This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Wednesday, 9 December 2009

Kisah Menuju Akhir Tahun

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Lama juga ruang ini tidak dikunjungi dan aku sentiasa tahu betapa ianya merindukan sekurang-kurangnya perkongsian ringkas tentang seperkara yang bersifat kehidupan. Aku masih di sini (di bumi Miri, Sarawak) dan kelihatannya semakin sukar untuk aku menapak pada bumi yang berbeza dalam masa terdekat ini. Berhijrah bukan sekadar memerlukan pengorbanan namun juga memerlukan persediaan yang menyeluruh. Hakikatnya, perkara utama yang masih belum selesai ke hari ini adalah isu-isu yang berkaitan dengan pekerjaan.

1) ALASAN PERTAMA: Kerja-kerja di penghujung tahun semakin banyak dan semuanya akan berlangsung di tengah-tengah lautan di Labuan. Sekarang adalah masa untuk siap siaga!.

2) ALASAN KEDUA: Kerja-kerja baru yang aku mohon di sekitar Gebeng Industri, Kuantan, Pahang (up-stream fields) belum lagi mendapat sebarang maklum balas. Bukan mudah untuk memperoleh pekerjaan dewasa ini. Aku sabar!.

Aku simpulkan situasi ini merupakan suatu keterikatan yang berpunca dan puncanya belum juga aku temui. Sekarang adalah masa untuk melakukan sehabis baik selagi aku masih di sini. Kilometer bukan lagi faktor penghalang. Mudah kata, jika takut dilambung ombak, jangan sesekali berumah di tepi pantai. Aku jadikan ianya sebagai perangsang dan inspirasi kehidupan. Untuk maju kehadapan, sifat takut kepada ujian dan cabaran perlulah di atasi namun jangan sesekali menganggap semua perkara adalah mudah!.

Image Hosting by PictureTrail.com
Senyumlah sekalipun kita berada dalam kesakitan. Moga-moga senyuman itu akan menjadi penawar kepada mereka yang melihatnya.

Hakikatnya, terlalu banyak perkara yang ingin aku kongsikan di sini. Namun bila difikirkan akan keperluan, cukuplah sekadar apa yang tertulis. Esok dan lusa, barang kali ruangan ini kembali dinukil. Dalam kesempatan ini, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terus menerus berada bersama aku dalam susah senang kehidupan. Sesungguhnya, aku sangat bersyukur atas ukhwah yang telah kita jalinkan ini. Seandainya NAQ tidak bersama kita lagi di Miri selepas ini, aku berharap, ukhwah yang telah tercipta itu akan sentiasa dan terus mekar selamanya.

Semoga bertemu lagi dalam perkongsian mendatang!.

22 comments:

law said...

abgdayat..sentiasa posotive thinking dan segala yg berlaku pd kite pasti ade hikmah yg diatur oeh NYA sebalik kejadian..

semoga dpt pe yg dipinta selama ini..keep your spirit bro.... ^^

ijau said...

semoga alasan kedua dimakbulkan..
dekat sikit dengan kami..

hehe ;)

~NoRiSh~ said...

insyallah, smoga segalanya akan dipermudahkan oleh Allah swt, amin..
teruslah BERSEMANGAT!!
**terima kasih krn 'chronicle' tdk dilupakan..

@xiM said...

jom jom kita tukar kerja..ko pi kuantan aku pulak nak pi miri boleh??heheh

betul tu dayat..kilometer bukan penghalang..nak seribu daya tak hendak seribu dalih..kalau nak semua jadi kan..

Insya Allah harap harap semuanya di makbulkan tuhan dan di permudahkan

Mak Su said...

a smile a day, keeps doctors away.

(betul ker? insyallah, kannn)

en_me said...

salam wan yg ittewww.. ehehe
baru kelmarin me singgah miri dari brunei.. tak sempat nk jumperr kamoo.. ohoho

Mr Final said...

Smile, though your heart is aching
Smile, even though it's breaking
When there are clouds in the sky
You'll get by...

If you smile
With your fear and sorrow
Smile and maybe tomorrow
You'll find that life is still worthwhile....

:) :) :)


http://mrfinal.blogspot.com/2009/07/smile.html

baincardin said...

Salam Dayat,

Turun Putrajaya nanti jgn lupa snap gambar byk², then share kasi upload dlm chronicle ni k. yay! ^_^

Syam said...

putus asa tidak perlu ada dalam kamus hidup kita...teruskan usaha dan banyak bersabar...insyallah apa yang kita doakan semalam dan hari ini akan menjanjikan kebahagiaan di hari depan.

tErOmPaH bIrU said...

"Sekarang adalah masa untuk melakukan sehabis baik selagi aku masih di sini.." ~ I know U can do it.. Chayo!! Chayo!! ;D

addyaholix said...

moga kamu selalu diberikan apa yang kamu mahu. terus berdoa dan berusaha kerna aku tahu kamu bukan manusia yang mudah menyerah dan mengaku kalah. moga semuanya dipermudahkan buat kamu dayat. amin.

The Ninja Boy said...

senyuman itu sedekah :)

Neeza Shahril said...

salam Dayat,

lama betul akak tak active blogging.. banyak cerita akak miss..

Dayat masih di Miri rupanya. Alhamdulillah, at least Dayat masih punya career tetap kan..
ada mohon di Gebeng ya.. pasti nak dekat dengan parents kan.. InsyaAllah, teruskan berdoa..
Kalau ikhlas, pasti dimakbulkannya.. InsyaAllah..

aMir RaYYaN said...

lama menanti....:) moga segala rencana dipermudahkan....ya setuju dgn abg...senyumlah walalu dalam kesakitan...mungkin ada yg gembira melihat senyuman itu...:)

^aNgRiAni^ said...

rasa macam sekejap jer kan wan...
esok lusa dah nak masuk tahun baru
apa2 pun life must go on...
senyum itu penawar kedukaan :D

DeWi said...

rasa nya tahun ne la, tahun yang paling cepat, masanya berlalu..

baru nk berlari... tapi bjln pon dh smpai..

ChekguSekolah said...

Kadang-kadang penghijrahan yg kita harapkan itu belum pasti boleh mengembirakan kita..kiranya apa yg kita ada sekarang memuaskan hati kita, teruskan..Cekalkan hati..

Ad Rifza said...

Moga jalan itu dimudahkan olehNYA.. Jalan yang membawa bahagia dalam setiap atur langkah hidup..Rezeki ketentuan ALLAH yang tiada takwil..DIA akan berikan kita apa yang kita mampu lakukan...INSYALLAH..Dimana pun kita berada selagi jalanNYA kita pegang INSYALLAH ALLAH akan mudahkan semuanya...Doa Usaha Tawakkal..

WanHidayat said...

Law: Thanks dik....bersemangat tak kira berada dalam apa jua situasi....




Ijau: Moga2 lah...hehehe




Shikin: Thanks akak. Chronicle takkan dilupakan....selamanya di hati...




Azim: Yup...jom kita buat pertukaran....kau ke sini dan aku ke sana...hehehehe...best nih!. Thanks azim....




Maksu: Betul...betul...betul...

WanHidayat said...

En.Me: Lorrrr....sampai hati tak
singgah....lain kali lah ek...





Afify:Thanks dik... :-)





Baincardin: InsyaAllah......




Syam: Thanks bang atas nasihat itu...




Along: Hehehehe....thanks along :)

WanHidayat said...

Addy: TQ Addy...kamu selalu mendoakan yang baik2 untuk aku...




The Ninja Boy: :-)



Neeza: samalah akak, sy dah lama tak berblogging....sibuk sgt sekarang ini....tak dpt nak kejar semua perkara....





Amir: Hehehehe...betul ke nih?, Thanks dik ;)




Angriani: Tu lah pasal...sungguh sekejap kan.....masa pantas berlalu....

WanHidayat said...

Dewi: Stuju...sgt pantas...




Chekgu Sekolah: TQ....




AdRifza: Terima kasih bang Ad!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...