This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Monday, 6 July 2009

ISU-ISU DIRI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Friman Allah S.W.T

Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati dan Kami tuliskan segala yang telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu Kami catatkan dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.
Surah Yassin : Ayat 12

Image Hosting by PictureTrail.com

ISU SATU: Sejujurnya, berkata-kata sahaja sudah menjadi suatu kerumitan dalam rutin seharian dan hari ini, menulis dan mengarang juga telah menjadi suatu perkara yang tidak mudah. Justeru, apakah yang akan menjadi wadah komunikasi seharian kita seandainya kedua-dua perkara ini sudah dikelaskan sebagai perkara-perkara rumit. Bercakap menjadi salah, menulis juga menjadi salah. Itulah natijahnya bila pendifinisian, terjemahan, dan pendekatan terhadap sesuatu isu menampakkan ruang dan jurang yang luas serta berbeza. Faktor utama adalah usia, pengalaman, pendidikan, serta latar belakang individu. Bolehkan faktor-faktor tersebut menjadi punca?. Apa kata anda.....

Aku: Aku sekarang lebih suka berdiam diri. Jika aku mampu menjaga dan memuaskan setiap hati yang ada dalam hati ini. Aku patut berbangga dengan diri. Kerana itulah ada 'jika'.

Pujuk hati: Semoga Allah memberikan kita semua sifat saling sayang menyayangi dan kasih mengasihi.


Image Hosting by PictureTrail.com

ISU DUA: Bohong. Aku berbohong dengan diri. Aku berbohong dengan teman-teman. Aku berbohong dengan masyarakat. Kenapa aku berbohong?. Apa yang mendorong aku daripada berbohong?. Kerana kasih, kerana kasihan, kerana simpati, kerana geram, kerana dendam atau kerana sebarang kerana. Masih ada peluang dan ruang untuk berterus terang dan memulihkan keadaan. Setiap di antara kita benci dengan perkara-perkara bohong. Aduh, sudah ramai yang benci pada aku rupanya. Apa pula bezanya bohong dengan hipokrit?. Apa kata anda......

Aku: Setiap hari adalah masa untuk mengakui kesilapan dan kesalahan diri. Jangan lah malu untuk meminta maaf dan bercerita akan yang benar asalkan keaiban diri dan keluarga tidak dicemari. Jika aku tidak berbohong, sudah pasti ramai yang menyayangi dan menyenangi aku. Kerana itu ada 'jika'.

Pujuk hati: Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan semoga Allah menjauhkan diri kita daripada tergolong dalam golongan mereka yang munafik.

#Moga-moga setiap hari Allah akan menunjukkan kesalahan dan kesilapan lalu aku dengan harapan aku akan berusaha sebaiknya menjadi seorang yang lebih baik, lebih berakhlak, lebih sabar, lebih tabah dan lebih beretika sama ada dalam menjawab persoalan serta pertanyaan hidup, berbual biaca mahupun menulis dan mengarang.

# Dengan sungguh. Aku tidak membenci dan tidak mendendami. Aku terima segala buruk sangka dan telahan dia. Mungkin Allah membuka hijabnya untuk membaca apa yang bermain dalam kotak akal ini. Aku yang berdosa ini akan terus mendoakan kesejahteraan dan ketenangan buat dia. Semoga dia menjadi manusia terpilih di sisi Allah.

Sekian, semoga bertemu lagi dalam perkongsian akan datang.

8 comments:

zafi said...

Allah the most gracious the most merciful...
well,we know ourselves better than anybody! Have faith... Be strong...

Inah said...

hey hey..awat ni?? hope you do fine..whatever happened, God will know everything..

Trust HIM and He will lead you the way..

Keep holding on :)

Fi-sha said...

Dear Adik

I wish I am as strong as you are. Rest assured Adik, you are doing the right thing.

Pekakkan telinga, butakan mata
Dengar dan lihat apa yang sahih di hati
Hidup ini hidup kita
Penuhi dengan apa yang dekat di hati

Take care Adik!

Mak Su said...

setiap individu tak sama, tapi setiap kita menghadapi permasalahan yang sama.... *ketidaksamarataan*

..... ?

yg penting, sentiasa happy :)

aMir RaYYaN said...

.."setiap hari adalah masa untuk mengakui kesalahan..."..kata2 yg sgt baik.....jaga diri abg.....

with luv,

aMir RaYYaN said...

.."setiap hari adalah masa untuk mengakui kesalahan..."..kata2 yg sgt baik.....jaga diri abg.....

with luv,

addyaholix said...

cuma untuk renungan bersama, takkan selamanya kita akan diatas. jadi sentiasa beringat tentang kemungkinan kita jatuh ke bawah.

patungcendana said...

balik sini la dayat... :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...