This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Tuesday, 2 December 2008

Bila Kita Mula Dewasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya....

Sabtu lalu sedikit kencang keadaannya. Seawal pagi aku menerima khidmat pesanan ringkas daripada boss aku, En. Kamaruddin. Aku diminta pergi ke yard untuk perjumpaan tergempar. John Wyatt juga menelefon aku bertanyakan tentang kapal dan menyuarakan perasaan gementarnya tentang masalah yang baru diketahuinya. PL333 sepanjang 12.9 kilometer dari Bakau Production Alpha ke West Lutong Production Alpha dilaporkan mengalami kebocoran. Aku tidak terkejut dan tidak juga gementar. Sedikit perasaan geram kerana Sabtu aku telah digangu. Sebenarnya aku telah merancang untuk pergi melihat Expo Negeri Terengganu sempena Tahun Melawat Terengganu 2009 di perkarangan pusat membeli belah Bouleverd. Semua perlu dibatalkan. Everybody loves to sacrify, isn't it?. Lewat petang itu juga, aku terus ke lapangan terbang menghantar boss aku sekeluarga yang akan bercuti hampir sebulan. Aku telah diamanahkan untuk menjaga operasi di Miri sepanjang ketiadaannya. Seminggu sebelum beliau bercuti, beliau telah mendedahkan aku dengan pengetahuan komersil. Aku menganggap semua ini adalah ilmu beharga dan sukar untuk diperolehi sementelah aku masih seusia jagung dalam lapangan oil & gas ini. Aku bersyukur atas peluang ini.

Image Hosting by PictureTrail.com
Aku, Mdm. Normala, Raja Azrul dan Azwan di Genting Highland perjalanan menuju Pulau Mutiara untuk Debat Alam Sekitar di USM pada tahun 2006

Sambil menyediakan beberapa dokumen penting untuk kerja ad-hoc ini, aku sesekali menjengah blog teman-teman seuniversiti. Sedikit rasa terkejut dan terkedu apabila aku terbaca beberapa penulisan yang beremosi. Secara tidak langsung, fikiran aku dibawa kepada pengalaman dan sejarah lalu. Bermula dengan S.O.R.R.Y hasil tulisan Deqwan, kemudian JB Revisited-Paradise Lost karangan Mdm. Normala dan Perjalanan Ke Sebuah Destinasi kepunyaan Raja Azrul. Semuanya tentang ikatan dan persahabatan. Johor Bahru menjadi destinasi yang secara kebetulannya abang kepada Azwan Ismail melangsungkan perkahwinannya. Jemputan 'reunion' daripada Raja aku terima beberapa bulan lalu namun terpaksa aku tolak atas alasan kerja. Deqwan yang secara kebetulannya sedang berada di Singapore atas urusan kerja sempat menyeberangi Selat Tebrau ke bandaraya JB untuk reunion ini dan selebihnya ada yang bertolak dari Kuala Lumpur dan Kuantan.

Image Hosting by PictureTrail.com
Di atas feri menuju ke Pulau Pinang, kami sengaja menggunakan feri demi merasa pengalaman ini

Jika dahulu kita boleh berjanji untuk melalui apa jua yang bakal kita depani bersama-sama, namun hari ini, kita perlu menilai kembali apa yang telah kita janjikan. Merujuk kepada situasi hari ini, segala kepentingan perlu berada dalam pertimbangan yang adil dan waras, demi diri, keluarga, kerjaya dan cinta. Ikatan dan persahabatan bukan sekadar latar belakang sebuah kehidupan. Ianya perlu bersifat 'kekitaan' dan jangan pula kita mengharapkan 'kekitaan' itu perlu ada setiap masa dan ketika. Justeru, ramai di antara kita yang mudah tersinggung dan terasa apabila mereka yang dianggap teman, kawan dan sahabat ini jarang berhubung dan jarang bersama. Sedarlah, keadaan dahulu tidak boleh dianggap sama seperti keadaan hari ini tambahan pula apabila kita mula menjadi seorang yang dewasa, mempunyai kerjaya, dan keluarga dan bertemu cinta. Ini merupakan faktor paling utama dan jelas yang membawa aku untuk mengajak teman-teman kembali berfikir akan janji-janji yang pernah kita lafazkan dahulu. Secara rasionalnya, 'kekitaan' itu sudah pun menjadi suatu janji yang terkota. Perkara itu merupakan perkara yang paling asas yang sepatutnya kita hargai setiap masa. Jangan sesekali kita salahkan teman kerana faktor keluarga, kerjaya dan cinta, maka ikatan dan persahabatan yang pernah kita lalui tidak menjadi seperti dahulu.

Image Hosting by PictureTrail.com
Teman-teman yang turut berjuang demi Ijazah Kejuruteraan Kimia di UMP

Teman-teman, aku simpulkan asbab-asbab di atas kepada satu perkara iaitu 'Tanggungjawab'. Bila semua ini berlaku, secara semulajadinya kita akan menjadi seseorang yang bertanggungjawab. Bertanggungjawab pada keluarga, bertanggungjawab pada kerjaya dan bertanggungjawab pada cinta. Aku sesekali tidak menafikan tanggungjawab kita terhadap ikatan dan persahabatan kerana seandainya kita memahami maksud asas ikatan dan persahabatan itu, barangkali kita akan lebih memahami situasi teman-teman kita yang lain. Globalisasi telah mengecilkan dunia hari ini. Jika dahulu Terusan Suez boleh menghubungkan Afrika dengan Benua Eropah, apatah lagi hari ini. Hakikatnya, jawapan ada dalam diri kita sendiri. Semua di antara kita mempunyai sejarah ikatan dan persahabatan tersendiri. Sesekali, marilah kita berfikir akan perkara ini.....


Aku sedang mengikuti program Back To Basic di Eastwood Valley selama tiga hari ini. Jika dahulu aku sentiasa ke depan berfikir akan perkara mendatang, namun hari ini, aku singkirkan semangat itu ke tepi untuk seketika. Baru hari ini terasa takut dan gementar untuk mendepani masa depan. Didoakan semoga semuanya baik-baik dan berjalan lancar. Lagu 'Kenang Daku Dalam Doamu' nyanyian Tan Sri S.M Salim aku tujukan khas buat mereka yang bergelar teman, kawan dan sahabat kepada diri ini.

Edisi post semula sewaktu makan tengah hari...

38 comments:

artisticklytouch said...

my other half told me, something yang dia belajar from Dale Carnegie;

"Stop worrying of the futere, and start living the Present"

on 'kekitaan', i would say...u got a point and most of us like to cling to the past and scared of the future, biasalah tu. somepeople even dream of a gate to the past!!!

but the present provide us with so much means of telecommunication...cuma yang jenis tak reti nak angkat phone and nak reply sms neh yang weols sentap neh!!! baik tak yah ada phone!!!

opppssss teremosi plak.

points is, friends should get in-touch more often...so we wouldn't miss the gossip

~NoRiSh~ said...
This comment has been removed by the author.
~NoRiSh~ said...

apa yang wan katakan benar belaka.. tapi kalo kita tak pikirkan masa depan takleh gak, tapi kalo kita asyik memikirkan pasal masa depan pulak pasti wujud perasaan bimbang, takut, risau di dalam hati lelagilah kita telah dijamukan dengan rentetan kehidupan di sekeliling kita baik yang buruk mahupun yang baik. namun, kita harus kuatkan semangat, tabah dan sabarkan hati serta yakinkan diri kerana setiap yang terjadi pasti ada hikmah tersendiri. namun, 'berkata-kata memang mudah dari yang memikul beban itu sendiri'. tapi yakinlah yang telah ditetapkan olehNYA adalah terbaik untuk kita. tapi ingatlah, hanya kita yang perlu berusaha untuk menentukan arus laluan yang telah ditetapkan olehNYA untuk menjadi yang terbaik, lebih baik ataupun mudur begitu saja. sama-samalah kita berdoa agar segala usaha kita diredhai dan diberkati olehNYA agar kita memperolehi yang terbaik, di dunia mahupun di akhirat. amin..

Y u Z z 9071 said...

chakk...

rindu nye nak masuk blogs ni...

semua kata kata yang dinukilkan sungguh bermaknaaaaa

redzuwan said...

1)Masa..

Tika kecil, harapnya aku sentiasa dizaman bayiku..

Tika remaja, harapnya aku sentiasa di zaman kecilku..

Tika dewasa, harapnya aku sentiasa di zaman remajaku..

Tika tua, pastinya harapan ku untuk sentiasa dewasa..

2)Kenangan persahabatan;
i)ingin benar nak berdebat
ii)ingin benar mengirup udara malam Tanjung Lumpur
iii)ingin benar menaiki moto ke Kuantan
iv)ingin benar nak ke Kuantan Parade beli 2nd hand Laptop..
v)ingin benar bersama-sama sewaktu kelas TITAS.
vi)ingin benar merentas lautan hujan ke Stadium Darul Makmur..Siti nak nyanyi kat Stadium..
vii)ingin benar nak ke MYDIN Kuantan..
viii)ingin benar aku ulangi semua..

patungcendana said...

memang betul kata u dayat...tapi...bukan harap ada semangat kekitaan sepanjang masa...itu memang takkan berlaku lagi...sebab semua dah ada haluan masing2.
Tapi, kalau dah berjanji untuk bertemu...dan bukan selalu pun...takkan tak boleh untuk satu atau dua hari letakkan keluarga, career atau cinta ketepi sekejap...demi untuk menghargai persahabatan yang telah bertahun2 terjalin...
is that too much to ask for? are your friends not worth even a few minutes of your unconditional time anymore?
putting aside elements of career and family...adakah cinta yang mungkin baru ditemui satu dua bulan kini lebih penting dari persahabatan yang telah lama terjalin...mungkin satu hari...bila cinta itu pudar...sahabat juga yang akan dicari...and as a good friend, u know i will always be there...tapi adilkah itu...saat berduka kita diingat...bila bahagia datang menyapa kita disingkirkan
oh well...may be that is the case...cest la vie...

addyaholix said...

Tak salah mengharapkan "kekitaan" itu sentiasa ada. Kita punya pilihan untuk tidak mengenepikan sesuatu untuk sesuatu yang lain. Kita boleh dalam masa yang sama menjadi dewasa. Kita boleh dalam masa yang sama membina kerjaya. Kita boleh dalam masa yang sama punya keluarga. Kita boleh dalam masa yang sama bertemu cinta. Dan kita boleh dalam masa yang sama terus menghargai erti itu sahabat. Sebab kita punya pilihan.

redzuwan said...

teringat lagu cuba dari faizal tahir..

Syam said...

tanggungjawab...hanya satu perkataan tetapi boleh diunkaikan dengan panjang lebar. Namun adakah semua orang faham dengan situasi kita? Kalau yang faham...terima kasih...kalau sebaliknyer...??

zackzara said...

Salam Wan,

True enough. Time changed. People changed. We try our very best to be open and accept the changes, but deep down we wish that time hadn't changed, people hadn't changed..because we fear of the future.

But we cant blame others for not be able to keep in touch with our friends, but us as we have the options. No matter how busy one is, he/she must paused for a while and have his/her cuppa coffee. I blog abt it here

next cuppa coffee is at...?

Tepak Sireh said...

sayu pulak dengar lagu background ni.... people changed... hopefully they changed for a good reason and jadi lebih dewasa. I'm not sure about 'kekitaan' which is not me I believe... anyways, this is what we called proses kematangan, kitaran kehidupan..... you need to face it whether you like it or not.... my only hope is bertindaklah dengan bijaksana.

Mak Su said...

dah balik?

Mr Final said...

just wanna say.. Hi... lama x tanye kaba die.. . :)

Wahidah said...

tanggungjawab...life ni mmg full of responsible...nak dgn tk nak jer laksanakan......

Yoshi Aiko said...

sedih juak lagu ktk tok....

moon said...

sedihnye bace entry ni + dengar lagu ni. mengimbau kembali kenangan lama tika zaman undergraduate, study ngn kengkwn, lepak2 bilik kengkwn2. huwaaaaaaaaaaaaaaa... sedih.. ='(. ni yg rasa ta sabar na kahwen ni!!! (tiba2)

Khaliff Faid said...

Hi, read my blog and you have to reply back my tag!!!!

WanHidayat said...

En. Sentuhan Seni: Yeala tuh kan...mmg la bengkek bila dah ada kemjuan, teknologi...satu sms pun kedekut...sungguh tak relevan lah plak...beremosi??....hahahah Selalu kena mcm tu kah....




Norish: Ermmm....bukan tak fikir ttng masa depan....kurangkan berfikir kot sbb sebelum ni mmg sy selalu berfikir ttng masa depan...ehehe...moga2 semuanya baik nnti...




Kak Yuzz: dah masuk kan...eheheh....thanks akak...

WanHidayat said...

Deqwan: Bro...why u have to remind all those....how i miss all that....when we can meet and doing all those again....insyaAllah...someday :), tk cr...




Mdm.Normala: Dah clarify kan dalam phone tempoh hari...hehehe, hope u understand...




Addyaholic: Yess bro...tapi perlu letakkan dalam pertimbangan semua...jika kita dapat lakukan spt mana yang bro cakap tuh dalam dgn tanggungjawab2 semua tuh....kita mungkin anatra yang terhebat....

WanHidayat said...

Deqwan: Lagu Cuba???...i loike that song...




Syam: Yup bro...perkataan yang perlu difahami maksudnya...




Zara: Yesss... awhile...sometimes...like us...

WanHidayat said...

Rush: Sayu...best kan lagu nih, teringat plak versi CT...'kekitaan', hahaha, are you sure???...




Maksu: Dah balik???, dari mana???, kalau dari Bali, dah 3 minggu lah maksu...hehehe




Mr.Final: Tu jeak....lorrr...i'm fine...

WanHidayat said...

Wahidah: Yesss wahidah, sy setuju dgn anda...antara mahu dan tidak mahu sahaja...




Eira: Sedih...best lah algu nih...sedih bila kita takde kawan langsung...tapi tak logik kan???




Khaliff: Yup bro...i will...

sEaN's diary said...

salam...btol abg..byk yg akan berubah bila kita dewasa....wan doakan yg terbek tuk abg....insyaALLAH...

jonhafkian said...

rindu kt ucu
last jumpa time kt kuching last 2 year....

arsaili said...

salam bro..raya kat mana?

thepretender said...

owh bro lame tak lepak sini.

salam aidiladha!

seri said...

hai... exchanged link yuk.. hehehehe tq

en_me said...

hi abang ittewww.. brtanggungjawab sungguh kamuuu

addyaholix said...

cuma kepingin baca tulisan-tulisan wan!

myfisol said...

salam,

nice entry dayat...berteman biarlah beretika, barulah berkekalan..

Y u Z z 9071 said...

dimanakah dikau......

JaseMario said...

Hidayat... BZ ke? Lama dah x update blog. Rindu laa nak baca coretan Hidayat... Kan..kan..kan..

CikguZue said...

salam,
tgh merindu kat kawan2 ke? apepun dah bertemu sebilangannye spt dlm gambar tu, bolehla mengurangkan kerinduan tu kan...take care.

Ad Rifza said...

"kekitaan"..hmmm mungkin perlu...Tidak semua yg kita lakukan akan memuaskan hati semua pihak...Dulu lain skrg lain..Tanggjwb itu sudah berubah..mungkin dulu study skrg karier yg cukup perlu dengan komitmen yang tinggi..Kita terGALAH dengan suatu tggjwb yang wajib di tunaikan dengan sempurna lebih2 lagi sebuah organisasi yang memerlukan tindakan yang pantas dan bijak dalam caturannya...Insyallah. moga Allah berikan kita kekuatan ..dalam hati tidak pernah lupa tentang sesiapa teman,kawan dan sahabat..Insyallah..

redzuwan said...

wan mana pegi ni..xde kaba biter

Efa said...

nice blog.. ;)

Raja Azrul said...

salam dayat...

aku setuju dengan apa yang kau tulis, dan aku faham sangat. Aku faham kenapa kau tak boleh join dan aku x kisah, kerana kau memang berada jauh di borneo.

Tapi aku ajak juga atas alasan kau adalah member, walaupun aku tahu jawapan kau akan "TIDAK". hehehe...

benar, aku setuju. Situasi hari ini sudah berubah semangat kekitaan tak macam dulu lagi. Biar apa orang nak kata, aku akan tetapkan juga keluarga sebagai utama. Walaupun ketika aku bersama-sama dengan kawan sekalipun.

memang tak dinafikan, kita sudah kenal kawan bertahun-tahun..tapi kita lebih kenal keluarga kerana keluarga lah menjadikan kita pada hari ini.

Apa-apapun, persahabatan jangan dicemari..dan jangan emosi..!!

bye...(kalau datang semenanjung, mesej2 lah aku)

dD said...

kenangan lalu tu memang indah...
specially sweet memories...compared to bad...but bad memories tu kita leh wat pengajaran....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...