This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Thursday, 10 September 2009

Sketsa Ramadhan.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Image Hosting by PictureTrail.com
Baazar Ramadhan di W.P. Labuan, belakang Grand Dorsett

Sebelum aku meneruskan perkongsian ini, aku ingin mengucapkan selamat meneruskan ibadat puasa di bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam seantero dunia. Syukur alhamdulillah, kerana setiap di antara kita masih lagi diberikan nafas dan kekuatan untuk melakukan rukun Islam ketiga tahun ini. Marilah kita semua berdoa agar kita terus terpilih untuk merasai ibadah puasa di bulan Ramadhan untuk tahun-tahun mendatang. InsyaAllah.....

Image Hosting by PictureTrail.com
Aku bersama Anas di Taman Seroja, Miri menanti untuk berbuka puasa

Begitu cepat masa berlalu dan hari ini, kita sudahpun berada pada 20 Ramadhan. Sudah 20 hari kita berpuasa dan semestinya ramai juga di antara kita yang sudah tidak sabar untuk pulang ke kampung berhari raya sedang ramai juga yang sedih dan pilu mengenangkan kepergian Ramadhan tidak lama lagi. Apa sahaja perasaan kita ketika ini, marilah kita bersama-sama meneruskan doa agar kesudahan yang kita bakal perolehi adalah kesudahan yang diredhai dan diberkati.

Image Hosting by PictureTrail.com
Aku dan Zaimi di Pantai Tanjung Lobang sebelum berbuka puasa

Sepanjang tempoh Ramadhan ini, aku bersyukur kerana telah diberikan ketenangan dan ketenteraman sekalipun Allah mewarnai Ramadhan ini dengan ujian demi ujian dan cerita demi cerita. Sesungguhnya setiap perkara yang diujiNYA bersifat peringatan dan amaran betapa kehidupan yang kita jalani hari ini sesungguhnya sifatnya sementara. Di sini, aku suka untuk meringkaskan kisah-kisah yang berlaku sehingga 20 Ramadhan ini.

1) Aku berpeluang berpuasa di Labuan selama seminggu setelah 6 tahun lamanya tidak berpeluang berpuasa di Labuan (6 tahun lalu adalah sewaktu aku menuntut di Matrikulasi Labuan).

2) Mohd Zaimi b. Mohd Noor (senior dan teman paling akrab di UMP) datang melawat aku di Miri. 3 hari kami menghabiskan masa bersama-sama bercerita tentang kenangan lalu dan masa hadapan. Terima kasih atas nasihat berguna kamu. Aku akan mengingatinya.

Jika Ramadhan yang ke-20 tahun lalu, aku berteriak dan menangis kerana dapat turun daripada MV Energy Miner selepas beberapa bulan di lautan, tahun ini aku sungguh bersyukur kerana anugerah Allah beberapa bulan lalu sentiasa ada bersama di hati, di jiwa, di ingatan dan semoga kasih sayang ini sentiasa ada. Alhamdulillah.....alhamdulillah dan alhamdulillah.

11 comments:

The Corporate Athlete said...

didn't know that Miri has nice clean beaches .... the only beach I went was the one fronting LeMeridien.

addyaholix said...

hidup itu pengalaman paling berharga untuk kamu menjadi lebih baik. dan kamu dah pon memilikinya dayat.

tak terasa kan? hari ini kita dah melangkah ke ramadhan yang ke 21. moga kita terus mampu berusaha untuk menjadi manusia yang lebih baik.

salam ramadhan dayat. moga kita masih berpeluang untuk terus merasa ramadhan yang akan datang, insyaallah. amin.

JaseMario said...

Selamat Menjalani Ibadah Puasa... Dayat. Selamat Mengharungi Segala Bentuk Cabaran Mendatang...

aizul said...

slamat berpuasa hencek..

-aizul marcello-

Raja Azrul said...

salam dayat...

lama aku tak menyinggah membaca blog kau ni. Tapi aku rasa bangga sebab ko berjaya dalam kerjaya ko...

huhuhu. Lama dah tak jumpa ko yer..last time rasanya time konvo. Apalah citer ko sekrang?? bahagia ke?? hehehehe. Takpalah kalau datang KL bgtahu jerlah.

Insyallah kita boleh jumpa...

~NoRiSh~ said...

alhamdulillah, bersyukur di atas segala pemberianNYA..
**kuatkan semangat, sabar dan tabahkan ati dik..

DBI said...

selamat berpuasa dan selamat hari raya bro wan..

balik raya in next few days

Ainul Hayat said...

Setelah agak lama menjadi pemerhati blog anda.., rasa terpanggil lak untuk mengomen sesuatu...hehehe..
Selamat Menjalani Ibadah Puasa yg masih berbaki lebih kurang 6 hari lagi dan Selamat Menyambut Lebaran.. =)

jon hafkian said...

waaa....cantiknya tempat bazaar tu. aman damai je. ke itu hanya ilusi foto semata-mata? haahaha.....

Mak Su said...

wan, apa khabar?

alhamdulillah utk segala-galanya

Alam Setia said...

Salam Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...