This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Wednesday, 1 July 2009

Cerita Yang Dua Belas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Firman Allah S.W.T

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu yang mengubahnya sendiri"
Surah Ar-Radhu : Ayat 9

Selama diam ini, aku bukan berada dalam tempoh kerehatan. Tempoh ini tidak sesekali beristilah. Ia cuma definisi diri sendiri yang bersifat sengaja dan berniat. Berniat untuk mengelak dan berlari. Aku mengelak dan aku berlari?. Tidak hakikatnya kerana jika mengelak, ketegasan adalah perlu dan ruang perlu ditutup rapat biar tiada cahaya boleh tembus. Berlari pula jauh sekali kerana aku hanya merangkak. Merangkak yang sesekalinya rebah cuma impuls adalah rendah kerana faktor graviti. Justeru, aku kembali untuk perkongsian cerita-cerita yang cukup sinonim dengan kita iaitu ceritera kehidupan. Tujuannya masih sama, demi kemaslahatan diri sendiri. Terimalah dua belas rangkaian kisah ringkas sepanjang episod senyap ini.....

Image Hosting by PictureTrail.com
sekadar gambar hiasan

1# Allah memberi kita ujian, kita mendidik diri untuk tidak mengeluh tetapi kita tetap mahu mengeluh. Tidak redhakah kita?. Kita mula mencari salah diri dan mentafsirkan daripada dosa lalu yang membawa musibah. Tidakkah kita ingat bahawa janji Allah telah jelas terqalam dalam Al-Quran.

2# Allah meniupkan roh dalam suatu jasad dan itu merupakan hadiah dan anugerah. Mengajar kita secara langsung tentang istilah pedoman dan pengajaran. Balasan di dunia Allah turunkan secara serta merta. Faktor masa sahaja yang berbeza dan ianya seperti kematian. Beringatkah kita sebelum memulakan bicara?.

3# Persahabatan juga sudah menjadi suatu perkara yang boleh dijual beli. Sewaktu kewujudan, kita sukar untuk melihat yang terpencil. Bila kita kehilangan, yang terpencil juga kita tampakkan seluas langit nan tinggi.

4# Emosi.....antara elemem kemanusiaan yang paling sukar dikawal. Mudah sungguh terjentik walau dengan cerita-cerita picisan. Bila tergugat, ada sahaja sumpah seranah dan doa-doa pendek akal terzahir dan yang pendek akal itu adakah istilahnya 'doa'?.

5# Bukan soal menjadi pahlawan tetapi mereka tidak nampak keaiban yang lebih besar. Semua manusia yang mampu boleh memberi pertolongan tetapi kita kurang berfikir, pundak siapa yang ada beban?. Aku dahulukan jutaan terima kasih atas segala-galanya. Ramai juga watak baru untuk cerita baru ini. Alhamdulillah!.

6# Berbaik dan berbalah, berbaik dan berbalah. Aku memilih istilah berbaik. Sudah selesai aku fikir dan harapannya tiada lagi sandiwara. Jika dia ikhlas, aku juga telah lama ikhlas. Didiklah diri untuk tinggalkan kenangan hitam itu sejauhnya. Kamu berhak memiliki apa yang kamu miliki hari ini. Kebahagiaan!.

7# Tidak nampak tetapi bersikap serkap jarang. Aku fikir ini keterlanjuran yang sungguh melampau. Aku memilih untuk diam dan pendam. Semoga tidaklah menjadi dendam. Bila bersumpah, manusia fikir, agama pula yang diperkotak katikkan. Tidak mengapalah, kita uji limitasi kesabaran diri.

8# Sindiran pada dinding-dinding medium globalisasi. Seperti sengaja mahu menguji dan mencabar diri. Jangan sampai menjadi bahana. Aku sendiri tidak mahu hilang rasa hormat. Lebih mudarat bila hati menjadi lebih keras daripada batu. Justeru, jangan sesekali salahkan aku.

9# Senyum dan ketawa hanyalah tirai. Aku tidak pernah tahu jalan cerita kita hampir serupa. Hebat juga kamu bertahan sehingga menjadi manusia yang berakidah. Aku hanya mampu bangga. Ini adalah pencapaian. Semoga Allah terus bersama kamu.

10# Banyak bicara tunjukkan kelemahan dan bongkak, diam membisu dihukum bersalah. Jalan mana kita perlu pilih?. Ada yang merasa diri sudah seperti muqarrobin. Aku mahu memerhati kekuatan intuisi itu. Suratan atau kebetulan?.

11# Aku sudah menerima beberapa balasan (masih banyak aku fikir) dan setiap daripada kita akan menerimanya dalam apa jua bentuk terjemahan. Ini sedikit cerita di dunia dan yang di sana barangkali tidak tergambar. Siapa boleh sangkal tentang adanya pengecualian?. Tidak sesekali!.

12# Diam adalah lebih baik daripada segalanya. Berkata bila fikir ianya perlu!.

.....dan sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang kurang dan tidak baik itu juga datangnya dari Allah S.W.T. Kita yang telah melakukan ma'aruf dan kita juga yang telah melakukan kemungkaran....mohon maaf dengan sungguh!.

23 comments:

Ad Rifza said...

Dalam hidup ini takdirNYA jelas atas sesuatu..Apa yang kita rancang dan apa yang telah ditentukan adalah suatu proses hidup yang kita tidak boleh takwil lagi..Ada perkara yang kita rasa redha dihati dan ada tidak..tapi bila kita yakin bahawa semua yang ada atas mukabumi Allah ini adalah ketentuanNYA..Kita akan pasrah dan redha atas semuaNYA..Sakitkah kita,resahkah kita atau matikah kita semuanya dengan tenaga jasad tubuh kita inilah kita abdikan seluruhnya kepada Allah tanpa takwilnya lagi..Redha dan pasrah..

sHaH said...

Allah beri ujian yang kite akan dapat tanggung. itu janji Dia.

eh, org swak paduhal..

miezi said...

am about to say something...tp biarlah.
diam itu lebih pintar, ku rasalah :)

Rush Murad said...

...daripada yang 12 itu, banyak juga ditujukan secara langsung kepada abg... terima kasih atas peringatan...semoga nombor-nombor peringatan itu untuk Wan juga...

Jazakallah.....

addyaholix said...

hidup kita kerana DIA. dan mati juga harus yakin kerana DIA. hidup akan jadi lebih indah bila jalannya tidak cuma lurus. ada yang manis. ada yang pahit. tuhan itu maha adil. kalaupun pahit, itu yang buat kau belajar sesuatu. kau belajar untuk berfikir. kau belajar untuk analisa. kau belajar untuk bertindak. dan kau belajar untuk terima semua dengan hati yang terbuka. kesimpulannya kau belajar tentang kehidupan.

bila mengeluh bukan maksudnya kita tidak redha, cuma kita hanya manusia. selalu saja lupa, yang semua itu dari DIA.

WanHidayat said...

Ad: Terima kasih.....suatu bual perbincangan yang berguna untuk semua...terima kasih yang tidak terhingga...



Shah: Yup...berdasarkan kepada kapasiti dan kemampuan kita...
#sy bukan org Sarawak....sy hanya bermastautin di Miri...



Miezi: What bro?...aku setuju!

WanHidayat said...

Rush: Abg...harap difahami mukaddimah entry..."...Tujuannya masih sama, demi kemaslahatan diri sendiri..."

#Sudah pasti cerita dua belas itu adalah untuk kebaikan dan peringatan diri sy...jika ada yang terkena, sy takrifkan ia secara berlaku tidak langsung...sy mohon maaf!.




Addy: Satu lagi...buah perbincangan yang baik dan bentuknya seperti peringatan....terima kasih addy. Itu adalah cerita aku selama aku menyepi....

Otit said...

tidak perlu untuk menjadi yang terbaik.
cukup dengan menjadi semakin bertambah baik dari satu hari ke hari yang lain.
hehehe.

aMir RaYYaN said...

salam..akhirnye update jg..rindu kt entry abg..heheheh..take care yea..

JaseMario said...

Selamat Maju Jaya. Semoga mendapat segala kebaikan... InsyaAllah.

Badrul Anuar said...

Setuju dengan number 12.. tp adakalahnya berdiam kita akan dikatakan bersalah. Bercakap dikatakan kita terlalu ego. Antara berdiam dan bercakap.. abg pilih bercakap kemudian berdiam...

en_me said...

salam bro, thanx sudi jalan-jalan makan kat miri kelmarin..

Rush Murad said...

en_me - datang Miri tak bgtau pun... nak jugak join jalan2 n makan2...

WanHidayat said...

Otit: Setuju otit...tapi apa2 pun kita kena berusaha....kannn?


Amir: Wan....abg dah bersedia untuk menulis kembali....


Jasemario: Thanks bang!!!!. Moga2...

WanHidayat said...

Badrul: Betullll.....tapi susah juga sebenarnya bang...kalau kita dia, mcm2 boleh jadi....berusahalah!


en_me: No big deal.....semuanya kebetulan.....datang lah lagi...


Rush: en_me, jawablah.....en_me nih pemalu lah abg.

en_me said...

abg rush.. sebenarnyer tak tahu nk contact ko camaner.. blog ko pun lamer x update .. me cumer dpt contact wan sajerr.. mebi next time nooo

baincardin said...

memang best dapat jumpa blogger Yunus tu Dayat. habis gelak besar kitaorang ngan lawak2 dia tu! :)

*nukilan kamu ni banyak nasihat berguna. tenkiu byk2 Dayat.

patungcendana said...

in spite of all that...kita masih mampu senyum.... :-)

jejakalkindi said...

salam..

cerita dayat itu adalah cerita insan...thanks for sharing..

scrlett said...

salam...
sesungguhnya manusia itu UNIK...

one said...

salam cik dayat..
ooh...monolog berjelamu itu ada yg bisa mengetuk2 pintu di hati ini.. namun mana biliknya yg akan terbuka nanti sedang masih ditimbangi akal,kerna jika tersalah buka parah menanggungnya

WanHidayat said...

en_me: Hehehehe...bukan sudah bertukar number telefon dahulu?. Sy tak tahu....




Bain: Yup...seronoknya pasti...insyaAllah, nnti kita jumpe palk, ramai2 kan...

Thanks Bain....




Mdm.Normala: Yesss....we were!

WanHidayat said...

Bro Fisol: Thanks for reading abg...hanya secebis dari jumlah yang tidak dapat dikira...kita hanya manusia biasa.....




Scrlett: Yup...kita manusia, ciptaan yang UNIK....




One: Benar one.....jgn sesekali tersalah tapi andai kita tahu ianya salah, kita pasti tidak langsung menghampirinya....aku juga silap...yang salah itu, aku agungkan...subhanallah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...