This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Friday, 17 April 2009

Salasilah.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Firman Allah

“Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (Tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan Telah tertulis dalam Kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.”

“(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira[1459] terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

[1459] yang dimaksud dengan terlalu gembira: ialah gembira yang melampaui batas yang menyebabkan kesombongan, ketakaburan dan lupa kepada Allah.

Surah Al-Hadid: Ayat 22-23


Aku tidak mampu melelapkan mata hingga ke saat ini. Dalam hati dan jiwa ini terbuku suatu perasaan yang maha sedih pemberian Allah Ta'ala. Daripada anugerah kegembiraan serta rasa bahagia dan Allah itu maha adil meletakkan sedikit cerita untuk kita berduka buat pedoman diri sebagai hambaNya. Ya Allah, kepadaMu jua aku serahkan segalanya. Aku bersedia menggalas tanggungjawab ini dengan rela dan redha. Aku hanya memohon agar diri ini terus kental dan tabah dan aku memohon agar dihilangkan segala rasa sedih ini seketika.

Entry di bawah ini pula didraft seawal pagi Khamis sebelum aku dan abah mula bersedih


Image Hosting by PictureTrail.com
Madam Normala Samsudin dan anak-anaknya menemani aku di Kuantan sewaktu hari pertama tibanya aku di sana.

Ketika entry ini terakam, aku masih lagi berada di Felda Lepar Utara 11JerantutPahang. Bercuti di kediaman sementara di mana abah dan umi serta adik-adik ku menetap ketika ini. Kediaman yang bersifat sementara milik penuh Felda Plantation Sdn. Bhd. yang telah diamanahkan kepada pegawai-pegawai Felda sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Mereka yang bergelar anak Felda, sudah pasti mengetahui rentetan perjalanan kehidupan di belantara sawit dan hutan getah. Hidup berpindah randah setelah tempoh enam ke tujuh tahun penempatan berakhir. Dari Felda Kerteh (Terengganu) ke Felda Chini (Pahang) ke Felda Tawai (Perak) ke Felda Sahabat (Sabah) dan Ke Felda Lepar Utara (Pahang). Itulah hijrah kami sekeluarga. Tiga tahun lagi, abah akan menamatkan tempoh perkhidmatannya di Felda Platation Sdn. Bhd. dan selepas itu abah dan umi bakal menjadikan Kuantan dan Pekan sebagai destinasi akhir untuk hari-hari tua yang berbaki. Abah memang berasal dari Pekan, Pahang dan umi pula berasal dari Kuala Terengganu. Kedua-dua destinasi ini pada aku merupakan kampung halaman yang paling damai dan tenang. Percutian kali ini merupakan suatu kerehatan mencari salasilah abah dan umi yang selama ini hanya menjadi rahasia dan tanda tanya.

 Bukan tujuan sebenar aku untuk berkongsi akan salasilah keluarga di sini, namun perkara yang paling mustahak dan lebih penting adalah perbandingan di antara manusia dengan manusia. Seandainya kita melihat kehidupan di dunia ini bersifat kekal dan berpanjangan, secara semulajadinya kita akan bermegah dan berbangga dengan asal usul dan keturunan kita. Kita tidak boleh menafikan akan pernyataan bahawa rata-rata di antara kita mudah meletakkan asal usul dan keturunan sebagai batu loncatan untuk meraih kehormatan, kedudukan dan pujian malah ada juga di antara kita yang sanggup mengadakan cerita demi meraih nilai-nilai yang telah disebut. Astaghfirullahal’azim….. Percutian kali ini benar-benar memberi pengajaran kepada aku betapa perkara yang selayaknya dibanggakan hanyalah bersifat pinjaman dan dunia semata-mata. Masih terngiang kata-kata abah Rabu malam lalu bahawa pekara yang membezakan manusia dengan manusia adalah ilmu yang dimilikinya dan amal yang dikerjakannya. Justeru, aku berfikiran kelana mencari salasilah telah berakhir di sini. Apa yang lebih mustahak, darah yang mengalir dalam tubuh ini tetap merah.

Image Hosting by PictureTrail.com
Aksi-aksi seorang insan bernama Qaseh

Sekalipun, kerehatan ini belum berakhir, aku suka untuk berkongsi kegembiraan dengan pembaca semua tentang kedatangan ‘anak buah’ kedua dalam keluarga aku. Buat pertama kalinya aku menatap wajah Wan Nur Qaseh Arisya Wan Mohd Hafez di M.S Garden Hotel setibanya aku di Kuantan tempoh hari. Hebat sungguh bayi kepunyaan abang dan kakak ipar aku ini. Melihatkan wajahnya yang comel gebu benar-benar membuatkan aku tersenyum dan berangan panjang. Sememangnya aku sukakan kanak-kanak. Sepanjang cuti ini, aku banyak menghabiskan masa bersama Qaseh, baik pagi, tengah hari, petang dan malam. Sekalipun aku keluar ke Bandar Tun Razak, Temerloh, Jerantut dan sejauh Kuala Terengganu, Qaseh tetap ikut bersama. Umi dan Ayen menjadi peneman setia. Aku mahu Qaseh memiliki jiwa yang kental.

Image Hosting by PictureTrail.com
Rumah peninggalan Tok Nyang di Terengganu

Aku juga berkesempatan melawat nenek tersayang di Kuala Terengganu. Sempat juga berkunjung ke Taman Tamadun Islam. Singgah seketika di Noor Arfa Craft Center membeli beberapa helai batik (entry TTI dan NACC akan dikongsi setibanya aku di Miri kelak). Gambar rumah usang seperti yang terlihat di entry ini merupakan rumah peninggalan Tok Nyang(moyang) aku. Di telaga itu lah tempat kami (adik beradik, saudara mara, sepupu sepapat) bermandian sewaktu kecil. Rumah itu kini kosong dan tidak lagi berpenghuni. Rumah kecil bata tersebut pada asalnya merupakan bekas tapak bangsal di mana aku dan penduduk kampung di situ mempelajari al-Quran. Tok Teh (nenek saudara) merupakan guru mengaji yang telah ditauliahkan oleh imam Kg. Pak Madah suatu ketika dahulu. Kini beiau telah berhijrah ke Kuantan. Semenjak kematian Tok Nyang, rumah itu sudah lama terbiar. Rata-rata saudara mara telah pun berhijrah di sekitar Kuantan dan Kuala Lumpur. Hanya Tok Bidan (satu-satunya nenek aku yang masih hidup) sahaja yang setia mendiami tanah yang semakin suram itu. Tahun ini Tok Bidan akan menunaikan haji, semoga beliau..... itulah adalah doa Tok Bidan. Ya Allah, Engkau permudahkan perjalanan beliau.

Image Hosting by PictureTrail.com
Lepar Utara 11, Jerantut, Pahang

Sepanjang cuti ini, aku banyak menghabiskan masa di rumah. Sesekali berada di taman dihadapan rumah. Sesekali ke sangkar arnab, seketika bermain anak tupai di sangkarnya, dan tidak pula jemu membelai anak-anak kucing di rumah. Percutian ini akan berakhir ahad inidan semestinya, aku telah berjaya memahat kenangan terindah bersama keluarga tercinta sepanjang tempoh tersebut. Gembira dan bahagia juga kerana adanya DIA yang sentiasa setia berada di sanubari dan minda ini. Itulah anugerahMu Ya Allah. Ahad ini aku akan pulang ke Miri bersama seorang adik perempuanku yang akan bercuti beberapa minggu di Miri. Semoga dengan kehadiran adik ku ini, aku bisa merawat kekosongan dan kesunyian ini. Tetapi percayalah SEPI ITU INDAH.....

15 comments:

Bangi said...

semoga telah bertemu apa yang dicari ketika sepi...

addyaholix said...

ya. moga qaseh punya jiwa yang kental. sekental kamu dayat!

dan. ya. sepi itu indah!

masih bercuti?

patungcendana said...

sepi itu indah...tapi kesepian itu menyakitkan...huhuhu

dayat, bila nak emailkan gambar2 tu...

artisticklytouch said...

sepi itu sungguhpun ia indah tetapi ia sebenarnya hanya mainan perasaan. Lihat sekeliling dan kita akan sedar yang sebenarnya kita tidak pernah ditinggalkan sepi sendirian...

have a nice break...rehat sepuas-puasnya...

aMir RaYYaN said...

salam..btol tu abg..sepi itu mmg indah..ia buat kita berfikir tentang diri dan segalanya/...jga diri ya...

Neeza Shahril said...

Dayat bercuti rupanya.. tak lama lagi mereka pencen ya..
mungkin dapat lah selalu melawat Miri kan Dayat..

comel sungguh Qaseh.. macam uncle dia ke? ;)
berapa umurnya Dayat..

Dayat sebut tupai.. akak tak nampak tupai pulak.. rabbit dengan kucing aje tu..

Along @ Terompah Biru said...

"..Mereka yang bergelar anak Felda, sudah pasti mengetahui rentetan perjalanan kehidupan di belantara sawit dan hutan getah.." ~ faham sangat kisah nie :) Ayah Along pun kerjanya dulu lebih kurang gitu ler jugak. Baru tahun nie pencen :)

Suker nyer ader renab dan kucing segala tu ;D

thepretender said...

salam bro,
apa khabar?
lame dh tak lepak kt sini..

have fun!

ct_payung said...

ishh..comel sungguh budak tu.......geram nyer I

Mr Final said...

bukan qaseh jer comei, kucing2 ngan rabbit tuh pon comel gak.. huhu

Y u Z z 9071 said...

ba ba chakk!...

chakk kat Qaseh la...bukat kat dayat..

apa khabar ye...lama x dengar khabar

byknye haiwan peliharaan...arnab, tupai, kucing....

tiger ada x? hehe

JaseMario said...

Dayat... Sejarah membuatkan manusia lebih dewasa dan lebih menginsafi akan apa yang telah berlaku sepanjang perjalanan hidup kita. Mengenal salasilah... seperti melihat diri sendiri di biar air telaga.
OK ke?
Bro JaseMario.

Ainul Hayat said...

Sangat cumel wajah Qaseh...

OrAnG KaMpOnG said...

Pekan sebelah mana??? Kg apa... Ummi orang Pekan juga.

syhcool said...

Next, do the same thing for the pandora jewerly right front side of the shirt.Once you have done Pandora Bangles both front sides of the shirt, you then will need pandora bead to do the back of the shirt. Take the shirt and place the back of the discount pandora shirt so that the direct middle is on the ironing board. The pandora sale back collar of the shirt should be right up at the edge discount pandora charms of the "head" of the ironing board or even slightly hanging off. Pull the bottom buy pandora bracelets of the shirt to create that taught resistance again and pandora beads charms begin to spray the shirt and iron in the opposite direction of pandora earrings the pull.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...