This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Tuesday, 25 August 2009

Perkara dan Keputusan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Firman Allah S.W.T
"Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan".
Surah As-Sajda: Ayat 17

Bukan mudah untuk memutuskan sesuatu perkara, apatah lagi apabila keputusan yang bakal diambil memberi kesan terhadap diri dan masa hadapan. Ramai yang akan melakukan istikharah untuk sesuatu penilaian. Walau apa sekalipun cara dan tindakan kita, yang pasti kita tetap mahukan kesudahan yang baik-baik.

Mari kita hargai apa sahaja yang ada di sekeliling kita. Kita bersyukur dengan apa yang kita perolehi. Melihat tidak semestinya boleh menyentuh. Menyayangi dan mengasihi tidak semestinya boleh memiliki. Berpadalah dengan apa yang pernah kita lalui. Setiap di antara kita, jalan ceritanya berbeza-beza. Ada yang permulaanya indah dan ada juga yang pengakhirannya tidak seperti yang kita inginkan.

Jangan dipersoalkan akan sesuatu kelahiran. Kerana yang lahir itu rezekinya sudah ditentukan Allah. Jangan menduga kenapa aku dan bukan pula dia kerana itu juga urusan Allah. Yang di atas tidak selamanya di atas, yang muda tidak selamanya muda, yang baik tidak semestinya baik dan yang jahat tidak semuanya jahat. Ini adalah takrifan dan ini juga adalah taksiran. Jika aku boleh mengatakan langit itu biru sedang segelintir mengatakan ianya putih maka yang ini adalah hak. Mari kita bersihkan segala-galanya. Biar daripada dalam agar yang tercermin nanti adalah yang kebenaran bukan kepuraan.

Image Hosting by PictureTrail.com
Kisah semalam - Buat pertama kali ianya menjadi '1'

Esok atau lusa, aku akan pulang ke Miri. Tugasan di Labuan belum lagi selesai. Ini adalah tugasan berangkai. Jika perlu, aku kembali untuk penghabisan dan jika ianya tidak perlu bertukar tangan. Akal dan fikiran kini satu, yang lain sudah lama beku. Aku hanya kenal rindu. rindu pada jasad kecil kerana hanya dia adalah penawar nan satu!.

Selamat berpuasa kepada seluruh muslimin dan muslimat seantero dunia!

13 comments:

addyaholix said...

dayat,
hidup akan selalu punya pilihan. dan pilihan untuk hidup sendiri bukan pada orang lain, itu ada pada kita sendiri. kita yang perlu memilih dan kita jugalah yang perlu membuat keputusan untuk apa yang kita mahu dalam hidup. tapi harus diingat, tak selalu yang kita pilih itu Dia tentukan untuk kita. dan itu namanya qada dan qadar dari pencipta. terima dan redha. selalu bersyukur atas setiap kurnia-Nya. dengan itu insyaallah kita akan selalu merasa bahagia =)

selamat pulang dayat. salam sayang peluk cium buat si kecil cinta abah, aisya qaisara!

Ad Rifza said...

Yup itu yang selalu kita fikirkan dan inginkan..kesudahan yang baik2..Kita sentiasa mendamba saat itu..saat yang baik2 sahaja...tapi mana mungkin kita mampu menolak takdir jika keinginan kita tidak seperti kita harapkan..
Betul kata dayat kita ingin menyentuh tetapi sentuhan tidak sampai dan kita hanya mampu melihat..begitu juga kita ingin memiliki tetapi kita tidak mampu ,kita hanya mampu menyayangi dan mengasihi..takdir yang jelas dan nyata ..Hanya mampu berubah dengan izinNYA..Tapi tidak mustahil DIA akan megubahnya dengan kesungguhan doa yang kita pohon..Takdir itu berbeza..
Semoga terus diberikan kekuatan..Kekuatan dalam mencari redhaNYA dalam perjalanan hidup yang mungkin panjang dan mungkin tidak..

Anonymous said...

i feel so touched hidayat..still remember we met at UPSI? debat alam sekitar?

||| PöJìé PööH ||| said...

you make me touched!
betul i stuju sgt ngan kata2 u tuh..

patungcendana said...

salam ramadhan dayat...:-)

baincardin said...

Salam Ramadhan, Selamat berposa dan selamat berbuka posa...

zack said...

Salam Wan,

This is the 1st time I read your blog and i like it. Ramadhan Kareem saya ucapkan kepada anda dan semoga tabah selalu.

Zack
Singapore.

aMir RaYYaN said...

Abg,
itulah namanya bicara tentang maksud hidup..penuh tersirat...Moga abg tabah mengisi hari...Moga ALLAH mudahkan segala urusan...Moga abg akan terus bersemangat kerana itu ada dalam diri abg...

Salam Ramadhan...Salam juga untuk aisya'....

my_awg said...

the heart has reasons of which reasons know nothing

Anonymous said...

Assalamualaikum Wan,

Your writings...are deep man. Totally! It is simply awesome that you could get in-touch with your inner feelings and lay it down on papers (literally).

Wish you'd continue doing whatever you do at its best!

Very best of luck. Insya-allah.

Salam dari Labuan
-Jo-

^aNgRiAni^ said...

Salam ramadhan Wan...
tu pics terbaru ker? :D

an-nidxam said...

salam bro.. suka baca ayat2 bro.. aku dh jd pengikut a.k.a followers.. harap dpt tengok entri terbaru setiap masa.. luahkan segalanya di sini ;)

OrAnG KaMpOnG said...

Salam ramadhan juga... Da terus beraya. Moga sukses dengan kehidupan. Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...