This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Tuesday, 16 September 2008

Cerita Ramadhan Di Laut Siri 3

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Alhamdulillah...syukur kepadaMu Ya Allah dengan limpah dan kurniaMu, kami semua masih lagi dapat menjalankan ibadat puasa di bulan Ramadhan ini dan dalam tidak sedar, kita semua sudah pun melimpasi pertengahan Ramadhan, tahniah buat semua. Semoga kita semua bisa sahaja menyelesaikan tanggungjawab dan amanah ini sehingga ke pengakhirannya. Amin Ya Rabbal Alamin....

Image Hosting by PictureTrail.com

Hari ini hari ke-16 aku berpuasa di Energy Miner. Terus terang aku katakan, dalam tempoh ini, aku tidak mahu lagi memikirkan tentang Syawal mendatang dan apa jua yang berkaitan dengan 'Hari Raya Puasa', aku perlu belajar erti pasrah dan redha. Barangkali itu yang lebih baik. Sekali pun ada harapan, cukuplah sekadar untuk memujuk diri. Tidak mudah untuk aku menerima keadaan di kapal ketika ini. Empat hari lepas, kami baru sahaja menyelesakan tugasan di Alpha, PL233 WLP-A Riser Removal 100% Completed dan kemudian kami semua berlayar ke Tukau untuk memberi bantuan kepada CorroShield memindahkan peralatan mereka dari Tukau-Jaket Hotel ke Tukau Bravo sementara kami menanti dokumen untuk pembentangan SISO bagi tugasan terakhir di Carlie PL266 berlangsung. Dua hari kami memberi peluang kepada Energy Miner untuk bantuan tersebut dan dalam tempoh bantuan tersebut juga kami diuji tugasan 'ad hoc' untuk kesekian kalinya. Pipeline is suspected leak at TKP-A!!!, Argggggghhhhhh, cukuplah semalam sahaja aku berada di TKP-A dari jam dua petang sehingga ke waktu berbuka terus di paltform, berdiskusi, ber'tele-conference' dengan menagement di darat berkenaan dengan masalah nasional ini dan menyelesaikan masalah anchor pattern. Aku sendiri tidak pasti berapa lama lagi aku akan berada di kapal ini. Terasa seperti aku ingin menarik balik semua perancangan sepertimana yang sudah tergambar dalam entry sebelum ini.

Sabar?, sebab aku sabarlah maka aku masih lagi di Energy Miner. Hari ini aku berani berkata, kalau diri tidak sekuat mana, jangan lah bermimpi untuk bekerja di laut. Laut dan kapal bukan tempat yang sesuai bagi mereka yang lemah dan cepat putus asa. Itu adalah pesanan ikhlas aku. Terlalu banyak perkara yang kita tidak sangka dan duga boleh berlaku di sini. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Dalam situasi sekarang ini pun, aku masih mahu lakukan yang terbaik. Inilah aku. Aku tahu aku penat, terlalu penat dan letih, fizikal, emosi dan akal tapi aku tidak suka orang melihat sebagai seorang yang lemah. Justeru itu, sehingga hari ini aku belum gagal untuk lakukan yang terbaik. Seperti dua hari lepas...ada cerita menarik berlaku di darat, tidak semua orang mampu dan sanggup lakukan apa yang telah aku lakukan, biarlah orang kata aku gila, aku lebih tahu tahu apa yang lakukan. Seperti yang aku katakan sebelum ini, setiap perkara yang berlaku adalah berpunca dan bersebab.

Image Hosting by PictureTrail.com

Sebenarnya, aku sendiri berada dalam keadaan serba salah dengan diri sendiri. Setiap perancangan yang telah aku lakukan. Masihkan ada harapan untuk semua itu???. Abah dan umi serta ahli keluarga, jika kalian semua membaca entry kali ini, Ed barharap agar kalian semua dapat terus berdoa ke hadrat Illahi semoga Syawal nanti akan menemukan kita semua. Jika tiada rezeki di Syawal ini, Ed yakin pasti ada hari lain untuk kita berkumpul dan berjumpa. Jangan bersedih sebab Ed di sini berusaha dan belajar untuk tidak bersedih. Segalanya masih kemungkinan. Manusia merancang, Allah juga yang akan menentukan. Jika kalian di luar sana bersedih dengan keadaan hari ini, kecewa dangan keputusan yang diketahui, bosan kerana bersendiri, sesekali cuba fikirkan mereka yang lebih lagi berada dalam situasi ini. Tepuk dada tanyalah iman. Tiba-tiba aku terhidu akan perkara yang masih juga tidak selesai, tidak seperti yang diceritakan dan digambarkan, apakah itu?. Jangan sehingga semua orang sakit sudahlah. Jika aku bernekad, keadaannya seperti aku akan melunaskan nazar.....

Baiklah teman-teman, aku perlu sudahkan entry ini. Aku perlu pastikan semua krew kapal faham dan mengerti kenapa kita semua masih di 'daerah ini'. Masih banyak tugasan dan amanah yang tergalas di pundak budak muda ini. Selagi dia berada di Energy Miner, dia anggap itu semua pengalaman yang jarang ada pada budak seusianya dan persoalannya sekarang...perlukah dan patutkah dia berbangga dengan keadaan diri yang dia miliki hari ini...kerana pernah dikeji dan dicaci. Dia semakin tidak peduli!!!


Selamat Meneruskan Ibadat Puasa di bulan Ramadhan Untuk Semua Muslimin dan Muslimat.

17 comments:

law said...

hai..abg dayat..first sya ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yang indah ini walaupun dh lmbt..second ingin sya katakan bersabar jer la..segala pe yg berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya..sya pn taw keja di kapal sgt susah itu sb knpa dlu sya xtruskan impian sya dgn keja dgn MISC pda awalnya..sbar je la...

law said...

lupe plk nk gtau..blog sya dulu dh delete..blog baru pn dah lama ada..so free to jenguk2 la ye..
http://jasonlaw87.blogspot.com

jumapx said...

dimana kita berada bukan menjadi persoalan untuk hidup ini...
samada di daratan ataupun lautan...
ataupun di atas gunung sekalipun...

yang paling utama...adakah kita akan sentiasa mengingatiNYA tatkala kita berada di pelusuk buminya...

begitu juga perancangan...jika ikhlas perancangan kita itu maka senanglah jalan yang di beri...

dan sentiasalah berdoa...agar syawal akan menemukan kita pada insan2 yang kita sayangi...


motif..tetiba jadi baik he3


salam ramadhan~

JaseMario said...

Hidayat... Jangan putus asa...Jangan berhenti berharap... Inikan cabaran untuk insan-insan terpilih. Ingat yang baik-baik saja ya !!! Semoga kebaikan akan muncul dihujung segala kepahitan. Bro Jase tahu Hidayat boleh !!!

Rush Murad said...

monotonous..... :D

jangan sedih2, tak lama lagi boleh turun darat... boleh pi shopping sakan....jumpa famili n insan tersayang segala.... tapi kalau kena kerja atas kapal juga masa raya... apa salahnya... anggap saja satu pengalaman baru...

.::c!kzUrA::. said...

salam...

sabar yea e.d..
everthing will b ok..insyaallah..

wah, 24th ni da nk blik kuantan..msti hepi sgt2 kan?
njoy ur holiday ed... :D

WanHidayat said...

Law: Laaaa...patut pun...anyway Law, thanks a lot for the wish...yes, i will change ur url...study rerajin ek...




Jumapx: Yesss dik....tempat bukan persoklannya....yang lebih penting adalah diri kita....kat mana sekalipun kita, ujian tetap ada, adakah kita cukup kuat dan tabah untuk semua ujian tersebut???...tepuk dada tanyalah iman....




Jasemario: Thanks bro...terima kasih atas kata2 yang begitu menyenangkan...insyaAllah...sy sentiasa yakin dengan DIA....

WanHidayat said...

Rush: Thanks abg atas segalanya...comment yang begitu memotivasikan sy....tak lah sedih tapi agak kecewa sikit sbb dah terlanjur merancang....insyaAllah harapan itu masih ada....sama2 lah kita berdoa...




CikZura: Thanks Zura...thanks a lot...harap2lah dapat balik 24hb nih....

artisticklytouch said...

samalah kita...weols raya-4 baru leh cuti...

Y u Z z 9071 said...

uhuk uhuk...sedih je baca...

ada hikmah.............apa saja yang di takdirkan...

ed tabah orgnya....wahh cam sesi memujuk hati jer nih..

axim said...

AKU TAHU KAU TABAH!!

CHEERS BRO!!

patungcendana said...

hello..braveheart...cepat la datang kuantan...nsamsudin

faridmw said...

salam... semoga kita banyakkan berdoa dibulan ini...

Neeza Shahril said...

Salam Dayat..

tak balik raya ke? Doa dan terus doa.. semoga semuanya settle..
dapat balik raya nanti..

sedih pulak akak baca entry kalii..

Raja Azrul said...

adoi panjangnya entry ko nie...

takpelah..apa2pun selamat berpuasa..sori aku tak sempat nak baca betul2...

juz nak wish u selamat hari raya aidilfitri..

ko balik tak? duit raya tahu..

david santos said...

Great!!!
Congratulations!!!
Terima Kasih.

nebes said...

kije @ laut mmg menguji kesabaran btol kan. tak sangke penah jumpe rupenyer. hehe. i was @ tkp-a masa tele-conference ngan management tuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...