This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Wednesday, 19 August 2009

Perkhabaran Dari Dada Samudera (Labuan)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Firman Allah SWT

Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang berlebih-lebihan terhadap dirinya (dengan memperbuat dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah swt. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kembalilah (bertaubatlah) kamu kepada tuhanmu, dan patuhlah kamu kepadaNya sebelum tiba siksaan kepadamu, kemudian kamu tidak mendapat pertolongan
Surah Az-Zumar: Ayat 53 & 54

Image Hosting by PictureTrail.com
Setiap hari selepas subuh, di sinilah tempat kami menunggu untuk ke lokasi pekerjaan

Ketika aku menulis perkhabaran ini, aku masih lagi berada di Pulau Labuan. Rutin seharian di Labuan, aku penuhi dengan tanggungjawab yang diberikan oleh syarikat di mana aku bekerja bagi mengepalai aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan paip besi di tengah-tengah samudera Samarang. Alhamdulillah, sehingga ke saat ini, aku masih diberikan nafas, kesihatan tubuh badan dan kewarasan akal fikiran. Syukur juga atas penerimaan laut dan cuaca saat ini.

Image Hosting by PictureTrail.com
...dan di sinilah kami menghabiskan waktu-waktu siang

Laut seolah permaidani indah yang luas terbentang tanpa ada cacat celanya dan cuaca yang ditemani hembusan angin yang membawa udara segar sehingga ke kerongkong setiap penghuni laut seakannya sudi menjadikan kami sahabat dan teman alam. Setiap hari dipilih menyaksikan terbit fajar dan tenggelamnya mentari dari dada lautan tidak pernah mampu membuatkan aku untuk berasa puas menjadi seorang manusia.

Image Hosting by PictureTrail.com
...dan di sini juga kami menyaksikan keindahan lautan

Jika dahulu, ikan-ikan di lautan adalah tempat aku untuk bercerita tentang cinta dan cita-cita. Bayulah sahabat aku untuk aku sampaikan rasa rindu dan kasih. Lautlah yang setia mendengar aku berlagu dan bersyair dan kini, tiada lagi cerita-cerita indah daripada aku untuk mereka. Aku lebih gemar berdiam sekalipun mata ini tidak pernah putus memerhati. Maafkan aku alam.

Image Hosting by PictureTrail.com
...dan di sini kami dipilih melihat mentari seakan ditelan laut

Kebelakangan ini, jiwa aku bagai diruntun rasa rindu yang hebat. Rindu pada jasad kecil bernamakan Nur Aisya' Qaisara. Rindu segala-galanya tentang dia. Rindu bertentangan mata, rindu mengucupi dahi dan bibirnya, rindu mendengar rengek dan tangisannya dan rindu melihat dia tertawa. Janji abah pada kamu Aisya', abah akan segera pulang!.

Image Hosting by PictureTrail.com
...dan bila malam menghampiri, kami tinggalkan lautan seketika

Beberapa hari lagi, kita yang bergelar ummat Muhammad S.A.W akan menyambut kedatangan Ramadhan al-mubarak. Seakannya kisah Ramadhan lalu terpampang jelas pada satu layar putih. Berpuasa ditengah-tengah samudera bertemankan kerja dan tugas, teman dan cerita-cerita laut. Sungguh, aku tidak pernah lupa dan akan lupa kisah Ramadhan setahun lalu.

Image Hosting by PictureTrail.com
...dan fitrahnya malam tidak pernah lupa menggantikan siang

Justeru, dalam kesempatan ini, aku dengan rendah diri dan seikhlas rasa, memohon ampun dan maaf kepada semua teman-teman pembaca yang mengenali aku secara nyata mahupun tidak nyata atas segala keterlanjuran kata-kata dalam penulisan dan perkongsian lepas. Aku meminta agar dihalalkan segala-galanya baik makan minum, ilmu pengetahuan dan perkara-perkara yang bersifat perasaan. Setentunya aku dengan seikhlas hati memaafkan apa jua yang pernah berlaku pada diri ini.


Image Hosting by PictureTrail.com
Aku bersama krew-krew di atas Borcos Firdaus 4 menuju ke Samarang

Aku simpulkan perkhabaran ini dengan kisah ringkas. Untuk berasa bahagia, hati perlu dibersihkan daripada segala hasad, dengki, dendam dan yang pasti dengan kesabaran. Seandainya dalam sehari kita diuji dengan kemurungan, janganlah kalah pada perasaan itu kerana indahnya kehidupan ini adalah berpandukan rasa-rasa asas daripadaNYA. Sekalipun kita tidak mampu melupakan sesuatu yang telah berlaku dalam hidup kita, berlajarlah memaafkan dengan perlahan-lahan sehingga kita merasakan musuh adalah penciptaan Allah yang perlu disayangi dan dikasihi. Tepuklah dada, soal fikiran dan tanyalah iman.

Sehingga bertemu lagi. Wassalam dan Jazaka Allah

11 comments:

addyaholix said...

hidayat,
syukur kita masih punya peluang untuk terus membuka mata. peluang untuk terus menjejak bumi Dia. peluang untuk terus merasa nikmat udara-Nya. peluang untuk terus hidup di dunia nyata. peluang untuk tahu sakitnya sebuah derita. dan peluang untuk terus menghayati apa itu bahagia. syukur untuk semua yang dikurniakan Dia untuk kita. kita yang bergelar manusia biasa.

syukur untuk segala-galanya!

Ad Rifza said...

Indah sungguh pemandangan lautan , penciptaan yang tiada tandingannya..
Alhamdulillah..Dayat masih diberikan kekuatan untuk terus mencari rezeki di tengah lautan yang barangkali tidak semua orang dapat kesana..Andai rezekimu disitu..TakdirNYA begitu..Syukur..Jangan putus dalam berdoa semoga apa yang ada dipermudahkan semuanya..INSYALLAH..
Dikesempatan ini juga sempena kedatangan RAMADHAN dimohon ampun dan maaf atas segalanya...Apa2 sahajalah penulisan dimana2 disini atau diruang komunikasi yang lain..Harap dimaafkan kalau ada tersalah atau tersilap kata..Moga kita semua dapat melengkapkan kehadiran RAMADHAN ini dengan sesempurna mungkin dengan peluang2 kesempatan yang ALLAH beri..INSYALLAH..

Terompah Biru said...

Indahnya alam ciptaan-Nya... Sungguh hati ini rindu pada luasnya pemandangan laut dan gemersiknya deruan ombak yg menghempas pantai. Syukur ada gamba-gamba hebat ini di sini, cukup buat pengubat rindu untuk sementara waktu :)

Jauh di lubuk hati ini sentiasa ada SARA yg pastinya semakin chomel.. rindu amat pada SARA dan teman-teman dengan pastinya :D

Mohon MAAF dan dihalalkan segalanya jua Wan. Semoga persahabatan dan persaudaraan yg telah terjalin akan berkekalan dengan hendak-Nya. Jaga diri ok ;)

aMir RaYYaN said...

Subhanallah...Indahnya Alam...Syukur kita masih menikmati hari,merentasi segala duri dan berbekalkan segala ujian kita masih mampu untuk berdiri..Alhamdulillah...

Abg,
Moga Ramadhan yg hadir memberi seribu barakah buat semua...Moga kesempatan usia masih diberi melangsaikan ibadah sepenuhnya....Moga tasbih munajat masih mampu kita lafazkan dibilahan hari2...

Abg,
Dikesempatan ini wan memohon ampun dan maaf sempena kedatangan ramadhan al-karim.,..salam ramadhan buat abg..salam sayang untuk aisya' jg...

jaga diri ya...moga ALLAH panjangkan usia dan Ukhuwah ini berkekalan....amin,...

azwan bamadhaj said...

betapa aku merinduimu wahai sahabat....

my_awg said...

alhamdulillah everything is okay..
kerja kerja jugak.. kesihatan jangan abaikan.. rehat mesti cukup tau!

dewihati said...

bro... aku dpaksa kerja di laut x lama lagi.. di miri..

aku masih x dpt konklusi, samada mahu pergi.. atau lari dari perjuangan...

mungkin aku risau dengan komitmen di laut.. mungkin aku risau dengan usia yang muda ini, tuk pergi ke laut...

aduhh..

tapi bila bc entry ni... hati ni terpanggil2 tuk mnyahut cabran kerja d laut...

aii.. orang kata, jika perempuan di beri peluang kerja di laut, patut sahut cabran dengan senyuman yg mlebar.. jarang2 pluang itu datang,,

zafi said...

Life full of blessings...
have faith in it and enjoy the path that you've chosen...
salamz Ramadhan...

baincardin said...

Selamat menyambut Ramadhan Dayat! Mohon ampun kalau ada salah dan silap ya. Di bulan yg mulia pasti kamu ada puisi yg indah², sama juga cerita yg menarik.

ChekguSekolah said...

Salam penuh kerahmatan..
semoga tenang menyambut kedatangan Ramadhan..

Selamat berpuasa...

syhcool said...

Next, do the same thing for the pandora jewerly right front side of the shirt.Once you have done Pandora Bangles both front sides of the shirt, you then will need pandora bead to do the back of the shirt. Take the shirt and place the back of the discount pandora shirt so that the direct middle is on the ironing board. The pandora sale back collar of the shirt should be right up at the edge discount pandora charms of the "head" of the ironing board or even slightly hanging off. Pull the bottom buy pandora bracelets of the shirt to create that taught resistance again and pandora beads charms begin to spray the shirt and iron in the opposite direction of pandora earrings the pull.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...