This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Monday, 19 October 2009

Hikmah Yang Tersembunyi.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Firman Allah S.W.T

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Surah Al-Maidah: Ayat

Ini merupakan coretan kemas kini yang ringkas. Bukan kerana jasad tidak komited terhadap Chronicle namun tanggungjawab ketika ini lebih menuntut aku untuk memberikan fokus dan kesungguhan serta peluang kepada diri sendiri untuk siap siaga menghadapi hijrah mendatang. Masa-masa yang ada sewajarnya dimanfaatkan dengan aktiviti-aktiviti yang membolehkan kita terus bersemangat dan tersenyum. Biar rasa gembira ini kita kongsikan bersama mereka yang benar-benar jujur dan ikhlas dalam persahabatan. Aku berdoa agar ukhwah yang terjalin ini tidak sesekali diganggu gugat oleh sifat-sifat mazmumah diri sendiri dan manusia.

Tidak lama lagi kita akan menerima kedatangan bulan November. Bulan di mana aku dilahirkan bersama pasangan kembar perempuan 24 tahun dahulu. Terima kasih Umi!. Aku ada merancang beberapa perkara dan aku berdoa bersungguh-sungguh agar perkara yang aku rancangkan dipermudahkan Allah. Hari ini, setelah beberapa keputusan telah diambil dengan pertimbangan segala faktor yang ada, aku semakin menyedari betapa setiap kejadian itu adalah berpangkalkan kepada kalimah kunfayakun-Nya:-

1) Pertamanya, aku telah membuat keputusan akhir untuk tidak pergi bercuti selama sembilan hari ke Hangzhou, Beijing, Shanghai, dan Tiajin pertengahan November ini. Sekiranya tiket ini boleh ditukar nama, aku dengan rela hati ingin memberikan kepada sesiapa yang berminat lengkap bersamaan aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung selama sembilan hari ini. Alasa penolakkan ini hanya aku yang mengetahuinya.

Image Hosting by PictureTrail.com
Tiket pergi

2) 'Berhenti, berhijrah dan memulakan yang baru' - Agak berat untuk perincikan di sini. Anggap sahaja, masanya sudah tiba untuk aku menimba pengalaman baru. Aku berdoa agar Allah memberi peluang dan jalan. Aku berdoa agar Allah memudahkan hijrah ini.

Kesimpulannya, aku tidak memandang dan menilai jumlah kerugian yang telah berlaku malah kerugian itu bukan sahaja tertumpu kepada wang ringgit dan material semata-mata. Rugi itu perlu dilihat dari segala aspek. Aku redha bahawa ini adalah soal rezeki yang telah Allah tetapkan kepada setiap manusia. Kita tidak mengetahui rahsia yang tersembunyi. Hanya Dia dan hanya Dia!. Namun, nikmat bahagia dan gembira yang aku rasai beberapa minggu ini dan sehingga ke hari ini adalah lebih wajar disyukuri dan dinikmati. Aku tidak tahu jika esok lusa aku perlu bersedih, tetapi doaku agar diri ini terus tabah dan bersemangat untuk perjalanan masa hadapan.

Image Hosting by PictureTrail.com
Tiket pulang

#
Teman-teman sekalian. Jika kita tidak diberikan apa yang kita inginkan dalam kehidupan. Janganlah sesekali kita rasa menyesal dan bersedih. Kita perlu yakin dan percaya bahawa sesungguhnya Allah itu maha adil dan saksama. Dia maha penyayang dan maha pengasih. Dia juga yang mengetahui setiap yang tersembunyi dan semua ini adalah misteri yang tidak perlu kita ragui. Kita seharusnya yakin betapa ada sesuatu yang jauh lebih manis daripada apa yang kita ingin dan mahukan akan terjadi. Bersabarlah!

#Alhamdulillah, aku mahu bersyukur dan menghargai hadiah daripadaMu Ya Allah. Amanah dan tanggungjawab itu adalah HADIAH teristimewa yang aku maksudkan.

Semoga bertemu lagi.....

13 comments:

my_awg said...

setiap yang berlaku ada hikmahnya.

JaseMario said...

Salam Dayat. Bila keputusan telah di ambil tentu Dayat dah fikir habis2 kan? Dah fikir masak2. Jadi masa yang ada sekarang ialah untuk beridri teguh dengan keputusan yang di ambil. Percaya dengan keputusan yang telah dibuat. Itulah hakikat. Aja-aja fighting kan...:)

Ad Rifza said...

Dayat, Setelah kita membuat satu keputusan dan mengambil segala pertimbangan yang wajar.. BERSERAHLAH padaNYA..
TAKDIR untuk manusia itu jelas..Ada yang baik dan ada yang buruk..Dan ALLAH memilih antara hambaNYA dengan takdir2 yang ada..samada sebagai hadiah, ujian atau musibah dari apa yang mereka lakukan sendiri.Syukur dengan apa yang kita dapat jika dibandingkan dengan manusia lain yg masih menggapai mencari takdir yang baik bagi diri mereka.
Setiap pilihan hidup itu adalah pilihan yang kita buat berteraskan apa yang ada DALAM diri kita sendiri.Jarang kita memilih sesuatu yang kita tidak hendak.Moga pilihan ini adalah yang terbaik buat Dayat untuk waktu dan ketika ini dalam satu fasa diri yang semakin matang dalam hidup.Akan datang kita harus juga memilih untuk satu fasa diri yang lain.Sehinggalah sampai ke hujung nyawa.Dan setiap yang terjadi itu datang dengan hikmah..Hikmah yang bersembunyi..

zackzakir said...

Saudara,

Kamu dalam kesusahan? Apa sebabnya?

Putus cinta?

What ever it is, it is a wake up call.

You are still young. 24 years old.

Sucikanlah dirimu sebelum terlambat.

Yang ikhlas
Zakir
Singapore

miezi said...

don't sweat the small stuff :)
there's a light at the end of the road, just go explore. :)

aMir RaYYaN said...

keputusan yg sukar....hikmah dan anugerah..ia sgt istimewa abg..jg diri....abg selalu pesan itu..semangat..itu kekuatan..ALLAH selalu hadirkan yg paling baik...

addyaholix said...

selamat hari lahir dayat. moga kalian terus dilimpahkan dengan redha dan rahmat dari Dia insyaallah.

oh tak jadi pergi beijing? bukan rezeki namanya.

zafi said...

Have faith.
Allah will guide us with Hidayah & Taufik
You dont have to regret but you should appreciate every single things in front of you! :)

en_me said...

salam dayat.. me nk gi brunei fulakkks.. c u in miri bro? ehehe

~NoRiSh~ said...

bersyukurlah kerana adik adalah diantara insan yang dipilih oleh Allah swt, krn diberi ujian dan peluang untuk memilih jalan yang terbaik.. ingatlah 'mana yg baik, dijadikan teladan, mana yang tidak baik, dijadikan sempadan'..
**smoga Allah swt memudahkan segalanya, smoga sgala yang diimipikan menjadi milik adik selamanya dan smoga berjaya, bahagia di dunia dan akhirat dik. amin..

Safwan Husaini said...

salam singgah abg dayat....
bukan rezeki namanya...kita hanya mampu merancang..
tapi tuhan lah yang menentukan...suka dengan mainan pena kamu..keep on blogging bro..:)

regards : safwan husaini

日月神教-任我行 said...

走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,聊天室

炒米粉Ken said...

,徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...