This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Thursday, 19 February 2009

Secoret Pengalaman Di Lautan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Image Hosting by PictureTrail.com
Di atas AWB Flamingo seawal pagi sebaik matahari terbit di ufuk timur

Hampir seminggu aku berkelana di tengah lautan. Jika tidak silap perhitungan, jaraknya kali ini merupakan jarak terjauh pernah aku jejaki selama aku berada dalam lapangan oil & gas ini. Sebarang komunikasi luar tidak dapat dilakuakn dek kerana tiada sebarang rangkaian telekomunisi yang tercapai sehingga ke daerah itu. ‘SSL line' hanya terdapat di platform dan penggunaannya walaupun tidak terhad namun aku tidak juga menggunakannya kerana aku lebih gemar mengamalkan prinsip, jagalah tingkah laku jika bertumpang dan bertandang ke rumah orang.  Lima hari aku ke Bokor dan ke Betty Platform untuk aktiviti ‘Pipeline Preservation’. Aktiviti pelupusan bakteria SRB yang terdapat dalam ‘water cut’ dengan menggunakan kaedah ‘Biocide XC 31681 Injection’. Sepanjang aktiviti tersebut, aku telah ditempatkan di AWB Flamingo yang ketika ini sedang digunai pakai oleh Vastalux Sdn. Bhd. bagi  aktiviti ‘hook-up’ di Bokor Bravo dan Betty. Kelihatan tersergam gah di tengah lautan yang tenang selama lima hari itu merupakan Bokor Bravo dengan ‘drilling rig’ baru yang ketika ini sedang dioperasi oleh ‘Premium Drilling’

Image Hosting by PictureTrail.com
Bersama Anas, teman 7 tahun pengenalan

Seperti biasalah, bila kita berda di tengah-tengah lautan, begitu banyak perkara yang kita tidak duga akan berlaku. Aku yang telah ditugaskan untuk membawa beberapa orang krew ke Bokor Bravo pada hari kedua tidak dapat pulang bermalam ke AWB Flamingo akibat kapal terakhir (Fast Crew Boat) yang sepatutnya membawa semua pekerja ke kapal penginapan perlu bergegas berlayar ke darat bagi urusan yang lebih penting. Akhirnya kami semua bermalam di platform, lebih spesifiknya di ‘boat landing’ iaitu tingkat terendah dalam tingkatan platform. Kami hanya tidur di atas lantai ‘grating’ beramai-ramai. Mujur sahaja ketika itu, cuaca baik dan angin tidak kencang. Keesokkan paginya, kami semua pulang ke AWB Flamingo dan petangnya kami kembali ke platform untuk meneruskan kerja-kerja berbaki. Sepanjang pengalaman aku bekerja dilautan, perkara yang menjadi kerisauan utama adalah makanan. Pada kami, makanan adalah hiburan utama di lautan. Kami perlukan tenaga untuk bekerja. Memanjat tangga platform untuk ke tingkat keseterusnya di mana ketinggiannya sehingga mencecah 50 meter dengan penglihatan terbuka ke laut laus tanpa sebarang hadangan hakikatnya bukanlah sesuatu yang mudah. Baru sahaja sehari lepas, salah seorang daripada krew aku mengalami masalah kekejangan kaki sehingga beliau tidak dapat menaiki tangga lagi. Kekejangan yang berlaku lebih daripada 24 jam. Aku sendiri yang memapah dan mengurut krew tersebut sebelum disambung oleh Emran. Sesungguhnya, aku rasa sangat bersalah kerana meminta krew yang selayaknya dipanggil ‘pakcik’ itu ke ‘boat landing’ untuk mengambil barang. Maafkan aku.....

Image Hosting by PictureTrail.com

Selama berada di lautan, aku telah menggambarkan ianya sebagai suatu percutian singkat daripada memikirkan apa sahaja yang telah dan sedang berlaku di darat. Keputusan akhir hampir dicapai. Umpama sebuah istikharah.  Aku memandang ke dalam dada laut yang terbentang luas. Sesekali terfikir betapa aku sendiri tidak tersangka akan perjalanan kerjaya aku yang sebegini. Aku bersyukur padaMu Ya Allah atas perjalanan yang hebat ini. Pandangan barangkali akan mentafsirkan bekerja di lautan merupakan suatu perkara yang menyeronokkan dan mudah. Barangkali ianya benar dan barangkali ianya tidak. Terpulanglah kepada individu yang melaluinya. Sepanjang pengalaman aku yang sedikit ini, bekerja di lautan menuntut persediaan mental dan fizikal. Teori dan praktikal perlu seiring lebih-lebih lagi kepada mereka yang berjawat. Bosan boleh dijadikan sebagai bahan hiburan. Penat boleh dijadikan sebagai motivasi. Perkara utama yang perlu diubah adalah cara kita berfikir dan memberi tindak balas terhadap sebarang perkara yang boleh mengganggu gugat prestasi diri dan kerja. Aku yakin kita semua boleh melakukannya. Usaha dan tawakkal. Jangan menjadi bodoh sombong dan selalulah bertanya bila perlu dan bila kita benar-benar tidak ketahuan. Jika takut akan terik mentari, risau kulit yang putih terbakar dan hangus, geli pada muntah dan pening, fikir-fikirlah untuk bekerja di lautan.

Image Hosting by PictureTrail.com

Aku berharap, perkongsian kali ini akan memberikan sedikit motivasi dan secalit perangsang kepada mereka di luar sana yang masih dan sedang mencari sesuatu yang bermakna dalam hidup terutamanya kepada generasi yang sedang menuntut di mana-mana institusi. Jangan sesekali kita berfikir betapa kehidupan muda ini adalah semata-mata untuk mencari bahagia di dunia dan masa untuk bersuka ria. Penuhkanlah ilmu dan tingkatkan iman, jangan mudah terpedaya dan membiarkan anasir-anasir yang tidak sepatutnya  mempengaruhi kehidupan dan diri kita.

Image Hosting by PictureTrail.com
All of you...Rock!!!

Image Hosting by PictureTrail.com
* Sekadar gambaran, sewaktu berehat...itulah 'grating'. Tempat mengurut badan

Secoret Pengalaman Di Lautan

Bosan : Kali ini tidak sesekali terasa kerana Anas turut bersama menggamatkan suasana di paltform dan kapal. Terima kasih Anas kerana turut serta. Semoga kita boleh bekerjasama lagi...Tidak lupa juga kepada Emran yang rock!!!

Rindu : Membayangkan setiap hari adalah hari terakhir di lautan. Rindu adalah ujian...

Aprisiasi : Dia yang sudah memahami tugas dan tanggungjawab, PBJV Group Sdn. Bhd. (krew yang sporting habis!!!), Operations di Bokor dan Betty, AWB Flamingo (tempat tidur dan makanan yang sedap), PCSB (BME/2, BRE/5), PBJV Management (SKO Region).

Diri : Muka berbalam dan hangus. Berat badan kekal ideal...hehehehehe....

::: Entry istimewa ini didraft sebaik sahaja aktiviti 'reinstate' selesai dan bersambung di atas Borcos Firdaus I. Aku sudah pulang ke darat tapi esoknya aku perlu lagi ke Betty & Bokor Platform untuk Intelligent Pigging Workscoping, daily basis :::

24 comments:

Mr Final said...

Wah... adventure btul life die.. nih..

aMir RaYYaN said...

Salam...abg,sean nie...abg,blog shawn dh berpindah tau...blog lama da prob..nie add blog br..http://amirrayyan.blogspot.com

Abg,da entry special tuk abg kt blog wan..ti abg view tau...abg take care erk...miss u so much....

Salam sayang dr sy...

Rush Murad said...

"....membayangkan setiap hari adalah hari terakhir di lautan.....: dan setiap hari itu juga memberikan kesan dan nikmat yang berbeza2..... adakah penghujungnya?

Terompah Biru said...

Salam Wan.. seronok bila dpt tahu ada entry baru dr Wan.. memang suka membaca pengalaman Wan di laut macam nie.. ada cerita, ada ilmu & ada motivasi yg Along boleh guna-pakai ;D Thanks utk semua itu :)

Semoga sentiasa tersenyum & terus ceria walau dimana pun jua Wan berada. Take Care yerk ;D

azwan bamadhaj said...

"muka berbalam dan hangus..."....

tidak mengapa... yang penting... wan hidayat tetap wan hidayat.....

Nurul said...

wan!! hehe.. love this entry.. love the pics as well.. share the experience... its awesome..
takpe berbalam + hangus.. dah namanya anak jantan.. kan? :)

Mohd Hazaruddin said...

salam,

what a beautiful life!
take care

patungcendana said...

dayat...makin gelap u ni...hehe

Neeza Shahril said...

frust betul bila buka blog Dayat tapi tak dapat tengok gambar..
problem akak sorang atau pun orang lain pun ada juga ya..

Dari hari ke hari kan, Akak dapat rasakan Dayat makins sesuai untuk mencari rezeki di timur tengah pula..
susah susah dulu, senang senang kemudian.. bak kata pepatah tu kan..

Insyaallah, ada rezeki, dapatlah Dayat merantau ke sini pula kan :)

WanHidayat said...

Hafify:Worderful???...yesss it is...we make it wonderful...




Amir: Abg dah baca dan respond...thanks a lot bro...and congratsssss




Rush: Biar berangan dan mengelamun...sbb itu adalah yang terindah....soalan bukan kurang difahami tetapi tidak difahami...kesudahannya...???

WanHidayat said...

Along: Thanks along...wan nak kongsi apa sahaja yang difikirkan boleh dikongsi...untuk kecemerlangan diri dan teman2 semua...rindu kat Along....along sihat???




Azwan: Hahahaha...sah2 lah aku ni tetap wanhidayat walaupun bertukar warna kulit dan pakai wig...hehehe...ape crite skrg???




Nurul: Thankssss sis...it was just a simple sharing....more to come!!

Yess...anak jantan lah katakan....

WanHidayat said...

Uddin: Hehehe...yes it is beautiful...I just love it...how's ur life now???




Mdm. Normala: Gelap...ermmmm...gelap itu lah yang menawan...kan mdm kata suka tengok lelaki yang berkulit gelap....hehehehe...




KakNeeza: Errr...memory komp akak ada problem barang kali abb tu gambar tak dapat nak loading semua....harap apa yang akak katakan menjadi doa buat sy di masa hadapan....

Shumierain said...

2 tdo gaya bebas ker??

patungcendana said...

re: air mata sebagai hadiah buat i?...touched...tak sabar tunggu u pindah kl.

addyaholix said...

thanx dayat. saya cuma harap kehebatan manusia lain ada dalam diri saya.

ermm kenapa macam makin berisi? haha!

jumapx said...

akum...
hye abg dayat...
entri sgt motivasi...he3

Ad Rifza said...

Suatu cerita pengalaman yang jarang dapat dibaca melalui mana2 blog..Suatu penceritaan yang banyak menjurus kepada makna sebuah kehidupan..kehidupan yang diisi dengan penuh keperluan yang bermakna dalam proses perjalanan yang tiada hujungnya lagi..insyallah suatu hari mungkin ini adalah sejarah hidup yang cukup bermakna untuk dikenang...teruskan berjuang dalam mencari suatu penghidupan dengan kecekalan dan kesabaran..but jangan lupa panduan dan jalan yang telah dipandukan untuk kita semua..Insyallah..

Adry said...

wow... bestnya... love all the pics

NJ@goboklama said...

work is fun if you love what you do. Take care dayat! :)

JaseMario said...

Hidayat... Nice pixs !!! Keep it up !!! "Pengalaman Satu Pengajaran, Sukar Terlupakan... Biarpun Usia Ditelan Zaman..."

Fi-sha said...

Salam...Hi Hidayat! I envy you (hmm isnt that so human wishing for what others have) for everyday is an adventure. Take care, above all!

Ainul Hayat said...

"Rindu : Membayangkan setiap hari adalah hari terakhir di lautan. Rindu adalah ujian..."

Yer, dapat rasakan ujian rindu ni sehingga kini..Suka baca blog anda. Rasa termotivasi sikit dikala mengingatkan seseorang yg kini berada di lautan seperti anda.
Demi tugas dan tanggungjawab, redhakan saje pemergian sementara ni =)

syhcool said...

Next, do the same thing for the pandora jewerly right front side of the shirt.Once you have done Pandora Bangles both front sides of the shirt, you then will need pandora bead to do the back of the shirt. Take the shirt and place the back of the discount pandora shirt so that the direct middle is on the ironing board. The pandora sale back collar of the shirt should be right up at the edge discount pandora charms of the "head" of the ironing board or even slightly hanging off. Pull the bottom buy pandora bracelets of the shirt to create that taught resistance again and pandora beads charms begin to spray the shirt and iron in the opposite direction of pandora earrings the pull.

Anonymous said...

Sgt menarik.... (ex kml)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...