This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Thursday, 12 February 2009

Karut Dinihari

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Image Hosting by PictureTrail.com
Google Earth - Kuala Baram

Bulan ini sesungguhnya aku tidak menjangkakan diri aku akan dilanda taufan kesibukan. Baru rasanya aku berangan untuk berehat dua hari di darat, tepat jam 1130 pagi tadi, aku dikejutkan berita bahawa aku perlu ke Betty Platform petang ini. 'Standby Mode' diaktifkan serta merta. Mujur sahaja aku tidak melatah dan tercarut kepada client. Barangkali keadaan diri ketika ini secara semulajadinya membuatkan aku menerima perkara sebegini seadanya. Masa untuk berhabisan untuk detik-detik terakhir di bumi kenyalang pada aku. Istikharah belum lagi bermula, maksudnya jawapan kepada masa depan aku belum pasti. Pandangan manusia, aku terima dan analisis satu persatu. Aku tidak mahu ambil enteng tentang perkara berhubung masa depan kerana yang pastinya keluarga tercinta juga yang akan terpalit di kemudian hari. Ya Allah, semoga semuanya dipermudahkan. Perkhemahan mencabar di Kuala Baram perlu dibatalkan Sabtu ini...aku redha.


Image Hosting by PictureTrail.com
Selasa di subuh hari - Muara Sungai Miri

*Email terkini: Esok ke Betty Platform bersama dua supervisor dan dua operator. Aku sudah bersedia.

Tiga hari aku berada di Baram Bravo. Alhamdulillah, hadiah cuaca yang baik dan sejahtera telah memudahkan segala urusan di sana. Laut terbentang luas, sesekali melihat panorama mentari muncul dan hilang pada laut yang mendada luas. Berfikir dan terfikir kenapa aku perlu lagi ke sana. Jawapannya sentiasa di sini, demi menggagahkan diri untuk terus belajar apa itu erti berdikari, aku mempelajari dan menambahi ilmu kejuruteraan yang dangkal, demi mengasah bakat kepimpinan, demi melihat dan mendalami akan sifat dan sikap mereka yang bekerja di lautan dan tentang persoalan kenapa dan mengapa untuk itu dan ini, yang pastinya jawapan itu seolah-olah sudah tersedia. Aku ini sahaja dengan sengaja mencari indahnya kehidupan ini. Terimalah puisi yang tercipta di Baram Bravo semalaman aku di sana. Gambar di bawah gambar anak buah kedua dalam keluarga aku. Gambar yang telah dihantar oleh adikku di Pahang. Rasa nak balik Pahang jumpa Qaseh.

Image Hosting by PictureTrail.com


Karut Dinihari

Luas dada laut.....Luas lagi akal mu.....
Dalam dasar laut.....Dalam lagi fikiran mu.....
Walau seluas akal dan sedalam fikiran engkau miliki
Tidak tercapai rahasia dan nikmat PENCIPTA
Kerana engkau manusia biasa.....

Khusyuk bercerita tentang cita-cita
Ralik menilai harapan yang ada
Yang benar atau sekadar pasti
Yang pasti atau sekadar mujahadah
Jangan sampai hilang tauliah
Jangan sampai hilang pedoman
Engkau berlalu pada arus yang sedia
Biarlah ini untuk seketika....

Wan Mohd Hidayat Wan Abdullah
Baram Production Brovo
0130hrs (Main Deck)

12 comments:

zara said...

Sedih bila membaca baris kelima :(

Neeza Shahril said...

Salam Dayat,

macam tu lah adat manusia.. perlu akur dengan hukum alam..
dalam mencari rezeki, banyak perkara tak terduga..
apa apa pun kita perlu pasrah untuk mencari sesuap nasi (mungkin berjuta2 suap untuk Dayat hehee..)

tabah lah adikku..
sabar lah..
kebahagian pasti menanti dihadapanmu..
Insyaallah...

Yoshi Aiko said...

dayat, bz jak2 ktk n the geng semenjak 2 menjak tok....btw, cute baby qaseh ya..mancung idongnya..mcm idong ktk jak kmk tgk...

Mr Final said...

rase takjub bila mana dalam taufan kesibukan ada juga kelapangan menukil bait2 puisi... kan itu anugerah....

patungcendana said...

andai kau berani melayari luasnya dada laut dan menyelami dalamnya dasar mungkin cita-cita dan harapan boleh menjadi sesuatu yang pasti...:-)

^aNgRiAni^ said...

best puisi wan tu...kadang² kita mcm tersasar dr landasan kan :d

weekend tak gi mana² ke?

have a nice wiken:d

addyaholix said...

bait-bait yang terlalu indah.
seindah qaseh arisya.

Ad Rifza said...

Cukup indah karut dinihari..Manusia harus ada kekuatan dan pegangan yang utuh unutk menghadapi apa sahaja dugaan dan cabaran dalam hidup..Sekali gagal kita bangun semula membetulkan ..dan gigih kembali menggarap usaha untuk mencapai jaya..Insyallah

Shumierain said...

Salam,
amboiii panjangnya nama baby ni..cute la your niece ni PAKCIK Dayat..

Mak Su said...

amat bermakna puisi wan itu.

azwan bamadhaj said...

bro.. miss u....

tanah semenanjung emas ini menantimu.....

syhcool said...

Next, do the same thing for the pandora jewerly right front side of the shirt.Once you have done Pandora Bangles both front sides of the shirt, you then will need pandora bead to do the back of the shirt. Take the shirt and place the back of the discount pandora shirt so that the direct middle is on the ironing board. The pandora sale back collar of the shirt should be right up at the edge discount pandora charms of the "head" of the ironing board or even slightly hanging off. Pull the bottom buy pandora bracelets of the shirt to create that taught resistance again and pandora beads charms begin to spray the shirt and iron in the opposite direction of pandora earrings the pull.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...