dan berjaya..Banyak benda kita tidak tercapai ini adalah ujian yang harus ditempuh..Walaupun kita ke "arah" itu masih tidak dimakbulkan ..Mungkin ALLAH mahu beri kita masa merasa dan berfikir akan cara kita ,nawaitu kita betul2 benar pada landasnya atau tidak..
INSYALLAH ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita..Teruskan berdoa berusaha dan bertawakkal..INSYALLAH ,suatu hari ALLAH akan makbulkan segala yang kita mahu dan cita2 kan..
Abg Ad pun tengah tergerak untuk menabung sebanyak yang mungkin untuk suatu kemaslahatan diri dan orang2 tersayang..:-)..INSYALLAH..

DeWi said...

semoga tahun ini lebeh baek dr tahun lepas ya!~ huuu~

Yoshi Aiko said...

sorry lmbt komen coz kmk brk jak baca entry ktk tok...hmm, rindu gilak kat aisya...bila aisya dtg miri gik?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...