This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Thursday, 17 December 2009

Awal & Akhir

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya......

Image Hosting by PictureTrail.com

Awal & Akhir

Awalnya begini dan akhirnya begini.....
Berganti kisah dalam kitaran yang dua belas
Hampir setiap sudut telah dirasa
Semangat tidak juga goyah.....

Ini merupakan pengakhir tahun yang sendat. Sendat dalam erti kata kehadiran 'hujan kerja' yang sungguh lebat. Mahanya seakan monsoon dan tengkujuh yang menyinggah selat. Terngadah juga jasad bila keadaan tidak selari dengan kudrat. Natijahnya, perlahan-lahan jiwa dan perasaan terdidik dengan redha dan ikhlas. Jika ikut kata hati, mahu sahaja aku berhenti seketika menarik nafas dan menghirup udara sepuasnya agar rongga tubuh ini teruang namun sekali aku berhenti, mampukah aku untuk berada di kedudukan ini lagi. Barangkali, aku mampu mencuri nafas sewaktu berlari pecut. Ini adalah motivasi!

Bertanya pada diri maksud istiqomah
Berlakukah kepada ibadat?
Bertanya pula pada diri makna wasatiah
Berlakukah kepada kehidupan?

Setiap kali berada di penghujung tahun, kita akan melakukan post-mortem akan aktiviti dan segala gerak kerja yang telah berlangsung sepanjang tahun. Pastinya, dalam kita melakukan penilaian tersebut, kita akan menyenaraikan kejayaan dan kegagalan yang telah berlaku. Ianya lebih mudah untuk kita mengenal pasti dan melakukan pembaikpulihan seawal tahun hadapan. Semoga apa yang telah berjaya bisa sekali dikekalkan dan apa yang telah gagal, moga-moga terus diberikan kekuatan dan semangat untuk berjuang sehabis baik. Selamat berhijrah teman-teman.

Yang Tepat: Mengekalkan prestasi cemerlang adalah lebih sukar daripada mencapai kecemerlangan.

Awal dan akhir.....
Dipertengahannya dihimpit 1001 cerita
Dari suatu yang tidak berada pada akal
Terus menjadi rutin dan amanah.....

Percaya atau tidak, hari ini merupakan hari terakhir untuk tahun 1430H (mengikut kalendar Hijri). Banyak juga pengalaman dan ilmu baru yang telah aku perolehi sepanjang tahun ini. Ada di antaranya begitu manis dan indah dan tidak kurang juga dengan pengalaman pahit dan buruk. Sesungguhnya, inilah sifat sebuah kehidupan. Inilah janjiNYA kepada seluruh manusia. Sebagai manusia, kita perlu meneruskan kehidupan ini dengan tabah dan berani, dengan cekal dan sabar. Jika kita merasakan kesusahan dan kebosanan dalam sehari sepanjang perjalanan hidup ini, aku yakin dan percaya, setiap di antara kita pernah melaluinya. Segalanya bergantung kepada diri kita. Kita diberikan akal fikiran untuk mengatasi setiap ujian dan cabaran dariNYA. Jangan kita menjadi manusia yang lemah pada penglihatanNYA.

Jangan berhenti di sini
Kerana ini bukan destinasi
Lagakmu seperti pereka tari
Ada gendang tiada penari
Akurlah pada diri dan pada janji
Yang ada harga diri
Biar terkalam suatu hari.....

Image Hosting by PictureTrail.com

NAQ adalah anugerah terhebat dariNYA buat aku yang terkadang melupakan aku pada apa yang pernah berlaku. Syukur alhamdulillah.....

11 comments:

zara said...

Salam Maal Hijrah, Wan Hidayat.

Satu pengalaman indah buat semua di 1430H. Yg baik dijadikan kenangan terindah. Yg tidak, jadikan pengajaran. Awal dan akhir, hanya pada DIA kita mohon keberkatan agar kita redha di dalamnya.

Satu anugerah buat saya mengenali anda. Terima kasih atas segalanya.

Here's wishing you all the best and may the force be with you in facing future obstacles. You did well in 1430H, trust it yea, and you will definitely gonna do well come new year tomorrow. Things happen for a reason. People come in our life for a reason, a season and a lifetime....and this happen all in the name of "live.love.life."

Salam Maal Hijrah ;-)

Amir Rayyan said...

Salam akhir tahun abg..1430H bakal pergi tinggalkan kita bersama lipatan sejarah yg kita panggil kenangan...Waktu itu tak kan pernah hadir lagi..kita kini sedang menuju perjalanan yg sama...merentasi hari2 baru..perjalanan mencari damai yg abadi...moga sampai ketikanya dan kita perlu berhenti biarlah ia perhentiaan yg hakiki...abg,moga sinar 1431h dan 2010 yg bakal menjelma,membawa kita bersama satu sinaran yg indah ....dan menjadikan kita lebih bersedia menghadapi gundah...jg diri abg...jg diri...

Salam 1431 h....kullua'm...waantum bikhair...:)

Fi-sha said...

Salam Ma'al Hijrah Dear Adik

Goethe says, “Daring ideas are like chessmen moved forward. They may be beaten, but they may start a winning game”.

May we all come out victorious, always.

Take care and be well.

JaseMario said...

Mantap !!!

JaseMario said...

Mantap !!!

tErOmPaH bIrU said...

Insyaallah, pengalaman tahun ini akan menjadikan KITA seorang yang lebih baik di tahun berikutnya dan seterusnya...

Terima kasih kerana pernah percaya & sudi berkongsi serba sedikit pengalaman 'bersama NAQ'.. SUNGGUH ia antara kenangan terindah bagi Along tahun ini ;D

@xiM said...

selamat tahun baru wan!!

yang baik jadikan teladan
dan yang buruk jadikan sempadan.

*wahhh ada roommate baru lar sekarang..:)

Eridzhuan Zhaieno said...

Salam kembara tahun 2010. Selamat bekerja dan selamat berjuang mengapai semua impian.

arsaili said...

salam..selamat tahun baru dan maal hijrah bro...moga tahun baru ini membawa seribu kerahmatan

jejakalkindi said...

salam

selamat maal hijrah & selamat tahun baru dari kami walaupun dah terlambat..

sihat ke?..

日月神教-任我行 said...

走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,聊天室

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...