This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Monday, 11 May 2009

Bisakah.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Firman Allah S.W.T

Sesungguhnya selesai kesukaran datanglah kesenangan. Sesungguhnya apabila engkau telah selesai (mengusahakan sesuatu pekerjaan) maka bersusah payah (melakukan pekerjaan lainnya). Dan hanya berharap kepada TuhanMu.
Surah Al-Insyiraah : Ayat 6-8

Doa Apabila Menghadapi Kesukaran

Ya Allah, tidak ada sesuatu yang mudah melainkan yang telah Engkau ringankan dan Engkau jadikan yang sulit itu menjadi mudah.

Image Hosting by PictureTrail.com
Perjalanan yang ada simpangnya.....

Hari ini, aku sendiri keliru untuk meletakkan kelas terhadap tajuk entry 'Bisakah.....'. Barangkali, aku kini sedang berada di bawah dan sedang merangkak-rangkak untuk bangun. Tidak tahu lah, bangun atau tidakkah aku?. Allah lebih mengetahui tentang segala perkara di muka bumi. Kenapa aku bercakap seperti seseorang yang telah hilang keyakinan diri?, seperti seseorang yang sudah berputus asa?. Barangkali, baru sekarang aku merasa betapa beratnya ujian ini. Sungguh, ianya terlalu berat!. Astaghfirullah....

Image Hosting by PictureTrail.com
Mencari rezeki untuk terus hidup....

Lewat petang Sabtu, aku membawa adik-adikku ke Tanjong Lobang untuk makan malam di sana. Kami turut disertai oleh Cikgu Farid Kamil dan Awang Mu'awaluddin. Anas dan Hasmi tidak dapat bersama kerana menguruskan beberapa perkara berkaitan program yang akan dihoskan oleh Carigali minggu ini. Petang itu sesungguhnya indah namun tidak tercapai keindahan tersebut oleh jiwa kecil ini. Seolah-olah ada sesuatu yang sedang bersarang dan membelenggu. Selesai menikmati makan malam, aku dan adik-adikku singgah membeli barang-barang keperluan di Bintang Megamall sementara Cikgu Farid menghantar Awang terus ke hotel penginapannya. Malam kami semua berakhir di situ dan yang pasti malam itu ramai yang berkunjung ke Park City Everly Hotel sempena Miri International Jazz Festival.

Image Hosting by PictureTrail.com
Tembok batu yang menghalang ombak

Semalam, Miri dihujani Rahmat Allah dengan hujan yang begitu lebat di sebelah tengah hari. Menjelang tengah hari itu juga aku telah menerima panggilan daripada Jefferson Peter, sahabat lama aku sewaktu kami sama-sama bersekolah di Sabah. Lapan tahun kami tidak bertemu dan pertemuan semalam menjadi sesi ta'aruf yang agak panjang. Jeff bekerja di Bakun dan pulang ke Miri untuk bertemu dangan keluarganya di sini. Jeff juga rapat dengan keluarga aku sewaktu di Sabah dahulu. Jeff tidak berubah, dan apa yang aku tahu tentang dia lapan tahun dahulu dan begitu juga Jeff yang aku temui semalam. Hanya aku yang berubah!. Jeff akan mendirikan rumahtangga awal tahun depan dan turut menasihati aku untuk lekas-lekas mencari pasangan hidup. Terima kasih kepada Jeniffer Usun Balan (kawan aku sewaktu di Matrikulasi Labuan yang merupakan sepupu kepada Jeff) yang telah menghubungkan aku dan Jeff setelah sekian lama tidak bersua. Cerita kami berakhir sebelum Asar kerana Jeff perlu bergegas pulang ke rumah keluarganya di Bekenu. Pertemuan semalam juga suatu rahmat, terlalu banyak nasihat Jeff untuk aku. Terima kasih Jeff!. Kami tiga beradik bergegas pulang ke rumah mengajar Zohor.

Image Hosting by PictureTrail.com
Mentari di Pantai Lutong-Kuala Baram

Selepas berasar semalam, aku terus mencapai Sony A200 dan Canon IXUS 100 IS serta tripod dan memberi tahu adik-adikku yang aku akan ke pantai Kuala Baram seketika. Aku meminta adik-adikku untuk menyediakan makan malam yang sedarhana. Aku akan pulang segera. Aku hanya ingin melihat matahari terbenam di Kuala Baram. Kali ini, aku hanya bersendiri. Aku terkenangkan sewaktu pertama kali aku ke sini. Mentari semalam seakan-akan mentari sewaktu aku di dalam tempoh kebersamaan. Oh...aku lupa betapa matahari itu hanya ada satu. Aku menghabiskan masa di Kuala Baram semalam sehingga mentari sepenuhnya terbenam ditelan laut. Masih...aku pulang dengan perasaan yang bebekam.....

Image Hosting by PictureTrail.com
Ini adalah hasil Canon IXUS 100 IS dengan menggunakan tripod

Teman-teman semua, ini sahaja perkongsian cerita ringkas dua hari lepas. Aku ingin sekali mengajak kalian semua untuk seketika menghayati lagu 'Bisakah'. Liriknya mungkin bermakna buat mereka yang sedang tiada arah namum penuh dengan harapan. Aku akhiri entry 'Bisakah.....' ini dengan beberapa harapan di  dalam doa...

"Ya Allah, aku tidak mahu membenci dan tidak mahu mendendami, maka Engkau jauhkanlah diri aku dari segala perasaan ini. Ya Allah, aku tidak mahu iri hati dan berdengki, maka Engkau jauhkanlah aku dari segala sifat mazmumah ini. Ya Allah, aku hanya memohon kekuatan dan ketabahan hati".

27 comments:

Fi-sha said...

Dear Adik, you never know how strong you are but let me tell you that you are! Take care!

artisticklytouch said...

dik, kau kena kuat semangat. yang lalu jangan ditangisi tapi jadikan pengajaran.

aMir RaYYaN said...

Salam..abg,abg pnh cakap ngan wan,pe pon kena selalu sabar..ujian pasti ada dimana2..so now hope abg akan wat bnda yg sama k..wan doakan abg ya..insyaALLAH..take care..

JaseMario said...

Makin lama entry2 Dayat ni makin mencengkam rasa, penuh dengan sirna. Tapi... sebenarnya lagu Bisakah itu adalah lagu harapan yang menyala. Kepada setiap kepudaran dan kekhilafan yang telah dilakukan dan rasai; semua dari kita mengharapkan agar usai kita menyesali' kita akan bertemu semula dengan pangkal jalan dan di terima seperti dulu.

Anonymous said...

Sebenarnya, apa2 pun yg kita nk ia berlaku, mmg BISA terjadi... hanya kdgkala diri @ keadaan mungkin tak mengizinkan ia terjadi.. tapi andaikata segala yang BISA berlaku itu, BISA menyakiti diri kita.. juz forget it.. kerana Fitriah percaya InsyaAllah, Allah BISA menyediakan beribu kali ganda kebahagiaan yang lebih baik drp apa yang ada skrg untuk kita nanti... InsyaAllah

wanhidayat said...

Kak Fiza: Oh my dear sister. I felt so relief...I wished I will always be strong :)




En. Art: Bang...yea, sy kuat...sy kuat. Tidaklah sampai menangis. Hati sy lebih degil apa yang semua org tahu...




Sean: InsyaAllah wan. Abg bukan putus asa lagi...barang kali otak penat kot. Don't worry. I am ok...thanks for reminding me. You such a good brother dik. Anyway, wish u best of luck!

The Corporate Athlete said...

Canon IS100 canggih kan ... can turn your eyes to brown... gives such a dramatic look against the sunset backdrop ... :).... anyway, take it easy as life is too short to be too worried. Learn, Rise & Move Forward!

arsaili said...

salam...semoga kita dilindungi dari sifat yang tidak baik....cantik nya gambo

patungcendana said...

hendak seribu daya...:-)

Y u Z z 9071 said...

cantiknya ciptaan Tuhan....

bila nak sampai sana jalan jalan...

~NoRiSh~ said...

bro, jangan ditangisi kisah semalam. BANGKITLAH!! seperti yang dipaparkan di dlam entry sebelum ini 'BANGKIT'lah bro..
Jangan dibiarkan kwarasan fikiran dikawal oleh ati yang tidak punya perasaan.
Usah biarkan langit mentertawakan setiap usaha yang telah dilakukan.
jangan hingga terbit rasa benci pada setiap yang dilakukan.
jangan terlalu ikutkan rasa, kerana kelak takut jadi binasa..
kuatkan semangat!! yakinkan diri!! bro pasti BOLEH!!
jangan dilupakan pada yang maha kuasa, Allah swt..
yakinlah DIA pasti memberikan yang terbaik untuk hambanya yang tidak pernah melupakanNYA...

Neeza Shahril said...

Akak suka gambar-gambar yang Dayat ambik tu.. sangat cantik..
tapi akak tak tahu camera tu.. yesss.. sesungguhnya ilmu tentang camera teramatlah ceteknya akak ni Dayat... :(

apa dia menu sederhana tu? teringin pulak akak nak tahu..
mesti sedap sebab bahan mentah di sana murah kan..

addyaholix said...

itu sebahagian dari hidup. kalau hidup itu cuma umpama tanah yang rata, takkan ada indahnya dayat.

tiap orang berubah dayat. dan kita memang perlu untuk berubah. mungkin ada yang lebih baik kelak. jangan terus tunggu. dah tiba masa untuk kamu berlari dan kejar dayat. dia pasti ada di depan sana.

re : ok. nanti buat satu header untuk aku. yang melambangkan aku. boleh?

bila balik kuantan?

WanHidayat said...

Jasemario: Hissshhhh....ada plak makin mengcengkam. Itu semua luahan dari hati kecil yang berfikir dan dari jiwa yang masih waras...tapi lagu bisakah tuh mmg best kan...





Fitriah: Terima kasih Fitriah...insyaAllah, semoga Allah telah menyimpan satu hikmah yang paling besar dan paling bermakna. Sabar adalah kuncinya....




Bro Ian: Wow...detailnye tengok gambar tuh kan...hehehe. Sarcastic sungguh...tapi canon tuh mmg canggih...hehehehe. Yup...i always remember your advice..thanks a lot brother...looking forward to join you for other AR....

WanHidayat said...

Arsaili: Thanks brother, semoga kita semua akan berkelakuan sedemikian...itulah ciptaan Allah swt...





Mdm. Normala: ....tak mahu seribu dalih dan mahu seribu cara....




KakYuzz: Anytime kak....honeymoon kat sici ngn huggy akak lah...

WanHidayat said...

Norish: Yessss...go go go...wan tak nanges pun cume sedu2...hehehehe. InsyaAlah, apa yang wan tulis wan akan laksanakan...terima kasih sebab terus menerus beri sokongan....missss u!!!




KakNeeza: Akak...terima kasih. Takde lah cantik sgt kak...mata sy suka melihatnya dan harap2 pembaca pun suka juga. Sy pun tak tahu sgt ttng camera, asal amik jeak guna AUTO MODE...

Menu biasa tuh...kacang goreng, sup ayam, budu, ulam-ulaman...sedapkan...




Addyaholic: Addy...aku kini sedang memulakan rentak untuk terus pecut dan pecut dan pecut...ayuh kita sama berlumba....

Pasti..aku akan belajar ttg kamu dan ciptakan satu untuk kamu...aku akan beri tiga option, beri aku sedikit masa untuk mencari bahan...atau kamu sudah ada bahan...bagi sahaja pada aku..

Balik kuantan...yup, bila keadaan di sini reda dan selesai...aku terlalu rindukan kuantan, ada sesuatu yang sungguh beharga dan bermakna setia menanti aku di sana....

azwan bamadhaj said...

bro..

ur pictures are superb la....

addyaholix said...

dayat,
kamu lari dulu. aku perlukan masa untuk bungkus hati aku supaya tak jatuh. kalau jatuhpon sekurangnya ia tak hancur.

ya. cipta untuk aku satu nanti. buat dari hati kau. supaya aku selalu tahu itu dari kau. dan aku suka sesuatu yang kelihatan bebas. dan tak serabut. yang tenang mungkin. haha. banyak permintaan kan?

joegrimjow said...

uhukk...
sayi je bace
nice
buat ter pk..

gambo mmg stylo
ajo skit camne amek..

Nona Reena said...

hahahha..sedu2 bukan dari nangis ke.??mesti bosan kan dok kat tempat org jauoh plak tu dari family then bila ada part yg sangat sunyi rasenye mesti mcm nak ngis sampai benanah telinge kan.????nona penah rase ooo...waaaaa...

jejakalkindi said...

salam dayat..

semoga tabah menghadapi dugaan..take care

Ad Rifza said...

Moga Allah memberikan kita kekuatan dan ketabahan hati agar kita ada kekuatan dan ketabahan dalam menelusuri cabang dan liku hidup yg pastinya lebih hebat disuatu masa nanti..Kita bisa..Insyallah..

zafi said...

What a lovely pic!
Allah sentiasa bersama-sama org yg ingat padaNya...
Best of luck!

Faisal Admar said...

omg... the pictures are damn cool! beautiful...

wish can join you!

Puteri Ezza said...

Salam dik Hidayat tersayang.

Apa khabar? Semoga sihat dan ceria selalu ya. Wah, dah pro amik gambarlah adik akak ni. Kalau ada rezeki (dan dah sampai seru), leh la amik gambar wedding akak kan... Hikhik :-)

Badrul Anuar said...

Wan.

Lama tak melawat blog wan. Bila tgk skrg neh.makin banyak cerita dalam blog ini. Anyway, gudluck. Semoga dimurahkan rezeki dan tercapai impian yang ada.

syhcool said...

Next, do the same thing for the pandora jewerly right front side of the shirt.Once you have done Pandora Bangles both front sides of the shirt, you then will need pandora bead to do the back of the shirt. Take the shirt and place the back of the discount pandora shirt so that the direct middle is on the ironing board. The pandora sale back collar of the shirt should be right up at the edge discount pandora charms of the "head" of the ironing board or even slightly hanging off. Pull the bottom buy pandora bracelets of the shirt to create that taught resistance again and pandora beads charms begin to spray the shirt and iron in the opposite direction of pandora earrings the pull.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...