This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Wednesday, 31 December 2008

Kesimpulan Nan Di Penghujung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Alhamdulillah. Pertamanya, aku ingin mengucapkan rasa syukurku kepada Allah S.W.T atas hadiah ketabahan dan kesabaran hati serta rezeki yang tidak putus-putus sepanjang tahun ini. Sesungguhnya, aku mengharapkan dan berdoa agar diri ini sentiasa berada di kalangan mereka yang terus bersyukur dan tergolong di kalangan mereka yang sering berfikir akan kewujudan dan keesaanMu. Kerja-kerja laut ketika ini semakin ke kemuncak. Hanya tinggal beberapa perkara lagi sebelum ianya kembali kepada sediakala. Di kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1430H kepada seluruh ummat Islam seantero dunia. Moga-moga amalan kita tahun lalu diberkati dan mendapat perhatian olehNYA. Marilah kita bersama-sama meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita kepadaNYA untuk tirai yang baru sahaja bermula ini.

Image Hosting by PictureTrail.com
Gambar ini diambil awal tahun 2008, ketika ini aku masih lagi bertarung dengan kesakitan yang sedang aku alami
 March 2008

Hari ini, sudah tiba masanya untuk aku menyoroti perjalanan setahun sepanjang 2008 ini. Tahun 2008 merupakan antara tahun paling mencabar dalam kamus kehidupan aku. Tahun ujian dalam memperkasakan jati diri dan keyakinan kepada dunia pekerjaan yang sesungguhnya mencabar. Tahun memperkemaskan tanggungjawab dan kesabaran dalam dimensi perhubungan. Tahun menilai di antara keperluan dan kehendak diri. Tahun mengenal dan menganalisa apa itu sahabat, teman, dan kawan dan juga tahun bercuti serta jalan-jalan.

Secoret Rasa Tentang Diri....
Permulaan tahun 2008 diuji dengan derita sakit beberapa minggu lamanya. Rasa terbeban dengan masalah dalaman. Hati diugut untuk memberontak namun akal masih waras membuat pertimbangan. Diuji dengan beberapa berita kehilangan. Bermula dengan arwah Ayah Li dan arwah Long Rahman. Semoga roh-roh arwah dicucuri rahmat. Aku turut menerima berita kehadiran insan baru dalam keluarga aku, anak saudara kedua hasil perkongsian abang dan kakak iparku, Wan Nur Qaseh Arysa Wan Mohd Hafez. Kita semua menyedari betapa kehidupan ini sesuatu yang tidak boleh diramal. Yang datang dan yang pergi adalah atas urusanNYA. Syukur alhamdulillah atas segala nikmat pemberian rezeki yang tidak pernah putus tahun ini. Banyak juga perkara yang berjaya dicapai sepanjang tahun 2008. Daripada sekecil-kecil perkara sehingga perkara yang besar, aku telah berjaya memilikinya, dangan berkat kesabaran, usaha dan doa yang tidak putus-putus. Untuk diri sendiri, untuk keluarga tercinta dan untuk mereka yang disayangi. Alhamdulillah....


Image Hosting by PictureTrail.com
Di Brunei Darussalam, ketika menghadiri majlis perkahwinan Ikmal
March 2008

Image Hosting by PictureTrail.com
Dia seorang yang tabah
November 2008

Kerja dan Kerjaya.....
Aku telah berjaya menyelesaikan lapan projek untuk PCSB sepanjang tahun 2008 ini. Enam daripadanya ketika aku berada di M.V. Energy Miner selama hampir empat bulan. Bermula di penghujung Mei sehingga penghujung September. Pengalaman baru diberi peluang untuk mengepalai kapal dan belajar tentang ilmu penyelenggaraan paip minyak di plantar minyak dan di dasar laut. Terlalu banyak perkara yang tidak pernah kita fikirkan berlaku dan sebagai pekerja yang bertanggungjawab, kita tidak diberi pilihan untuk tidak berhadapan dengannya. Ketika itulah aku merasakan betapa ujian Allah itu sentiasa menuntut setiap di antara kita untuk terus bersabar dan sentiasa mengingatiNYA dalam apa jua situasi kita sedang hadapi. Sesungguhnya, pengalaman berada di Energy Miner amat beharga dan sukar untuk diperolehi di mana-mana. Aku bersyukur dan berterima kasih atas peluang yang telah diberikan. Semoga pengalaman dan ilmu yang telah aku perolehi boleh sahaja dimanfaatkan untuk perjalanan masa depan yang masih jauh. Hasil daripada kerja keras ini, aku setidaknya dapat memenuhi keperluan dan kehendak diri serta keluarga tercinta.

Image Hosting by PictureTrail.com
M.V. Energy Miner daripada pandangan WLP-A
May-Sept 2008

Image Hosting by PictureTrail.com
M.V. Energy Miner di Tukau Field
May-Sept 2008

Percutian dan Cuti-cuti.....
Sibuk bukan suatu penghalang untuk aku bercuti dan berjalan. Dalam kesibukan sepanjang tahun 2008 ini, aku telah ke beberapa negara yang sebelum ini tidak pernah aku jejaki. Aku hanya berkesempatan dua kali ke Brunei Darussalam. Sementelah aku kini menetap di Miri, untuk ke Brunei, ianya bukan perkara yang sukar. Dua jam memandu dari Desa Senadin, tibalah kita di Bandar Sri Bagawan, Pada bulan March, aku ke Macau, Hong Kong dan Shen Zen. Pertama kali ke negara orient. Ianya sesuatu yang bermakna dan sarat dengan kenangan. Menjelajah tiga tempat dalam sempit masa dan gering. Semuanya aku lalui dengan berbekalkan semangat dan harapan. Pada bulan April pula aku terbang ke Kota Singa atas urusan kerja. Sehari diberi masa, aku gunakan hanya untuk membeli barang-barang. Turun daripada Energy Miner di penghujung puasa, aku terus pulang ke Kuantan untuk menyambut lebaran. Setelah sekian lama tidak pulang ke Terengganu, aku hanya berkesempatan berhari raya sehari di Terengganu. Sehari sememangnya tidak puas. Dalam sesak masa itu juga, aku turun ke Johor Bahru untuk berhari raya di sana. Beberapa hari di Johor Bahru, aku kembali ke Kuantan seterusnya ke Kuala Lumpur dan pulang ke Miri untuk melalui rutin harian sebagai pekerja. November pula, aku ke Bali untuk meraikan hari kelahiran ke 24. Bali sungguh mendamaikan. Yang pasti, aku akan kembali ke sana suatu hari nanti untuk mengenang setiap pengalaman indah yang telah aku lalui.

Image Hosting by PictureTrail.com
Di Hong Kong Disneyland
March 2008

Image Hosting by PictureTrail.com
Di Venitian, Macau
March 2008

Image Hosting by PictureTrail.com
Di Shen Zen, China
March 2008

Image Hosting by PictureTrail.com
Di Bali, Dreamland Beach
 November 2008

Image Hosting by PictureTrail.com
Bersama adik-adik perempuanku, Ain dan Kamilah sewaktu pulang ke Pahang
Oktober 2008

Image Hosting by PictureTrail.com
Bersama keluarga tercinta di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang
Oktober 2008

Image Hosting by PictureTrail.com
Bersama Azziera, rumah terbuka kompeni di Mega Hotel
Oktober 2008

Image Hosting by PictureTrail.com
Bersama teman seuniversiti, Fadzli Noris, the tallest man
Oktober 2008

Image Hosting by PictureTrail.com
Bersama nenek tersayang di Pahang, Tok Bidan
Oktober 2008

Teman Berteman.....
Tahun 2008 juga menyaksikan pertemuan aku dengan beberapa kenalan baru. Aku mengenali beberapa orang blogger yang menetap di Miri. Pertamanya, aku bertemu dengan RhymeeWrites, hari yang sama aku bertemu Asli yang bercuti di Miri ketika itu. Kemudian aku bertemu Kak Zara, Along dan Cute Panda yang turut datang bercuti ke Miri. Bulan October, sewaktu di KL, aku secara langsung bertemu dengan ZianaBeruang Madu, LensaLily, Aximud dan MNN sewaktu berbuka puasa dan secara kebetulannya bertemu dengan Shahril Aley. Pengalaman bertemu dengan kenalan baru membuatkan aku sering berfikir bertapa manusia ini banyak ragamnya. Bertemu dangan mereka semua adalah pengalaman yang indah dan menarik. Sekurang-kurangnya, ada juga beberapa perkara yang telah kami kongsikan tentang hidup ini. Barangkali aku ada tertinggal beberapa nama yang kini telahpun menjadi kenalan aku. Walau siapapun kalian, percayalah, kita sentiasa bergelar teman.


Image Hosting by PictureTrail.com
Bersama Ziana, Tepak Sireh, Beruang Madu, Shahril Aley, LilyLulu, dan Axim sewaktu berbuka puasa di KL
September 2008

Image Hosting by PictureTrail.com
Bersama Tepak Sireh dan LensaLily
September 2008

Image Hosting by PictureTrail.com
Kak Zara, Kak Aishah dan Along
Oktober 2008

Image Hosting by PictureTrail.com
Tepak Sireh, RhymeeWrites, Nash, LuaqDomeEsplanade dan Abang Haizul
Oktober 2008

Image Hosting by PictureTrail.com
Bersama Deqwan dan Azwan, antara teman paling rapat di universiti selepas berbuka puasa bersama
September 2008

Rumusan Tahun 2008.....
Percaya atau tidak, hari ini hari terakhir sebelum tahun 2008 melabuhkan tirainya. Banyak juga pengalaman dan ilmu baru aku perolehi sepanjang tahun 2008 ini. Ada di antaranya begitu manis dan indah dan tidak kurang juga dengan pengalaman pahit dan buruk yang telah aku lalui. Sesungguhnya, inilah resam sebuah kehidupan. Inilah janjiNYA. Sebagai manusia, kita perlu meneruskan kehidupan ini dengan tabah dan berani. Jika kita merasakan kesusahan dan kebosanan dalam sehari sepanjang perjalanan hidup ini, aku yakin dan percaya, setiap di antara kita pernah melaluinya. Segalanya bergantung kepada diri kita. Kita diberikan akal untuk mengatasi setiap ujian dan cabaran dariNYA. Jangan kita menjadi manusia lemah pada penglihatanNYA.


Image Hosting by PictureTrail.com

Tahniah buat adik kedua bongsuku, Wan Nor Waheedah Wan Abdullah atas pencapaian cemerlang dalam PMR baru-baru ini. Abang doakan agar dirimu terus cemerlang di dunia dan akhirat. Satu pesanan, jangan mudah rasa selesa dengan kejayaan baru-baru ini. Masih banyak kesukaran yang menanti di depan sana. Persiapkan diri agar diri tidak mudah tergugat dengan anasir-anasir yang boleh merosakkan diri. Selamat maju jaya.

22 comments:

Mak Su said...

apa kabar Wan? moga terus sukses di tahun mendatang :)

patungcendana said...

salam maal hijrah dan happy new year dayat. :-)

redzuwan said...

salam.nanti kasik alamat ya...mana versi rambut panjang..?

addyaholix said...

salam maal hijrah, jugak salam tahun baru dayat!
moga terus sukses.
moga hari mendatang terus indah buat dayat!

kempunan tengok rambut panjang. mana? =)

jon hafkian said...

wah....rumusan x ingat pjgnya kn
Venitian, Macau tuh cantiknya

jon hafkian said...

salam maal hijrah dan selamat tahun baru jugak

azwan bamadhaj said...

selamat tahun baru dayat......

moga tahun 2009 membawa lebih keberkatan kepada kita semua.......

^aNgRiAni^ said...

Happy new year Wan

semoga sukses selalu...:D

Kak Ezza said...

Salam Maal Hijrah & Happy New Year dik. Semoga diberikan kesihatan berpanjangan, dipanjangkan umur & sentiasa cemerlang dalam apa jua perkara.

zara said...

Satu catatan perjalanan 2008 yang sungguh menarik, begitu teliti dan dalam maknanya, yang dipikul dibahu seorang yang lebih kurang sama saiznya dengan diri saya..dan saya bersyukur kerana mempunyai teman bernama Wan Hidayat.

Thanks for the memories in 2008, forget the bad & cherish the good. Mudah2an segala usaha di 2008 diberkati Yang Esa, dan mudah2an perjalanan 2009 akan dipermudahkan dan diberkati oleh-Nya.

2009 baru bermula, 1430H baru bermula...maka akhirilah dengan sebaiknya, Insya Allah.

Salam hijrah to you & jom kita gi para-gliding sesama!

WanHidayat said...

Maksu: Salam kembali maksu...alhamdulillah, wan sihar sahaja...terima kasih maksu atas ucapan itu....sy doakan hanya yang terbaik untuk maksu...selamat Tahun baru 2009....




Mdm. Normala: Salam Maal Hijrah 1430H...dan selamat tahun baru 2009..




Dewan: Nanti aku sms...selamat taun baru dan gambar rambut panjang???. Tunggu 5 entry lagi baru betul2 cukup panjang....

WanHidayat said...

Addyaholic: Salam maal hijrah dan selamat tahun baru untuk anda juga....rambut panjang???, nanti lah ek.... :)




Achtung: Thanks Achtung....salam maal hijrah dan selamat tahun baru....Venitian???, memang menarik dan indah...




Azwan: Thanks bro....same here, selamat tahun baru untuk ko di sana....semoga kehidupan kita lebih berkat....amin~

WanHidayat said...

Kak Angriani: Salam Maal Hijrah dan Selamat tahun Baru akak....semoga kita semua lebih cemerlang, lebih gemilang dan lebih terbilang....




Kak Eza: Setinggi ucapan terima kasih untuk akak atas ucapan yang penuh makna itu....selamat tahun baru dan semoga sukses selalu....




ZackZara: Thanks sis. Same here...I'm so glad to have you as my friend, my sister....syukur kepada Allah kerana menemukan seorang sahabat yang baik dan bijaksana...semoga tahun 2008 dapat menjadi kenangan terindah dalam kamus hidup kita....

Para gliding???, jomlah...bila lah dapat merasa....

Khaliff Faid said...

Selamat Tahun Baru, Wan!
Lama tak cek Wan nyer blog. At last update gak! :D

axim said...

happy new year 2009

may you will have a great year ahead..

TC

Neeza Shahril said...

Salam Dayat.. akak ingat Dayat dah lama tak update. Rupanya ada technical error tentang link Dayat kat blog akak..

dah masuk tahun baru ni. Tahun 2008 tentu meninggalkan kesan mendalam dalam diary hidup Dayat kan.. pastinya setiap tahun gitu.

Bagi akak, bila nak masuk tahun baru, akak bertambah risau.. banyak benda baru perlu ditempuh..

semoga kita sama-sama dapat tempuhi tahun baru dengan aman dan cemerlang. Insyaallah..

Y u Z z 9071 said...

Chakk...

wah very details betul la rentetan kehidupan dayat...

tabik spring la ....azziera tu...sapa..hehehe

A f f e n d i O s m a n said...

tudiaaaa....
panjangnya karangan dia!

errr...cakap tahniah kat adik awak tu!
hehehe...

slamat tahun baru. errrrrr...errrr...errrr...dengarnya orang jauh dah nak jadi dekat?

moon said...

ape yg tabah? lawak betol gamba yg tabah tu. haha

Acik_Forever said...

salam Mall hijrah dan salam tahun baru...moga sentiasa kedatangan hari baru memberi rahmat padamu...hmmm rindu kat Ucu..teringat zaman kita sama2 dulu...Acik miss u...

Terompah Biru said...

Masa berlalu.. tahun berganti.. usia meningkat.. pengalaman bertambah.. hanya kenangan yang akan kekal dlm ingatan. Along rasa bersyukur sangat sbb dapat kenal Wan dan kawan2 yang lain. Along merasakan perkenalan dan persahabatan kita ini adalah antara kenangan terindah yg dianugerahkan kepada Along di tahun 2008 lepas.

Semoga di tahun baru ini hubungan persahabatan kita akan terus erat dan berkekalan dengan izin-Nya. Semoga yang terbaik sentiasa dikurniakan utk Wan :D

Anonymous said...

follow me..ketikacintasedangbertasbih.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...