This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Monday, 5 October 2009

SEPI itu INDAH!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Firman Allah S.W.T

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah
Surah Al-Anfal : Ayat 2

Image Hosting by PictureTrail.com
Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang

Aku datang lagi untuk bicara yang agak keras untuk diri sendiri. Makanya bila ada diantara kita yang terasa hati, aku mohon maaf dengan sungguh!. Bukan niat untuk mengherdik dan menyindir tetapi kefahaman aku sebagai seorang manusia biasa, kita sukar untuk berfikir akan perkara yang positif dan diakhirnya, kita sendiri yang bermasalah. JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA MURUNG MEMIKIRKAN MASALAH DUNIA SEDANG SETIAP MASALAH SETENTUNYA ADA JALAN PENYELESAIAN. SABAR adalah kata kuncinya!

Isu Pertama: Sendiri dan Kesorangan?. Adakah ini masalah. Jika benar, bagaimana untuk menghadapi waktu-waktu di kala kesorangan?. Adakah bersendiri sahaja yang menujah kepada kesunyian. Anda tahu apa jawapannya. Beginilah, jika kita rasa sunyi dan bersendiri, apakah yang perlu kita lakukan untuk menghilangkan rasa sunyi itu. Aku percaya, setiap daripada kita pernah mengalami akan kesunyian. Perkara paling sinonim yang mudah untuk kita lakukan adalah dengan bersama teman-teman. Jangan sesekali menidakkan diri untuk bersosial sewaktu ini melainkan anda benar-benar kuat dan seorang yang sentiasa berfikiran positif!. Jika sebaliknya, keadaan ini lah yang akan membuat anda sedih, hiba, murung dan tidak bersemangat. Teman-teman, hari ini, aku seikhlas hati mengajak kalian semua untuk meminggirkan segala kerungsingan dengan meletakkan fokus terhadap masa depan. Masa depan yang kita impikan. Mari kita semua berusaha untuk memperoleh masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang!.

Yang Benar: Jika mendengar lagu-lagu gembira boleh membuatkan kita gembira, aku sarankan dengarlah selalu. Kalian sentiasa tahu apa yang tebaik untuk kalian!.

Isu Kedua: JODOH. Kenapa aku suka berbicara soal jodoh?. Begini, kita percaya pertemuan dan perpisahan itu adalah kerja Tuhan yang maha esa. Hatta soal jodoh, mati dan hidup juga menjadi urusanNYA. Bila sesuatu yang kita rancang tidak menjadi, kita perlu yakin dan percaya betapa sesungguhnya Allah telah menyediakan hikmah untuk mereka yang diujiNYA. Jangan sesekali kita menyalahkan diri sendiri mahupun takdir bilamana perkara sebegini berlaku. Benar, kita boleh bersedih dan meratapi setiap ujian yang Allah berikan NAMUN jangan mengambil masa terlalu lama untuk kembali kepada landasan asal agar masa depan yang seharusnya kita depani menjadi kabur. Untuk bangun daripada sesuatu kejatuhan bukan mudah, untuk kembali merangkak, berjalan dan berlari juga memerlukan masa. NAMUN SEKALI LAGI aku ingin kongsikan, JANGAN MENGAMBIL MASA TERLALU LAMA.

Yang Benar: Hidup bersama 10 tahun belum tentu kamu tahu akan pasangan kamu!

Teman-teman, cukuplah sekadar dua isu ringkas di atas. Ada perkara yang terlihat oleh pancaindera ini sehingga aku terpanggil untuk berkongsi dua isu tersebut. Apa-apapun, aku sentiasa mendoakan agar setiap diantara kita terus bersemangat dan mempunyai motivasi yang tinggi untuk meneruskan rutin sekalipun di sepanjang jalan ini, kita tetap diuji dengan pelbagai cerita dan kisah.

Image Hosting by PictureTrail.com
Ayuh terbang walau tak bersayap (AJA2 FIGHTING!!!)

Mood lagu untuk semangat: TANPA by Sixth Sense dan H.A.C.K.S!!!


Wassalamualaikum, Jazaka Allah

11 comments:

chimera said...

hmmmm... tazkirah yg baik.

sunyi...
kenapa perlu takut dgn rasa sunyi dan seboleh-bolehnya mahu mengelak dari rasa sunyi. ya, ada masa sunyi itu menyakitkan... ada masanya pula satu keperluan. bila di fikirkan kesunyian.. esok bila dah mati... dlm kubur kita tetap kesunyian...

Dan... dalam kihudapan kita, kita tetap terikat dgn satu takdir Tuhan yg digelar jodoh. semuanya rahsia Dia. Kita cuma diberi kuasa utk berihtiar dan tawakal... usaha... kita merancang DIA juga sebaik-baik perancang. sampai masa ditentukan, aka sampai juga. cuma cepat atau lambat.

patungcendana said...

I am single by choice...not by default...hehehe...

maoh said...

i am happy to be single.

Raja Azrul said...

jodoh itu di tangan tuhan...

kesepian? keseorangan adalah lumrah biasa dalam hidup seseorang..

jadi, bersabarlah...

aMir RaYYaN said...

sepi itu indah...sgt suka akan kata2 itu abg...segalanya indah jika kita sentiasa redha...berjalan..berfikir...bermuhasabah..sifat insan .....abg yg kuat semangat...jg diri.....

Ad Rifza said...

I'm SINGLE gak..eheh..

Sendiri dan jodoh adalah ketentuan..Iyalah mungkin kita boleh berkata ianya pilihan tapi pilihan itu juga datang dari ketentuan..Dengan ketentuan itu kita boleh memilih..memilih untuk sendiri atau tidak..
Dalam ramai2 orang mereka telah melalui proses hubungan yang panjang...ada yang terputus ditengah jalan dan ada yang terputus hubungan bila telah hampir dengan waktu...
Masing2 ada sebab dan musabab sendiri dalam menentukan dan menjelaskan satu status dalam hidup...Ada yang cepat dan ada yang lambat..Bukan diri tidak berusaha tapi keadaan kadang2 memaksa..keadaan sosio ekonomi ,sifat manusia dll yang perlu diambilkira..
Then ada orang akan berkata sampai bila nak habis semua masalah itu,takkan habiskan?..Yup takkan habis,kita akan sampai jodoh itu dengan takdir dariNYA..Takdir yang akan merubah segalanya..Yang mustahil akan berubah,yang pelik akan berubah dengan izinNYA..TakdirNYA..Bukan nak takwil Takdir tapi setelah usaha dan daya yang kita cuba dan fikirkan kita BERSERAH sepenuhnya padaNYA..Biarlah DIA sahaja yang menentukan..Itu sahaja yang RAMAI antara kita yang mampu lakukan...SEPI ITU INDAH..

Y u Z z 9071 said...

;)

nota.kematian said...

madam;
good one.
single by choice not by default.
hehehe

Anonymous said...

salam,
kadang2 terguris juga di hati bila ditanya tentang jodoh. Bukan kehendak diri untuk terus menyendiri... Benar jika dikata bersendiri itu lebih enak dan bebas namun bohong jika tidak pernah merasa kesepian walaupun dikelilingi teman2. aku benci perasaan begitu, namun apa kan daya.. itu lah yang kulalui setiap hari sehingga tiba masanya yg entah bila akan menjelma..
(bungamiri)

mizzsenorita said...

~jodoh x kan datang kalau x dicari...tp da penat mencari pon masih juga sendiri..huhuhu~

syhcool said...

Next, do the same thing for the pandora jewerly right front side of the shirt.Once you have done Pandora Bangles both front sides of the shirt, you then will need pandora bead to do the back of the shirt. Take the shirt and place the back of the discount pandora shirt so that the direct middle is on the ironing board. The pandora sale back collar of the shirt should be right up at the edge discount pandora charms of the "head" of the ironing board or even slightly hanging off. Pull the bottom buy pandora bracelets of the shirt to create that taught resistance again and pandora beads charms begin to spray the shirt and iron in the opposite direction of pandora earrings the pull.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...