This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Tuesday, 17 March 2009

Suatu Manifestasi....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Firman Allah

"Yang diilhamkan oleh Allah kepadanya mana yang buruk dan yang baik. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwanya. Dan laknatlah orang yang mengotorinya".

(Al-Syams : Ayat 8-10)


Malam tadi aku agak keliru namun pagi ini sebaik sahaja aku memberikan ucapan di depan beberapa krew di bengkel fabrikasi dan berkongsi sedikit pengetahuan tentang apa yang telah diramalkan berlaku pada 21 Mac ini berhubung dengan pemanasan suhu global yang kritikal, secara tiba-tiba aku ketawa dan tersenyum panjang. Betapa aku baru sahaja sedar, seawal pagi ini, Allah telah menghadiahkan semangat dan jiwa yang besar untuk memperbaiki diri dan menghayati erti syukur. Apalah hikmah disebalik ujian gembira ini. Semoga apa yang telah kita rancang akan dipermudahkan olehNYA. Amin Ya Rabbal A'lamin.

Ayuh semua, kita lakukan menfestasi untuk kemaslahatan diri dan sejagat. Selagi kita diberikan nafas dan kesihatan, mari kita melakukan yang terbaik untuk diri dan mereka yang kita sayangi. Barangkali mudah pada bicara dan tidak mudah pada implementasi. Walau apapun, pendekatan adalah hak kita dan untuk yang terbaik, kita sememangnya sentiasa perlu membuat rujukan dan pertanyaan kepada mereka yang lebih arif. Orang kata, malu bertanya, sesat jalan.... Mahukah kita selamanya sesat jalan?. Tepuk dada tanyalah akal, tanyalah iman....


Image Hosting by PictureTrail.com
Orkid daripada tangan seorang ibu.....

10 comments:

zara said...

mudah-mudahan segalanya dipermudahkan ye Wan.. DIA Maha Mendengar..dan DIA Maha Mengetahui.

Things happen for reasons. Can't wait to see ya again! Ada chance for paragliding!!! Whohooo...

Ad Rifza said...

Hanya kita yang mampu merubah diri menjadi yang terbaik atau sebaliknya..sememangnya takdir telah tertulis tetapi kita wajib untuk berusaha mencari yg terbaik utk diri..Moga yang tidak baik akan berubah menjadi baik..Insyallah.

artisticklytouch said...

Glad that perkara ini telah dipermudahkan....

Neeza Shahril said...

orang yang bodoh ialah orang yang diberi peluang bertanya tapi tidak digunakan peluang itu.
Malah dia pula mencaci orang lain yang bertanya...

Apa maksud sebenar manifestasi ye Dayat?

moon said...

orkid tu mak ke yg tanam?

aMir RaYYaN said...

Salam...
abg..lama x comment kt sini..pekabar???sehat>>???wan doakn segalanya dipermudahkan untuk abg...insyaALLAH..u r my mentor ...byk wan bljr dr abg..terutam melalui laman ini..thanks abg....take care ya..sms me when u r free k....salam sayang...

azwan bamadhaj said...

i support earth hour, go to www.earthhour.org.my,

lets show our support bro.....

JaseMario said...

Dayat... Jangan lupa EARTH HOUR. 28MARCH 2009. 8.30 - 9.30 PM. Jom kita sama-sama padamkam semua peralatan elektronik...

jon hafkian said...

apsal ketawa tiba2?btw,ada terdengar pasal 21 mac tu gak.tp semalam ok je,siap hujan lagi kat jb ni.sejuk semacam adalah.

syhcool said...

Next, do the same thing for the pandora jewerly right front side of the shirt.Once you have done Pandora Bangles both front sides of the shirt, you then will need pandora bead to do the back of the shirt. Take the shirt and place the back of the discount pandora shirt so that the direct middle is on the ironing board. The pandora sale back collar of the shirt should be right up at the edge discount pandora charms of the "head" of the ironing board or even slightly hanging off. Pull the bottom buy pandora bracelets of the shirt to create that taught resistance again and pandora beads charms begin to spray the shirt and iron in the opposite direction of pandora earrings the pull.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...