This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Monday, 4 May 2009

Masa Untuk Bangkit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya


Firman Allah S.W.T

"Sesungguhnya selesai kesukaran datanglah kesenangan. Sesungguhnya apabila engkau telah selesai (mengusahakan sesuatu pekerjaan) maka besusah payah (melakukan pekerjaan lainnya). Dan hanya berharap kepada Tuhanmu".
Surah Al-Insyiraah: Ayat 6-8

Image Hosting by PictureTrail.com
Detik-detik terakhir Firhan di Miri semalam. Kami berempat merupakan teman seofis merangkap teman serumah.

'Masa Untuk Bangkit' aku ciptakan daripada ketersungkuran lalu. Buat pertama kalinya, aku mengambil tagline header Chronicle untuk menyuntik semangat dan keupayaan dalam diri. Sejujurnya, aku pernah rebah dan aku pernah jatuh namun dalam kerebahan dan kejatuhan itu, aku tidak pernah lupa dan putus asa untuk bangkit. Ayuh teman-teman, masa ini adalah masa untuk bangkit!. Bangkit daripada kejahilan, bangkit daripada kesedihan dan kekecewaan. Bangkit demi diri dan bangkit demi insan-insan yang disayangi. Kita tinggalkan apa yang telah berlaku dalam kehidupan lepas sejauhnya dan seperti yang pernah aku katakan di dalam entry sebelum ini, seandainya kita mahu toleh kebelakang seketika untuk mencari rujukan, lakukanlah. Barang kali ada ilmu berguna di situ. Kita kukuhkan jati diri dan kendiri, kita tambahkan ilmu berguna di dada dan minda, kita belajar daripada pengalaman manusia untuk kehidupan mendatang dan masa depan. Kita fokuskan akan perkara-perkara yang bersifat bakal dan perkara yang paling penting daripada segalanya, jangan mudah mengalah dan berputus asa. Aku yakin kita semua mampu menghadapinya!.

Image Hosting by PictureTrail.com
Wan Nurul Farahin & Wan Nur Kamilah. Adik-adik aku yang sedang bercuti di Miri.
Petang semalam, kami hanya berkesempatan menikmati pemandangan di Marina Bay, Miri

Percaya atau tidak, setiap di antara kita pernah dilanda musibah. Malah, ada juga di antara kita yang sedang menghadapi musibah. Musibah mengikut takrifan kita sebagai manusia merupakan masalah dan sesuatu yang membelenggu kehidupan. Sekarang, kita bertanyakan pula kepada diri kita, kenapa kita yang dipilih untuk menerima musibah?. Adakah kita tergolong dalam golongan mereka yang terus menerus melakukan dosa dan adakah pula mereka yang kurang melakukan dosa itu tidak diberi musibah. Aku bukanlah seorang alim ulama malah bukan juga seorang ustaz namun aku percaya kepada musibah yang diberikan itu lebih bersifat ujian daripada Sang Pencipta berdasarkan kepada kapasiti iman dan kekuatan seseorang. Justeru itu, jika hari ini, ada di antara kita yang sedang berhadapan dengan musibah sehingga ada juga di antara kita yang membenarkan perasaan dan akal menghukum dunia ini sebagai tidak adil dan menyalahkan takdir, ayuhlah kita kembalikan pemikiran kita kepada kedudukan yang paling asas tentang Khaliq yang menjadikan langit dan bumi serta seisinya.

Image Hosting by PictureTrail.com
Aku di Ulumulu, Marina Bay, Miri, Sarawak

Silaturrahim
Syura' di larut malam sehingga ada tangisan. Itu antara perkongsian tentang kehidupan dan sejarah musibah serta ujian yang paling bermakna. Benarlah, ianya seakan-akan serupa sekalipun fasa masa tidak pernah sama. Kita bersama menerima anugerah yang sama dari Yang Maha Esa. Kebersamaan rentetan hidup dalam semangat seorang ibu dan seorang bapa. Amanah dan tanggungjawab yang terpikul di pundak untuk darah dan daging yang sama mengalir dan sama terbentuk. Peranan di dunia yang menuntut masa. Aku akan tetap bersama, ini baru lah janji!. Kita dedikasikan kehidupan ini untuk mencari kebahagiaan di sana kelak. Marilah kita bersyukur dengan perjalanan hidup yang mencabar ini. Percayalah, tidak semua orang dapat merasakannya. Tuan, aku dedikasikan perkongsian terjemahan Surah Al-Furqan, ayat 63-73 buat renungan kita bersama. Cerita tentang seorang pemuda!.

Hanya Bertenang
Aku ada membaca blog seorang teman. Aku hanya tenang dan ingin terus bertenang. Aku tidak akan berdendam dan tidak pula akan membenci dan aku telah memaafkan. Fikirlah tentang diri secara menyeluruh dengan akal dan dengan iman. Tanyalah berkali-kali pada diri sendiri. Doa aku, semoga Allah terus merahmati dan memberikan kebahagiaan kepada mu. Sungguh, perkara ini terlalu terpencil!.


Yang Teristimewa dari Ucapan
Selamat menyambut ulang tahun ke 53 buat Wan Abdullah bin Wan Mohd Salleh Rabu ini, ayahandaku tercinta. Semoga Allah memanjangkan usia abah, memurahkan rezeki abah, mengurniakan kesihatan tubuh badan dan minda dan semoga Allah memberikan kehidupan yang bahagia dan sejahtera di dunia serta di akhirat kelak. Ed sayangkan abah dengan sungguh!.

Selamat menduduki peperiksaan akhir buat sahabat yang jauh di perantauan Sarah Mohd Shukor. Semoga Allah memudahkan segalanya dan menghadiahkan anda dengan sebuah kejayaan. Terima kasih juga atas sokongan anda!.

Selamat maju jaya buat Firhan Amril Rosli. Selamat menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan seorang ayah. Semoga berjumpa lagi!.

Rahmat: Alhamdulillah, Miri kembali disirami hujan setelah beberapa ketika dilanda kemarau yang agak teruk. Syukur atas rahmatMu Ya Allah. Ini juga rezeki.

Teman-teman, apa yang kita tunggukan?. Ayuh, Masa Untuk Bangkit!!!
Aja-aja Fighting!!!

30 comments:

JaseMario said...

Salam Dayat...
Sejarah ni dapat jadi org pertama yang komen. Tapi tak tau pulak nak komen apa... kwang 3X.
Masa Untuk Bangkit. Bagus tuu. Setiap ujian yang ditempuhi... Jika gagal yang di ketemu dahulu... bukanlah pengakhiran kan. Pasti akan ada juga kejayaan. Bangit, dan terus bangkit lagi. Kerana kita harus percaya yang mendung bukan untuk selamanya, ia cuma singgah untuk mengingatkan kita tentang ada bahagia menunggu di sana.

The Corporate Athlete said...

darn... i'm the second commentator ... :) ... lain kali, jangan tunggu lama sgt nak bangkit ... takut 'jam'(sebutan omputih) ler plak tulang blakang ... lepas rebah, cepat2 naik semula ....
aja-aja fighting (whateva it means)... hehhehehhe

artisticklytouch said...

"bangkit! bangkit!" jerit arwah tok aku bila kami adik beradik masih dalam selimut walaupun hari dah merangkak Zohor hahahaha

Neeza Shahril said...

Salam Dayat..

apa khabar? adik2 masih di Miri? semoga Dayat seronok bawak merekea jenjalan..

musibah memang akan menjadi teman-teman orang yang disayangi Allah..
tabahkan hati tika hampir dengan musibah.
Moga kebahagiaan bakal menjelma juga.. Ameen...

Sarah said...

Salam Hidayat.

Many thanks for the wish. I believe, many may not understand what are you talking about. But I believe too, you have inspired many readers upon reading this topic.

Allah test those He loves ones. Do not neglect the fact. Back to the basic is our way. He knows what is best for us.

patungcendana said...

musibah itu ujian...I rasa I baru di uji tahap 2...huhuhu...

ya...bangkitlah...seperti phoenix rises from its ashes...:-)

jom melepak kat TC dengan addy...hehehe

dewihati said...

salam dayat....

Bila baca entry ini,
shura turut rasa sesuatu pabila ayat ini cuba di highlight kn oleh dayat..

"Masa Untuk Bangkit' aku ciptakan daripada ketersungkuran lalu."

shura turut alami perkara yang sama, pabila bangkit akibat tersungkur d masa lalu... thanks for nice entry dayat... byk point yang membuka minda~

WanHidayat said...

Jasemario: Hahaha..(*nak tergelak juga). Bro, sy bukan selebriti...yeah lah, dah jadi sejarah dalam Chronicle, pembaca pertama yang mencoretkan komen. Terima kasih atas kunjungan yang tidak pernah bosan. Terima kasih juga atas pandangan dan nasihat...




Bro Ian: Hahahaha...'jam'..kalau ramai sgt yang jatuh lah...kalau jatuh sendiri2 takpe...tapi nak bangkit tuh kena bersendiri jugakkan...Aja-aja fighting tuh (GO...GO...YOU CAN)...hentam jeak, asal sedap sebut dan rasa termotivasi...hehehe

WanHidayat said...

En. Seni: Hehehe...yup, bangkit juga maksudnya bangun...jom bangkit ramai2...




KakNeeza: Alhamdulillah akak, dayat baik2 di sini. Adik2 pun masih di sini. Semakin seronok kata mereka walaupun belum habis pusing Miri...
Sy setuju dgn akak...musibah/ujian adalah teman buat mereka yang mengingati dan diingati Allah...




Sarah: Wslm...salam kembali untuk anda sahabat. Terima kasih atas keyakinan itu. Apa2 pun...good luck for your final exam...

WanHidayat said...

Mdm.Normala: Hehehe..tahap 2???. Bagaimana itu mdm.
Nak lepak kat TC...takpe, sy tunggu addy datang dulu...kita naksediakan dia dengan karpet kuning di raja...

*Addy...awak dengar tak??




Shura: Wslm dan salam kembali untuk Shura. Jika entry ini telah membangkitkan Shura...alhamdulillah, mari kita terus bangkit untuk hari2 mendatang. Moga2 Allah permudahkan segalanya...

Bangi said...

Happy birthday utk ayah Wan dan diriku...tahun saje yang membezakannya....hehehe...

addyaholix said...

salam dayat.
ya sekarang bukan lagi masa untuk merintih. bukan lagi masa untuk terus meratap. bukan lagi masa untuk menyesali apa yang terjadi. dah tiba masa untuk kita bangkit dayat.

kamu tahu sesuatu dayat. tulisan kamu banyak memberi semangat. tulisan kamu selalu buat aku terjaga dari mimpi yang panjang.

aja-aja fighting!

addyaholix said...

ok ini masuk komen nombor dua. haha!

ya dayat. jom lepak TC sama-sama. aku tunggu kamu pulang ok. sambil lepak sambil makan-makan. kalaulah cendana masak. haha!

oh ya. janji harus ditepati. karpet kuningnya jangan lupa!

Anak Pendang Sekeluarga said...

slm...wah sy org last komen kt cnie....hu3

reallylife said...

well. when you will and want visit Indonesia?
we have must get that spirit in our life

aMir RaYYaN said...

salam..ai aBG...yezza..masa untuk bangkit...

aMir RaYYaN said...

salam..ai aBG...yezza..masa untuk bangkit...

Ad Rifza said...

Bangkitlah selagi mana kita mampu..kerana dalam liku diri kdg2 kita tidak berdaya bangkit..Kita bangkit kita rebah kembali..tapi dengan daya upaya yang Allah berikan kita berusaha untuk bangkit dan bangkit meneruskan suatu perjuangan yang belum selesai..Perjuangan hidup yang banyak bedanya antara setiap makhluk..Tapi asasnya perlulah suatu kebangkitan kita semua untuk menuju suatu yang pasti..Jayanya ada didepan..Menoleh hanya untuk mengambil pengajaran.. Insyallah..Allah permudahkan segalanya..
p/s:Selamat Hari Lahir untuk Abah Wan..Moga dalam lindungan Allah sentiasa..Insyallah..

Sarah said...

Sudah 6 Mei di Malaysia.

Selamat hari lahir untuk ayah awak. Semoga hidupnya tenang dan dirahmati Allah selalu.

p/s: Suka saya baca komen Encik Addy. Perenggan kedua tu sama macam apa yang saya selalu sebut kat awak.

Mak Su said...

happy birthday to your father

all the best to your lovely sisters

:D

Otit said...

saya percaya bukan mudah untuk kamu menuliskan ayat-ayat di entri ini supaya ia berbentuk nasihat kepada sang pembaca.
kerana pada hemat saya,emosi untuk entri "masa untuk bangkit" adalah pada ketika kamu terpaksa melepaskan sesuatu yang kamu sayang pada waktu kamu masih belum bersedia.I mean,letting go of thing you love the most when you need it the most..

hehe..ok sik komen ya.dah makan blom?

Y u Z z 9071 said...

Salam dayat...

cantik cantik gmbr....

jumapx said...

salam abg dayat...
jika inilah saatnya utk bangkit...maka jgn sekali2 pandang belakang....teruskan perjalanan... :)

^aNgRiAni^ said...

Salam Wan...semoga gembira dan cekal selalu :D

WanHidayat said...

Bangi: Selamat ulang tahun juga untuk anda....semoga Allah sentiasa merahmati anda...




Addyaholic: Terima kasih atsa segalanya...kaku juga. Aku kini semakin tidak sabar untuk pulang terus ke Kuantan...
Kapet kuning???...Kita kena kumpul duit dari skrg....Addy coming...




Anak Pendang: Taklah saudara....selagi ada org sudi membaca...mana mungkin anda orag trakhir...

WanHidayat said...

Reallylife: InsyaAllah...bila Allah mengizinkan...kapannya akan diberitahu kelak...




Sean: Yup dik, ayuh bangkit bersama....




Adrifza: Terima kasih bang atas peringatan dan perkongsia itu dan tq juga untuk ucapan ulangtahun buat abah...

WanHidayat said...

Sarah: Terima kasih atas ucapan untuk abah...hissshhh...alhamdulillah Sarah. Selamat maju jaya untuk awak di sana....




Maksu: TQ maksu...muahhhhhh




Tito: Hehehehe...ada2 sahaja kamu ini tito. Jgn lupa, study rajin2 dan dah tiba masa untuk kamu bangkit terus daripada bersukaria dan berlengah-lengah...

WanHidayat said...

Kak Yuzz: Thanks akak...apa lah crita akak sekarang kan...semoga bahagia selalu disamping suami tercinta...




Jumain: Yesss...tapi Jumain, kalau perlu, sesekali un takpe toleh untuk mencari rujukan. Kita manusia biasa..perlukan peringatan setiap masa...




Kak Angriani: Thanks akak...same goes to you....

max said...

salam.. abg dayat.. ktaorg debater ump ada kat unimas skang nie.. moh le turun kota samarahan.. heheh (fendy ump)

syhcool said...

Next, do the same thing for the pandora jewerly right front side of the shirt.Once you have done Pandora Bangles both front sides of the shirt, you then will need pandora bead to do the back of the shirt. Take the shirt and place the back of the discount pandora shirt so that the direct middle is on the ironing board. The pandora sale back collar of the shirt should be right up at the edge discount pandora charms of the "head" of the ironing board or even slightly hanging off. Pull the bottom buy pandora bracelets of the shirt to create that taught resistance again and pandora beads charms begin to spray the shirt and iron in the opposite direction of pandora earrings the pull.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...