This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Monday, 27 July 2009

Yo Yo 'O' Lah!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Firman Allah S.W.T

"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya"
Surah Ali Imran:Ayat 200

Ini adalah cerita bahagia tentang cuti yang lalu. Cuti yang singkat namun diwarnai dengan keindahan sifat dan ragam teman-teman baru dan lama. Sebelum itu, aku ingin menyatakan sesuatu tentang penentuan kebahagian:

'KEBAHAGIAAN ITU ADALAH MATA PENCARIAN KEHIDUPAN MANUSIA. KITA YANG MENENTU BAHAGIA. JUSTERU, PIAWAIAN BERSENDIRI ATAU BERDUA ATAU BERHUBUNGAN BUKANLAH SUATU JAMINAN SESEORANG ITU AKAN BAHAGIA. AKU: Bahagia bila berhubungan namun LEBIH BAHAGIA bila bersendiri. Buat masa ini, aku memilih apa sahaja yang memberi jawapan kepada LEBIH BAHAGIA. Bersendiri itu sentiasa indah! [Nokhtah dengan sungguh!]

Alahai.....tidak puas lah bercuti kali ini. Bertemu dengan teman-teman baru dan lama. Berkongsi sedikit cerita dan pengalaman yang dasarnya tetap berkisarkan kepada kehidupan dan lebih menjurus kepada masa depan. Daripada perkara-perkara yang benar sehingga kepada perkara yang retorik. Kali ini, semuanya diterima pakai kerana aku lebih suka melihat dan mendengar [nokhtah]

Rugi besar sebab tidak dapat bersama Patung Cendana, Addyaholix dan SeptemberSebelas ke Shah Alam untuk MIMPI: Dunia Gelap di Laman Budaya Shah Alam. Alasannya, mata kanan mengalami infeksi bakteria dan merah seperti biji saga dan alasannya lagi menemani Anas untuk Malaysia International NDT Conference and Exhibition di The Legend Hotel, KL. Oh ya, aku sudah kirimkan salam aku buat Aloy Paradoks pada Addyaholix dan Patung. Harap mereka telah sampaikan [nokhtah]

Image Hosting by PictureTrail.com

Seronok dengan sungguh bila aku berpeluang bertemu dengan Zikri Zainuddin dan Zain di Ampang Park. Kami berlibur di KTV seketika. Turut bersama sudah tentu Patung Cendana dan Jamee, Addy dan Anas. Zikri teman sekuliah tujuh tahun lalu di matrikulasi dan Zain, teman sedebat dari Universiti Malaysia Terenganu. Persembahan di KTV sungguh luar biasa, apa kata kamu Addy apabila pertama kali kamu dengar suara Zikri dan Zikri.....kamu semakin hebat! [noktah]

Pulang bersama Patung Cendana dan anaknya ke Pahang malam yang sama. Tiba di Plaza Tol Chenor tepat jam satu pagi. Abah dan Umi sudah lama menanti. 140km/jam sepanjang lebuh raya selepas tol Gombak. Patung sudah pun membuta. Kereta Atosnya seperti mahu terbang! [nokhtah]

Hutan kelapa sawit yang tidak pernah gagal menjanjikan kedamaian dan ketenangan. Aku sungguh seronok dengan hidangan durian, rambutan dan duku yang tidak putus oleh Umi. Makan yang tidak berhenti. Umi mendera aku dengan sarapan, makan tengah hari dan makan malam dengan pelbagai jenis masakan sehinggalah ke bubur lambuk. Deqwan tiba di rumah seperti yang dijanjikan. Aku kembali ke KL untuk seketika dan sepantas masa yang berlalu. Mengintai peluang dan belajar tentang sesuatu. Terima kasih Deqwan. Sudah tentu kamu rindukan Meehoon Sup Pn. Salmah kan?. Aku tunggu kamu di Miri dan di Kuching kelak [nokhtah]

Image Hosting by PictureTrail.com

Juga seperti yang dirancang. Pertemuan pertama kali dengan Dr. Sarah Mohd Shukor walaupun sudah hampir dua tahun kami berkenalan. Dia adalah sahabat maya aku. Kami bertemu di Bandar Temerloh. Aku terkejut dengan perubahan Temerloh. Pertemuan kami berlangsung di Secret Recipe. Aku ditemani Ain dan Qaseh dan Dr. juga ditemani oleh adik lelakinya. Lucu juga tetapi kami gembira berbual tentang macam-macam cerita. Lebih seronok melayan telatah si Qaseh. Terima kasih Dr.!!! [nokhtah]

Image Hosting by PictureTrail.com

Di Kuantan, aku tetap menjadikan UMP sebagai destinasi persinggahan. Bertemu dengan Kak Ngah, Hernawati Lahading dan Najib Razali (kedua-dua ini merupakan rakan sekuliah sewaktu ijazah dahulu, kini mereka sedang bertungkus lumus untuk sarjana). Aku doakan selamat maju jaya dan semoga Allah permudahkan segalanya. Aku sentiasa rindukan UMP dan aku sentiasa berbangga kerana pernah menuntut di sana. Aku tahu ramai yang malu tetapi aku tidak sesekali. Aku telah berjaya buktikan sehingga ke hari ini [nokhtah]

Image Hosting by PictureTrail.com

Di Kuantan, aku kembali bertemu Patung Cendana dan Addyaholix (perancangan dua bulan). Kami bertemu di Indera Mahkota sebelum Addy dan Patung ke Sungai Lembing. Aku gagal untuk turut serta dengan alasan UMP. Aku dan adik-adik ku ke Pusat Hiburan Keluarga di Kompleks Teruntum. Sungguh, satu-satunya pusat hiburan di Malaysia seumpama Xanax. Mahu tahu kenapa?. Silalah layari Kosmo. Aku, masih mahu senyum. Aku membawa adik-adikku ke Pantai Teluk Cempedak selepas keluar dari Xanax dan kami bersantai di sana sehingga lewat jam dua pagi. Patung, Addy dan Jamee turut bersama. Malam itu, suasanan di TC terlalu meriah. Kebetulan Kuantan menjadi host kepada beberapa event nasional dan antarabangsa. Yang pasti, semua gembira pada malam itu [nokhtah]

Image Hosting by PictureTrail.com

KETIDAKSEMPATAN: Pulang ke Terengganu, ke Gunung Nuang BootCamp bersama Brader Ian (nak jadi photographer tak bertauliah adalah niat asal), terlepas Siemen's Run di Dataran Merdeka 10KM, bertemu Along, Anjang, Mac dan Cliff dan melepak dengan Tuan. Tito and th geng, aku minta maaf. Lain kali kita pasti berjumpa lagi....

ANUGERAH: Secara kebetulan bertemu MASTER. Aku sungguh bertuah. P.I.G, itu bukan babi lah tapi Pipeline Inspection Gauge, trademark sungguh!.

APRISIASI: Keluarga Aisya' Qaisara di Miri...kalian tahu siapa kalian. Semoga Allah terus bersama kalian!.

Sehingga bertemu lagi.....

14 comments:

kaizar said...

huhu...xpe...hopefully next time leh jumpe

Neeza Shahril said...

Salam Dayat..

akak juga baru seminggu balik dari kampung. Seronok tak terhingga.

Sayangnya, rindu pada durian dan manggis semakin terasa walaupun dah banyak akak belasah durian dan manggis.

Mana nak sama tempat orang dengan tempat sendiri kan..

patungcendana said...

dayat!!!!! miss you!!!!

law said...

hai..abg dayat..
ari tau jgk abg dtg ump tp xsmpt nk jmpe..ahd 2 sya pegi cycling plak..
balik2 tnya tito tp abg dh blik..
huhu..lain kali dtg lagi 2 khabo la ye.. :)

addyaholix said...

pada aku bahagia itu bila hati kau memilih untuk bahagia. tak kira bersendiri, berdua, bertiga atau berjuta. dan moga bahagia selalu untuk kita semua.

terima kasih untuk persahabatan yang kau hulur. moga tuhan selalu pelihara persahabatan yang dibina dengan hati yang ikhlas insyaallah.

Sarah Mohd Shukor said...

Salam Dayat.

Terima kasih sanggup bersusah payah datang juga ke Temerloh petang tu. Next time, everything is on me ok.

p/s: Dalam gambar ni saya nampak jauh lebih kurus dari kenyataan. Hahaha. =D

Bangi said...

Semoga Berbahagia Selalu... :-)

azwan bamadhaj said...

you look totally different dalam gambar dekat karaoke tu...


huuhuh

jumain said...

salam...
xdpt jumpa abg dayat...masa xsesuai lak...sbb
time abg dayat kat kuantan ada debat kat UTP...hu3

WanHidayat said...

Anjang: Hoping the same...I'm so sorry for not telling you early Anjang. Just the matter of time....




Kak Neeza: Hehehe...seronok kan?. Sy pun sama akak. Smapai sekarang masih terasa suasana kampung. Paling best sbb makanan lah. Bila kita hidup merantau, makanan lah yang menjadi keutamaan kita semua....

Harap akak baik selalu.....




Mdm: I missssss you too mdm. Hope to see you again soon....

WanHidayat said...

Law: Tu lah pasal. Mmg tak lama abg balik...singgah UMP pun sekejap sgt sbb nak bagi barang pada Kak Ngah dan jumpe budak2 master sekelas abg dulu. InsyaAllah....ada rezeki kita jumpe lagi.

I'm happy when you stated that you are now active in AR....keep it up bro!




Addy: Yup Addy. Itu adalah hak mutlak individu dalam memilih kebahagiaan. Pangalnya tetap bergantung pada kalimahNYA....

Aku harap kita semua bahagia dgn apa yang kita lakukan....



Sarah: My pleasure friend. InsyaAllah...kali ni sy akan paw awak cukup2 mcm Nan cakap tempoh hari...hehehehe...

Ha'ah....gambar tak semestinya betul kan?.




Bangi: Alhamdulillah dan InsyaAllah....amin....

WanHidayat said...

Azwan: Huh???. Tak lah...mcm dulu2 jugak. Masih mengekalkan kehidupan yang selekeh TAPI bersih...hahahaha.

Aku semakin berat Azwan!!!!!




Jumain: Takpe dik....nak wat cam mana?. kalau diberi peluang, adakah anda tdk akan ke UTP utk alam Sekitar....hehehehe. Mesti pening nak jawap kan.....

baincardin said...

laa Dayat...hang ada pi Ampang Park ke? dah dekat sangat ngan opis Bain.

syhcool said...

Next, do the same thing for the pandora jewerly right front side of the shirt.Once you have done Pandora Bangles both front sides of the shirt, you then will need pandora bead to do the back of the shirt. Take the shirt and place the back of the discount pandora shirt so that the direct middle is on the ironing board. The pandora sale back collar of the shirt should be right up at the edge discount pandora charms of the "head" of the ironing board or even slightly hanging off. Pull the bottom buy pandora bracelets of the shirt to create that taught resistance again and pandora beads charms begin to spray the shirt and iron in the opposite direction of pandora earrings the pull.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...