This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Wednesday, 11 March 2009

Mengapa Kita Di Sini....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Firman Allah S.W.T

"Barang siapa yang melakukan kebaikan walau sebesar zarah, akan dilihatnya (balasan) kebaikan itu. Tetapi sesiapa melakukan kejahatan meskipun sebesar zarah akan dilihat (balasan) kejahatan itu".

Surah Al-Zalzeal: Ayat 7-8

"Mengapa Aku Di Sini.....". Ianya sebuah persoalan kehidupan yang wajar dan layak diajukan kepada diri kita semua. Barangkali teman-teman sekalian hanya memberi fokus 'Di Sini' sebagai rujukan kepada sesuatu tempat di mana kita berada sekarang. Aku lebih suka menjuruskan 'Di Sini' itu sebagai perkara-perkara yang sedang kita lakukan hari ini, cara kita berfikir, cara kita berhadapan dengan masalah, mendepani pelbagai karenah manusia dan segalanya bertitik tolak kepada asas tindakan. Bagi memulakan sesi perbincangan dan perkongsian, aku memohon keterbukaan yang tenang dan damai teman-teman semua dalam menilai kembali sejarah diri, keadaan hari ini dan perkara-perkara yang boleh difikirkan sebagai perkara mendatang, seterusnya menghubung jalin dengan persoalan kita hari ini. Moga-moga di akhir perkongsian, kita semua akan mula berfikir dan terus berfikir, apakah faktor yang membawa diri kita 'Di Sini'.

Ramai individu mengatakan betapa kehidupan ini terlalu singkat untuk kita selesaikannya dengan perkara-perkara yang sedih dan remeh, sementara ramai juga di antara kita yang mengatakan betapa kehidupan ini terlalu pendek untuk kita selesaikannya dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Persoalannya di sini, siapakah di antara kita yang menjadi penyelesai kepada kehidupan ini?. Jika benar kita adalah penyelesai kepada kehidupan diri kita, maka 'Di Sini' kita hari ini adalah kerana pilihan diri sendiri. Aku tidak mahu mengabaikan faktor-faktor yang telah terlibat yang membawa kepada 'Di Sini'nya kita hari ini. Ramai orang berbicara tentang kasih sayang, sahabat, kerjaya, takdir dan tidak diberi pilihan sebagai faktor kepada asas tindakan diri. Berfikirlah secara waras, secara adil dan saksama sebelum kita memilih faktor-faktor tersebut. Barangkali apa yang telah kita nilaikan tentang perkara-perkara yang kita lakukan hari ini tidak bertepatan dengan penilaian individu lain. Jangan mudah melenting dan tabahlah apabila kita ditegur, baik yang muda mahupun dewasa. Aku ingin menganjak teman-teman menghayati hasil tulisan Kak Neeza tentang Tabah Bila Ditegur dan aku berharap kita semua akan mendapat pengajaran daripada tulisan karangan beliau. Percaya atau tidak, bila kita tinggalkan perkara yang sudahpun menjadi kewajipan, dalam tidak sedar, kita semakin menjauhiNYA. Malulah pada diri.....

Aku agak yakin dan pasti, ramai di antara kita yang memilih takdir sebagai faktor 'Di Sini'nya kita hari ini. Persoalannya, adakah kita tidak pernah diberi pilihan dan peluang?. Jika ini benar, maka dunia ini tidak adil. Hakikat yang jelas, takdir itu adalah panduan asas perjalanan. Jangan mudah menyatakan..."aku begini hari ini adalah kerana takdir, kerana Dia menjadikan aku begini". Mari kita bersama-sama berfikir sewarasnya. Jika penyataan ini benar, maka kenapa pula Dia telah menciptakan hukum hakam dalam Al-Quran. Justeru, secara logik dan waras akal, kita manusia sentiasa diberikan pilihan dan peluang. Persoalannya, kita mahu atau tidak, kita buta atau celik, kita sedar atau tidak mahu sedar.

Sekali lagi, aku agak yakin dan percaya, setiap di antara kita mahu menjadi seorang yang baik dan berguna hatta penagih dadah dan pelacur juga menyimpan hasrat dan harapan untuk menjadi seorang yang baik dan diterima. Dari kaca mata masyarakat Malaysia, kita memandang serong terhadap dua golongan ini. Persoalannya, apakah tindakan kita untuk menjadikan sesuatu yang buruk itu berubah menjadi baik. Adakah cukup dengan sekadar kita menyampaikannya secara lisan dan menyimpannya di dalam hati?. Adakah cukup dengan sekadar mengharapkan doa-doa dan sokongan teman-teman walhal kita tidak mahu dan masih bertangguh untuk bertindak. Jika kita selaku masyarakat yang baik dan perihatin, kenapa kita pula yang menghalang golongan ini untuk berubah. Menghalang dalam erti kata mencaci dan mengherdik. Inilah masalah besar kita semua.

Teman-teman, sebelum aku membiarkan karangan ini terus menjadi buah fikir kita semua. Aku ingin mengajak semua walau seketika, berfikirlah tentang 'Di Sini'nya kita hari ini. Seandainya kita cukup selesa dan merasakan ianya baik untuk menjadi cara dan panduan hidup kita. Maka, bisikan reformasi tidak lagi berguna. Mohon maaf seandainya karangan hari ini telah menyentuh kehidupan peribadi teman-teman. Barangkali, Chronicle sudah sejelasnya digambarkan sebagai individu yang suka menyindir dan walau apapun tanggapan teman-teman, Chronicle menerimanya dengan keterbukaan yang waras. Mulalah bertanya..."Mengapa Kita Di Sini?..."


Image Hosting by PictureTrail.com
Pengembaraan di Loagan Bunut, Miri, Sarawak. February 2009

Panjang Akal

Pelacur dan penagih dadah hanyalah contoh semata...

Wan, why don't you practice what you have preached?. At least for you...

Reading 'Letting Go' and try to understand it...

16 comments:

zackzara said...

I take my time off for a while to peek at what you've written with a big hope that at the end of every tunnel there's a light..and I wish to share what Ralph Marston had to say today:

There's no reason to be dismayed by what others say or do. If they want to behave negatively, that's their problem, and not yours.

No person knows what's best for you more than you do. No person knows what you're capable of accomplishing more than you do.

Certainly other people can support and encourage you, and can be of great help to you, and you to them. See the good and the positive in those around you and connect with it.

Pay no mind to those who would drag you down with their criticism. There's no need to let someone's opinion stop you, for it's just an opinion.

You are who you are, regardless of what others think, say or do. You are unique and worthy and filled with great possibilities.

Focus your energy, your awareness and your efforts on those positive possibilities. You are here, you are capable, and with your head held high you know that the best is yet to come


Have a good day, Wan!

patungcendana said...

menyalahkan takdir?...i tak pernah menyalahkan takdir...because everything happens for a reason...cuma sekarang reason nya masih kabur...mungkin satu hari akan jelas...maka i tulis destiny I sendiri...dengan harapan this time...takdir will be on my side...tapi aku tidak pernah menyalahkan takdir...:-)

how are dayat...miss u lots...

azwan bamadhaj said...

inspiring.....

kita di sini kerana jalan yang kita pilih membawa kita ke sini....

mungkin awalnya, jalan itu lain destinasinya.... namun dalam kita mengembara,

peluang datang dan pergi... dan kita tidak akan pernah berhenti mengembara dalam kehidupan..

kerana kehidupan itu sendiri suatu pentas....

moon said...

ta phm. ape kaitan letting go ngn entri 'Di Sini' kat atas? letting go all the past choices? ta paham...!!

Mr Final said...

Yup.. mmg apply... tp xde respon pon
bro.. u bkn kan baek ngan bigboss, xleh sruh appraove kan terus ke? :)

artisticklytouch said...

i want to understand this article generally...

agree that kita jangan menyalahkan takdir, takdir itu masih boleh berubah dengan izin-Nya...

baik, jahat, berguna atau tidak, bukan kita yang memegang kayu ukurnya...terlalu subjektif, serahkan sahaja pada yang Maha Kuasa, kita, ambil pengajaran dan teladan.

Kenapa aku di sini?
Kerana aku khalifah utusan-Nya

Ad Rifza said...

Mengapa kita disini??Mengapa?.. Adakah itu bukan pilihan kita?Sedangkan dalam hidup kita dipersembahkan dengan pelbagai pilihan..Kita hanya perlu memilih..Apa yg kita pilih itulah yang menyebabkan kita disini..
Ada org berkata ianya takdir kerana disini bukan pilihan kita tetapi tidakkah pada awalnya kita memilih suatu asas yang membawa kita disini..Yang jelasnya kita diberikan pelbagai pilihan dalam hidup dan kita perlu berani memilih dan mencari yang mana kita kehendaki..Jika kita pilih disini maka kita akan disini..Jika kita pilih disana maka kita akan disana..Mengapa kita disini adalah kerana itu yang kita pilih berdasarkan kehendak,kesedaran dan ilmu yang kita ada..

WanHidayat said...

Zara: I just what you have shared here...inspiring!!!




Mdm: I miss you too mdm...your destiny is determined!!!



Azwan: Thanks bro...thanks a lot...wish you all the best and at all time...

WanHidayat said...

Moon: Already replied with a little explanations...check your latest entry...




Hafify: Will contacting HR...but I don't promise ek...wait until I ade share...ehehehe




En. Art: Understand now???...hopefully...yess, I agreed with you...we are here as a vicegerent...

Neeza Shahril said...

Kalau kita berfikir bahawa tujuan kita diturunkan didunia adalah sebagai khalifahnya, kita tak akan sekelumit pun merasa menyesal terhadap apa yang dah berlaku.
Sebagai hamba, kita juga wajib buat yang terbaik walaupun yang terbaik itu bukanlah yang dibanggakan oleh semua orang.
Dunia penuh cabaran. Allah berikan kita akal untuk berfikir yang baik atau buruk. Tapi, akal kita cetek untuk memikirkan perkara yang tidak perlu kita fikirkan (qada' dan qadar). Yang tu kita perlu terima...

lagi satu, kita tak perlu jadi alim ulama untuk menasihatkan orang Dayat. Silap besar kalau kita kata, awak tu siapa, tahu nak nasihatkan orang pulak. cermin diri dulu. A BIG NO! Salah tu. Sekurang-kurangnya, orang tu dah lepas tanggungjawabnya untuk mengingati orang lain. Kita yang hanya tahu mengkritik ni dimana ya? Kembali kepada fitrah lah yang terbaik.. fikirkan asal usul kejadian kita...


pssttt.. thanks for the link :)

Kak Mai Jitra said...

Dayat...

akak disini kerana lama tak jenguk kesini..hehe..apala kan, dayat serious akak buat lawak pulak...

setuju belaka dengan apa yang diperkatakan...we should live by choice not by chance..

Anonymous said...

untuk ada di sini, kenlah buat keputusan dulu, bila dah buat keputusan..berusaha dan tawakal lah agar kita berada dilandasan terbaik... :-)

dbi

JaseMario said...

"It takes a word to make a sentence. It takes an action to make it happen..." "Tepuk dahi tanya diri sendiri...." Tak gitu Dayat?

WanHidayat said...

AdRifza: Terima kasih atas tindak balas perbincangan ini...sy perlukan individu seperti anda untuk memahami erti kehidupan...




KakNeeza: Thanks a lot akak...akak selalu buat dayat tersenyum...InsyaAllah, selagi ada kekuatan ini selagi itu sy akan lakukan yang terbaik...



KakMai: Hehehehe...takpe2, sy pun dah ama tak jengok BroFisol dan Kak Mai, harapnya baek2 sahaja di sana...

WanHidayat said...

DBI: Thanks doc ;)




Jasemario: Yesss...agreed. Let's ask ourselves...

Rush Murad said...

Kekal lah di sini jika kebahagiaan itu ada di sini.....

Sentiasalah di sini sekiranya yang terbaik itu ada di sini.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...