This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Wednesday, 3 June 2009

Terdahulu dari Kemudian (Entry Berehat)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Firman Allah S.W.T

Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati dan Kami tuliskan segala mereka yang telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu Kami catatkan dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata
Surah Yassin : Ayat 12

Image Hosting by PictureTrail.com
Ini adalah panorama bandaraya Miri di malam hari. Panorama ini diambil dari Bukit Canada. Malam itu, aku bersama Ain dan Deqlah bermuhasabah diri bertiga.

Sudah tiba masanya untuk aku himpunkan segala-galanya dalam 'entry rehat' ini. Aku...tidaklah sesibuk dahulu, kerja hanya biasa-biasa sahaja. Setiap hari bekerja, ofislah tempat aku. Ke laut?. tidak lagi buat masa ini, sedangkan tugasan aku di Labuan telah pun di ganti oleh rakan sekerja aku ketika ini. Pelbagai alasan aku beri untuk menolak itu dan ini. Aku punyai alasan yang kukuh untuk tidak kemana-mana. Melancong?, tunggu masa dan kumpul rezeki yang Allah beri. Semuanya perlu dimanfaatkan dengan baik. Aku ingat pesan Umi, malang tidak pernah berbau!. Aku sedang menggemukkan ruang sabar, biar ia jadi segemuknya. Aku tidak mahu ianya meletup, berdosa pula rasanya bila aku salahkan takdir. Ini hanya ujian kecil kan dayat?. Sekecil tubuhmu tapi aku tahu semangat mu tidak pernah kecil!. Aku sekadar memujuk hati barang kali. Siapa lah kita untuk tidak boleh merasa penat dan tertekan. Seperti biasalah, apa guna akal dan jiwa?, apa gunanya iman yang sedikit jika perkara-perkara sebegini, kita terus muram dan berduka. Oh ya, aku terlupa sesuatu, aku hanya manusia biasa, bukannya ROBOT!.

'Entry rehat' ini aku nukilkan berhari-hari. Aku biarkan ianya berjela seperti kumpulan diari jubli perak. Cukupkah?. Apa-apa yang penting sudah memadai. Berdosakan jika aibkan diri sendiri apatah lagi membuka aib orang. Astaghfirullah...aku memang berdosa!. Tetapi, aku tidak bercerita, manusia punya mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Aku tidak pernah berfikir manusia tidak pandai melihat. Apa yang mereka lihat, itu juga yang aku lihat cuma terjemahan sahaja yang berbeza. Mari kita saling hormat menghormati. Chronicle ini aku ciptakan kerana cinta dan demi cinta. Sedikit-sedikit ia menjadi ruang perkongsian buat mereka yang suka membaca, sudi menerima teguran, nasihat dan kisah-kisah semangat. Aku tidak gunakan contoh si polan dan si polan. Apa yang tertulis adalah apa yang telah teralami. Kisah hidup sendiri yang sememangnya sarat dengan ujian Illahi. Bukan direka dan tereka. Sesiapa yang dekat, dia tahu sedikit sebanyak tetapi Allah tahu segalanya. Jika ia tidak berguna buat kalian tetapi ianya tetap berguna untuk aku.

Beginilah, rehat ini bukan rehat yang merajuk dan bukan juga rehat yang amarah. Rehat kerana tanggungjawab dan amanah. Semakin hari kita semakin dewasa. Apabila kita dewasa, setentunya kita perlu berfikir seperti seseorang yang sudah dewasa. Sudah dewasakah aku?. Kehidupan di dunia ini hanya sementara, daripada sekecil-kecil perkara, baik udara sehingga ke nyawa. Semuanya adalah pinjaman. Matinya kita, liang lahad juga tempatnya, kafan putih juga yang diguna, bukan emas permata yang dibawa bersama. Banyak aku bersyarah, adakah aku sendiri yang melakukannya?. Biarlah, DIA maha mengetahui, yang nyata dan tersembunyi. Siapa kita untuk menafikanNYA. Orang kata, bercakap lebih mudah dari melakukan. Ini yang benar!. Takut-takut tergolong dalam golongan orang munafik, astaghfirullah!

Sakit...sakitkah seseorang yang menghidap barah?, sakitkah seseorang ibu ketika melahirkan kandungannya?, sakitkah tangan yang luka terhiris pisau?, bolehkah hati sakit? dan bagaimana pula rasa sakitnya?. Aku berdoa aku tidak pernah merasa salah satu daripada bentuk kesakitan di atas. Aku cuma menerima ujian tetapi bukan kesakitan. Aku percaya semua kita pernah diberi ujian. Kita hanya berbeza bentuk ujian dan terfikirkah kita, kenapa kita diberi ujian?. Adakah kerana kita berdosa?. Oh...itu bukan ujian tetapi balasan. Balasan yang kita terima dalam kehidupan. Kita berbuat baik juga kita akan mendapat balasan. Hidup ini suatu kitaran yang nyata. Hari ini kita di atas dan esok lusa belum pasti. Berbuat baik berpada-pada, berbuat jahat jangan sekali!. Sehebat-hebat kita menipu, sebaik-baik kita berpura-pura, bila sampai suatu masa, DIA akan tunjukkan segalanya. Aku ingat.....Allah tidak pernah tidur!.

Aku...daripada kehidupan kecil yang membesar dengan bertemankan nasi putih, telur goreng, kicap dan masakan melayu, sekarang aku sudah kenal akan Pizza Hut, McDonald dan makanan Itali. Seingat aku, sehingga belasan tahun, barulah aku ke fastfood restoran. Pertama kali ke Coffeebean dan Starbucks, hendak minta minuman pun takut-takut dan berdebar. Takut tersalah sebut, hendak menyebut minuman masih berpintal lidah. Biasalah, bila aku membesar di kampung-kampung dan hidup berpindah randah. Aku tidak pernah malu dengan apa yang aku pakai dan apa yang aku makan. Sekarang lagi hebat, aku sudah bekerja. Bekerja separuh mati, beribadat pun tidak sekuat bekerja. Tapi orang kata bekerja itu juga suatu ibadat. Alhamdulillah, ramai lah di antara kita yang beribadat sebenarnya. Aku rasa termotivasi bila di usia muda ini, aku berjaya memperoleh kerja yang baik dan pengalaman yang hebat. Mungkin benar seperti orang kata, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Aku tidak juga senang, berpadalah dengan apa yang dikurniakan. Syukur, alhamdulillah!.

Aku...seorang lelaki yang bertubuh kecil. Boleh menjadi bapa dan boleh juga menjadi ibu. Bicara aku bertumpu kepada tanggungjawab. Aku lelaki, tidaklah boleh mengandung!. Bagaimana?. Itulah aku ketika ini. Aku tidak menyesal, tidak mahu merintih dan tidak mahu mengeluh dan aku tidak mahu gagal. Selagi kudrat dan akal ini terus dipinjamkan, aku akan melalui semua ini dengan sabar, dengan redha. Memasak adalah perkara yang terlalu terpencil. Lelaki pandai memasak adalah perkara biasa dan suatu yang istimewa barangkali. Memasak untuk perut sendiri dan mereka yang kita sayangi. Kita akan rasa puas, percayalah!. Aku yakin, sudah pernah ada jalan cerita sebegini cuma sekarang aku pula diberi watak utama. Tibalah masa untuk mengemudi. Sesekali kita diam tidak merugikan apa-apa sebenarnya. Tetapi, jika kita banyak bicara, ramai pula yang terasa dan terluka. Daripada tersalah tafsir, baik ambil posisi untuk membisu. Biarlah orang kata kita bersalah, biarlah orang kata kita penakut. Rezeki manusia bukan manusia yang tentukan.

Kehidupan...jika tiada ketawa bukan kehidupan, jika tiada air mata bukan kehidupan, jika tiada ujian, bukan juga kehidupan. Aku...banyak juga perkara yang telah aku lakukan yang kadang kalanya tidak mencerminkan aku seorang aku. Aku langgar beberapa prinsip hidup aku. Tidak tahulah, masih berbaki kah prinsip hidup aku. Orang kata, hidup perlu ada prinsip supaya tidak ditekan, tidak diperbodohkan dan tidak dipermainkan. Aku nasihatkan kepada mereka yang masih muda di luar sana, yang sedang membina dan mencari nikmat kehidupan. Marilah kita bersama berhati-hati. Berhati-hati dalam memilih kawan dan berhati-hati dalam memilih teman dan pasangan. Tetapi ingatlah, memilih itu jangan sehingga tidak berkawan.

Kenangan...Aku punyai seribu satu kenangan. Masih ingat 'Cerita-cerita Dari Laut' dahulu. Itu antara kenangan tak terlupakan. Sanggup meredah ombak beberapa meter dalam boat nelayan kecil semata-mata merentas cinta. Bukan sekali tetapi beberapa kali. Ada siapa yang sunggup meletakkan nyawanya sebagai korban cinta. Tiada siapa yang tahu. Hanya aku dan hanya DIA. Sekarang, wujud atau tidak bukan lagi kepentingan. Aku pernah merasanya sekali dan ianya masih terasa. Cukuplah tentang cinta, aku tidak mahu ada yang memandang jelek dan geli dengan cerita cinta. Fitrah manusia, ingin mencintai dan dicintai!. Setiap daripada kita hidup dengan kenangan. Aduh, aku sungguh merindukan masa-masa di Gerik dahulu, benar-benar rindu masa-masa di Sabah dahulu, teramat rindu dengan kisah pra-matang usia di Labuan dahulu, lebih rindu dengan cerita-cerita di universiti selama empat tahun di Pahang. Kemana sahaja aku pergi, aku belum gagal meniggalkan sebarang kesan. Itulah aku!.

Kini...aku di kemuncak ujian sebelum kaki melangkah ke fasa ujian baru. Ujian yang tidak pernah aku fikirkan akan berlaku dalam kehidupan aku. Semestinya, aku perlukan sokongan dari keluarga dan teman-teman. Aku butuhkan nasihat dan pendapat, aku perlukan ilmu dan pengetahuan. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Aku berdoa dan berharap, aku mampu melaksanakan tanggungjawab dan amanah itu dengan sabar dan ikhlas. Allah sentiasa bersama dengan meraka yang mendukung kesabaran.

Teman-teman, 'entry rehat' ini bukan tujuannya untuk meraih simpati atau meminta kasihan. Bukan juga untuk menyindir dan menyalahkan. Maaf dengan sungguh andai ada pihak yang terasa hati dan marah. Bukan itu niat aku. Aku hanya ingin berkongsi sedikit ujian yang sedang aku hadapi, yang sedang aku alami. Barangkali, entry ini tidak menggambarkan ujian apa yang sedang aku alami. Maaf untuk itu, aku cuma megharapkan sokongan dan pandangan mereka yang telah lama kenal erti hidup. Percayalah, apa yang aku alami hari ini, bukan mudah untuk seseorang yang sedikit ilmunya seperti aku, bukan mudah untuk seseorang yang bergelar lelaki, bukan mudah untuk seseorang yang baru membina kerjaya. Aku percaya dan yakin dengan kapasiti kemampuan aku hari ini dan kerana itu Abah dan Umi membenarkan aku memikulnya bersendiri.

Sekian untuk kali ini. Aku memohon untuk berehat panjang dari berblogging buat masa ini. Semoga bertemu lagi. Dalam tempoh rehat ini, aku akan sentiasa melawat blog teman-teman. Aku mahu jadi PEMERHATI BEBAS TAK BERLESEN. Kepada teman-teman rapat, aku masih boleh dihubungi melalui FB dan telefon bimbit. Selamat maju jaya untuk semua. Semoga Allah terus memudahkan urusan kita sehari-hari.  Selesai entry ini ditulis, bumi Miri menerima hujan yang sembah ke bumi. Apalah signifikannya?. (waktu sekarang 1:50 pagi, 3hb Jun 2009) 

56 comments:

Anonymous said...

Wan, kenapa kita diberi ujian? To make us to become a better person in life. Sama-samalah kita bermuhasabah diri selalu.

Kenangan kat UMP? Teringat masa 1st year, Wan ajak Aishah jadi group member untuk projek TITAS and from there kita jadi kawan rapat.Hope ukhwah masih ada sampai bila-bila.

=) Aishah, Manchester

Badrul Anuar said...

Kadang kala rehat dari segala urusan biasa cukup memberi makna yang besar kepada kita.

Walaupun kita bukan berehat 100% dari tugas dunia, namun rehat dari kehidupan biasa sudah cukup untuk kita nikmati kehidupan lain disekitar kita. Masih banyak lagi yang kita boleh terokai selain dari apa yang sedia ada didepan mata kita..

addyaholix said...

emel no kamu di addyaholix@gmail.com

jumapx said...

salam abg dayat...
berehat la jika itu terbaik utk diri kamu...kerana hanya kamu yang mengerti apa mahumu...

re: insyallah...persediaan utk ke UNIMAS akan di buat dgn sebaik mungkin...smoga dpt jumpa di sana k... :)

jumapx said...
This comment has been removed by the author.
arsaili said...

salam bro..hujan rahmat tu

addyaholix said...

mak selalu pesan, kalaupon kamu merasakan kamu ditimpa dugaan maha hebat, kalaupon kamu merasakan nyawa kamu seolah dihujung tanduk kerna hari-hari yang kamu tempuh, perlu ingat, pasti ada lagi manusia lain yang dugaannya lebih hebat dan teruk. pasti ada lagi insan yang kurang bernasib baik dari kamu. bila kamu yakin yang itu, nescaya kamu mampu terima semua yang datang dengan hati terbuka. tapi emosi dan ego itu lumrah. tak perlu ketepikan. cuma kamu perlu tahu untuk mengatasainya dengan cara yang baik. dan aku tak perlu berjela titipkan kata nasihat buat kamu, sebab aku yakin kamu kuat untuk hadapi apa yang datang di depan kamu. cuma kadang kita kecundang. itu tak salah, kerna kita cuma manusia biasa dayat.

rehatlah dayat. mungkin itu baik untuk kamu pelihara semula hati kamu yang sikit parah. beri diri kamu ruang untuk sesuatu yang baru di hadapan kelak.

aku juga perlu rehat. haha!

WanHidayat said...

Aishah: Salam...apa khabar Aishah di Manchester. Wan harap baik2 semuanya. Yup, wan masih ingat...kita mengendalikan 'Finding Myself'...besar impaknya kepada sejujurnya. Terima kasih atas kerjasama Aishah...insyaallah. Ukhwah itu sentiasa di sana....




Badrul Anuar: Bileh panggil doktor tak???. Sy tidak pun berehat sebenarnya. Cuma brehat dari berblog. Anggap sahaja sy sedang mengumpul bahan untuk suatu cerita paling sensasi....hehehehe

WanHidayat said...

Addy: Ok...petang nnti kamu boleh check email kamu. Ada sesuatu aku hantar di sana...ingat janji lama aku...untuk kamu. Harap kamu suka nanti. Aku sukar membaca tentang kamu.....apa yang tercipta, semuanya penilaian dari prolog kamu addy!




Jumain: Terima kasih...insyaAllah. Macam abg tulis, ini bukan rehat minda dan fizikal...hehehe.

Jika ada kelapangan, abg akan pergi. Nnti, abg check tiket sekarang ke Kuching!

WanHidayat said...

Arsaili: Alhamdulillah....hujan itu sentiasa rahmat walaupun dalam bentuk musibah....





Addy: rep:- Addy, terima kasih atas peringatan ke sekian kalinya. Ibu kamu seperti ibu aku. Seringkali menasihati perkara yang sama dan serupa. Benar, ini yang tiada beza....

Kerana aku fikirkan akan ujian manusia lain, maka aku fikir aku perlu kuat dan terus tabah. Tak mengapa...DIA sentiasa bersama kita...

*Addy, kamu juga perluakan rehat...rehatlah fizikal dan rehatlah minda...

*Adakah hati aku parah...hahaha. Tidak rasanya, aku semakin pulih!

Anonymous said...

Allah memberikan ujian kerana tahu kita mampu mengatasinya...ujian itu mendewasakan, mematangkan dan menjadikan kita semakin bersabar. setiap orang ada ujian tersendiri. jangan benci dgn ujian. terima la ujian dengan redha dan sabar. sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang2 yang bersabar. Percayalah janji Allah itu benar...

BigBoss UMP.....

addyaholix said...

aku dah terima. terima kasih dayat. tapi kamu silap ejaan nama aku. haha!

tapi terima kasih banyak dayat!

Anonymous said...

err

Anonymous said...

err

Anonymous said...

err

WanHidayat said...

Najib: Ini penghormatan untuk aku... Terima kasih Najib. Terima kasih kerana terus mengingatkan aku...terima kasih byk Sahabat!




Addy: Adussss....aku sudah ubah dan yang pasti kau juga sudah terima....ini suatu petanda!




Anonymous: Errr....tak habis komen, tak mengapa. aku tunggu!

Anonymous said...

Salam.Napa akhir2 ni setiap entry dari saudara dayat sayu dan sedih aje bunyinya.

Setiap dari kita tak lari dari masalah dan setiap dari kita juga sering diuji dengan pelbagai ujian.

Insyallah, saudara dayat berupaya menghadapinya.

Harap2 ujian sakit saudara dah beransur pulih. Insyallah.

MS. PJ

miezi said...

knp gambar profile tu anda kelihatan buncit,sedara?

ha ha

Neeza Shahril said...

Salam Dayat...

jangan biarkan bola kesabaran itu meletup.. dugaan Allah tiba dikala keimanan manusia ingin ditingkatkan..
lebih tinggi dugaan yang dapat Dayat tempuhi, lebih tinggi lah darjat iman.. Insyaallah..

Manusia sentiasa ada hasad dengki..
biarkan mereka..
teruskan dengan kehidupan yang sederhana ya..

Semoga Dayat berbahagia disampin adik berdua dirumah.. :)

moon said...

kenape na benti rehat? sok sok lusa kalo da ade mood na berblogging, menulislah lagi. hepi2 selalu. :)

WanHidayat said...

MS. PJ: Pertamanya terima kasih kerana membaca chronicle. Sy minta maaf sekiranya etry sy kebelakangan ini sifatnya lebih emosi dan menyedihkan. Alhamdullah, sy baik2 sahja. Cuma ujian kesihatan kecil dan beberapa perkara yang tidak kita duga berlaku...InsyaAllah...sy seorang yang kuat!




Miezi: Adussss...kamu perut aku begitu. Ini tidak aci...sebenarnya aku mem'perut' bukan mendada...sebab itu, aset itu yang tertonjol!

WanHidayat said...

Kak Neeeza: InsyaAllah akak....sy masih membulatkannya...biar ia menjadi sebesarnya dan insyaAllah juga ianya tidak meletup...itu adalah harapan...

Semoga ujian ini akan mendekatkan sy dengannya....seronok ada adik2 temankan sy!




Moon:Hehehe...rehat sebab ada tugas penting sebenarnya. Sy akan mnulis terus. Anggap sahaja sy sedang mencari bahan2 tk tulisan seterusnya. Thanks moon :)

Y u Z z 9071 said...

kemudilah kapal itu ke mana sahaja..

biar ribut dilautan..

biar tenang damainya..

tapi tujuan akan tetap dapat di tuju..

wish u all the best dik dayat...

aMir RaYYaN said...

Salam Abg..

Sekian lama menanti,td wan dpt komen yg abg hantar..terima kasih atas semangat itu,..wan sgt hargai..byk yg wan belajar disini.,..hidup sememangnya begitu..punya cabaran yg tersembunyi..hadir tanpa pernah kita duga ia kan terjadi...Abg,jaga diri ya...wan akan selalu ingt segala pesan abg..insyaALLAH...kata itu sememangnya dari hati dan wan amat hargai...

Salam Sayang..

zafi said...

storyline yg jujur! :)

WanHidayat said...

Yuzz: Thanks akak...tak sangka akak juga pandai bermadah!....hehehehe




Wan: Tak mengapa dik...itu hanya biasa sahaja....utk teman2 yang sentiasa di hati....apa2 oun, pesan abg tetap sama.....






Zafi: Terima kasih sahabat!

patungcendana said...

dayat...

andai kamu diberi pilihan...adakah kamu akan terima ujian ini dengan hati terbuka?

esok I nak gi dungun...balik sunday.

sunday nanti I call u ok. :-)

patungcendana said...

re:...

hehehe...kita sama2 scorpio...

bersama, kita mampu gegarkan dunia...:-)

baincardin said...

thanks for droppin' by :) byk gak menarik sini nak dibaca.

*Patung: dah jumpa satu scorpio, suka laa tu..:)

WanHidayat said...

Cendana: Mdm.....itu aku pasti, apa ujian sekalipun, aku pasrah dan redha.....balik Dungun?. Seronoknya...happylah di kampung halaman.

*mesti lama bercalling2 kan semalam...

Yup, aku terlupa kita sama2 scorpio...ayuh!!!





Bain: My pleasure brother.....patung mmg begitu!

addyaholix said...

leo jugak hebat. cuba baca!

~NoRiSh~ said...

good luck bro!!
u can do it!!

JaseMario said...

Dayat... inilah entry yang di tunggu2. Hebat sekali. Hmm... apa kata rehat dari berblog dan cuba tulis novel, mana tahu ada publisher nak.
Apa2 pun entry2 Dayat akhir2 ini selalu sangat berkisarkan tentang ujian, kesedihan, ketabahan yang merupakan asam garam kehidupan. Kerana Dayat masih mengharungi dan masih di sini makananya Dayat masih gagah !!! Kegagahan itukan letaknya di minda dan hati.

OK Dayat... All The Very Best in what ever you do. Keep It Real !!!

Bro JaseMario. XXX000XXX

zul hafixi said...

hi salam perkenalan... great entry... bit long but fully delivered...

Terompah Biru said...

Along akan slalu ada.. dengan izin-Nya ;D

faridmw said...

salam... sesekali kena berehat juga, senyum ketika berehat...

patungcendana said...

re:...memang best balik dungun...cepat la balik sini...

baincardin said...

patung...nanti amik byk foto2 dungun sana! nanti upload share sama kami semua ya! ;)

Mak Su said...

oh.. selamat berehat :), terimakasih mengunjungi maksu, ek :)

patungcendana said...

memang sakit satu anugerah...

sihat juga satu anugerah...:-)

addyaholix said...

macam aku pernah tulis pada cendana, nikmat hidup selepas sakit itu yang hebat.

Faisal Admar said...

sebenarnya... nasi putih, telur kicap pun dah sangat sedap tau :)

kena pula nasi putih panas-panas kan!

||| PöJìé PööH ||| said...

Salam Wan Hidayat..
Dah lama xbjumpa, di sini juga kita ketemu..
Sihat??
Lama xdgr khabar berita...

jejakalkindi said...

salam dayat..

selamat berehat dr. abg & akak sekeluarga...semoga tabah seperti selalu..

en_me said...

oke bro.. take a rest for a while - we need that sometimes.. next time, i will call u n 'ngeteh' if me going to miri again .. salammm

sHaH said...

bro.. blog ko sgt best...
terharu aku bace..
huhuhu..

eh, kenak org swak klaka macam tok ngan org swak kah?
sori..

sHaH said...

bro.. blog ko sgt best...
terharu aku bace..
huhuhu..

eh, kenak org swak klaka macam tok ngan org swak kah?
sori..

Nona Reena said...

hello wan...:))) macam sedeyh dan insaf la baca blog ni..but, im not finish reading yet..ekekekeke...panjang sangat..mate ni cam ngantok plak..so karang bace lagi la..lame dh tak lawat blog ni..pape pun..releks,sabar dan cheer k...<3333

Adry said...

owh... sesungguhnya setiap ujian ada rahmatnya... rujuk lagu rahmat ujian dari mestica... hehehe... selamat berehat bro... cool blog you got here...

AiE bAhRi said...

Entri yang sagat berkesan.Salam ziarah dari saya.

Nice blog.keep it up!

baincardin said...

Salam Dayat.

kat Miri, ticket Transformers 2 pun habis ke? dasat tu...

Anonymous said...

dayst,mind to leave ur no at harrie_boy@yahoo.com?

en_me said...

bro, me going to miri today, maybe for d last time.. hope to c u there.. salammm

me,myself n all around da world said...

askm,

wanhidayat mana ni eh?

syhcool said...

Next, do the same thing for the pandora jewerly right front side of the shirt.Once you have done Pandora Bangles both front sides of the shirt, you then will need pandora bead to do the back of the shirt. Take the shirt and place the back of the discount pandora shirt so that the direct middle is on the ironing board. The pandora sale back collar of the shirt should be right up at the edge discount pandora charms of the "head" of the ironing board or even slightly hanging off. Pull the bottom buy pandora bracelets of the shirt to create that taught resistance again and pandora beads charms begin to spray the shirt and iron in the opposite direction of pandora earrings the pull.

Anonymous said...

Place one matted light pandora Jewelry left of the area for jewellery, and one to the right. pandora sale Place reflector light near where the camera is. Whatever you do, avoid mixing light types. pandora charms Use only non-fluorescent lights, and isolate your photo 'lab' away from natural light. pandora bracelets To have freedom with many settings that will be a must, we will have to use longer exposures. For longer exposures to pandora bracelet achieve maximum sharpness, we'll need a tripod. pandora bracelets sale Our hand shakes too much, when camera runs at exposition Buy a 'tripod' for You don't need a heavy duty tripod. pandora bangles If your setup will be on a desk, you can chose mini tripod - approx and stand tripod on the pandora necklaces desk as well, or longer tripod, approxand stand it on the floor. pandora beads Two desk lamps with soft light irrelevant if you are using photo tent -- the tent is there to soften the light and reflector light at the front. pandora earrings I keep the cube open at the front, for easier adjustments and photographs, unless jewellery is highly reflective of the image of me taking photograph. Uniform background colour is recommended. White background works great.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...