This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Friday, 12 September 2008

Cerita Ramadhan Di Laut Siri 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Hari ke-12 seluruh ummat Islam seantero dunia menunaikan fardu ain rukun Islam ketiga, berpuasa di bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan dan keistimewaan. Syukur alhamdulillah atas kesempatan ini Ya Allah. Semoga kesempatan ini terus dihadiahkan untuk tahun-tahun mendatang.

Mukhaddimahnya, aku masih lagi di Energy Miner di West Lutong field, membilang hari untuk menjejak darat yang dirindui, melunaskan segala laporan sebelum pulang bercuti, cuti yang agak panjang barang kali setelah sekian lama tidak berehat daripada memikirkan soal kerja dan masa depan yang belum tahu keadaannya. Sejak empat hari ini, rajin pula aku ke galley untuk menyediakan makanan berbuka puasa. Mengikut selera anak tekak aku dari timur ini dan kebetulannya krew yang berpuasa di atas Energy Miner ini rata-ratanya dari semenanjung. Bermula dengan masakan Mee Bandung Kampung Awah, berjangkit pula kepada Laksam Terengganu, rajin pula menyediakan Meehoon Rebus berkuahkan masak Lodeh selera Pantai Timur dan berbuka pula tadi dengan Cucur Udang bercicahkan Sambal Kacang. Pertama kali aku memasak sambal kacang dan cubaan ini tidak gagal malah mengejutkan pakcik-pakcik ketika berbuka puasa tadi. Terima kasih Umi atas resepi masakan untuk beberapa hari ini. Umi menghantar sms..."Inilah anak Umi, I could get rest later and let you cook semua masakan menjelang Syawal nanti". Tengoklah Umi...kalau lah Ed rajin, Kak Long kan ada.....

Image Hosting by PictureTrail.com
MHXXXX 24th September 2008

Seminggu ini, aku sering tidur lewat. Laporan harian tidak lagi dibuat selepas bersahur tetapi dibuat setiap malam selepas berterawih dan berbual dengan krew di kapal. Perlu disediakan dengan teliti supaya tiada pembetulan yang perlu dilakukan. Buat kerja hanya sekali dan inilah cara aku. Memudahkan dan melancarkan rutin keesokkan harinya. Hari ini, aku terus tersenyum bila kerani aku di darat mengkhabarkan tiket penerbangan aku dari Miri ke KLIA dan KLIA ke Kuantan 24hb September 2008 sudah pun diluluskan dan CONFIRMED. Makin berbungalah hati ini. Kurang sudah satu kerja bila aku pulang ke darat nanti. Jutaan terima kasih juga kepada Tepak Sireh atas pertolongan dan kesudian beliau menempahkan sepasang baju melayu untuk aku dan abah di Brunei tempoh hari. Tidak lupa juga atas tempahan 10 biji Kek Lapis Sarawak yang bakal dibawa pulang 24hb ini dan 10 jenis biskut raya dari Johor tahun ini. Kurang lagi beberapa kerja bila pulang ke darat nanti. Syukur alhamdulillah.....

Image Hosting by PictureTrail.com
AKXXX November 2008

Semalam juga, buat kali kedua aku menerima sms daripada AirAsia berkenaan dengan pembatalan penerbangan ke XXXX November ini. Pada kali pertama aku menerima sms tersebut beberapa hari lepas, aku hanya membuat endah tidak endah, namun berbeza pula semalam. Terus sahaja aku menghubungi pihak AirAsia untuk proses 'money refund' walaupun sebelum ini telah beberapa kali aku mencubanya, seperti biasalah, untuk panggilan kita sampai kepada operator bernyawa, kadang-kadang memakan masa lebih daripada 30 minit. Bertuah aku hari ini, dalam tempoh 10 minit, panggilan aku terus di layan oleh seorang wanita yang bersuara lunak. Akhirnya, selesai juga urusan aku bersama AirAsia. Katanya dalam tempoh 30 hari bekerja, wang anda akan dikembalikan mengikut cara pembayaran yang telah anda lakukan ketika membeli tiket. Mujur juga kerana aku telah membeli semula tiket untuk lokasi percutian yang sama bagi menggantikan kes pembatalan perjalanan dan yang membezakan hanyalah 'flight routing'. Tidak mengapa, asalkan tujuan dan destinasi masih serupa. Buat masa ini, aku sudah pun mempunyai dua itenary untuk dua destinasi. Barang kali akan bertambah menjelang penghujung tahun ini. Mudah-mudahan.....

Semalam juga, aku menerima sms daripada Maxis yang meminta aku untuk memeriksa bil penggunaan telefon bimbit bulan lalu. Bil bulan lalu baru sahaja diupdate kata sms dari Maxis tersebut. Terus aku ke laman Maxis untuk melihat jumlah yang perlu dibayar bulan ini. -RM299, maksudnya tidak perlu mambayar lagilah tetapi itu bukanlah sifat aku. Berada di kapal ini, telefon aku sudah menjadi 'public phone'. Ada sahaja yang meminta untuk membuat panggilan itu dan ini. Jesteru aku selalunya akan membuat pembayaran lebih untuk setiap bulan. Tidak mengapalah, balik darat nanti, sudah tiba masa untuk aku 'claim' bil untuk empat bulan berada di kapal.

Image Hosting by PictureTrail.com
East Coast Mall, Kuantan

Semalam juga, sementara menanti 'diver' menghabiskan tempoh 'water stop' dalam 'diving cage', aku sempat ke ofis berbual panjang dengan Kak Long sambil mata asyik melihat East Coast Mall Kuantan. Setibanya aku di Kuantan nanti, sudah pasti ada agenda membeli belah di situ bersama keluarga tersayang. Kuantan berubah wajah!!!. Janji Kak Long untuk menjemput aku di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan kelak dan perancangan aku, biar seluruh ahli keluarga turun kerana aku ingin membawa mereka semua berbuka puasa di Teratak Sri Nara Tanjung Lumpur atau setidaknya di Plaza Gambut atau Merdeka Station. Bermalam semalaman di MS Garden bersama keluarga dan keesokkan harinya terus pulang ke Jerantut. 27hb menanti dan ada lagi cerita lain.....

Betemu lagi dalam siri selanjutnya.....Selamat Berpuasa semua.....

30 comments:

FINAL SOLUTION said...

Slamat Berpose abg dayat...

Khaliff Faid said...

Jgn lupa singgah ke KL bawa kuih raya untuk kita semua kat sini. Lebih-lebih lagi kek lapis Sarawak tu. Hehehe!
Mgkn raya tahun ni Cliff mungkin balik Ipoh or Kemaman kat umah member.
Balik utk beberapa hari je.

Rush Murad said...

Wan, banyak perancangan sudah.... rasa macam nak join jer berbuka puasa kat Teratak Sri Nara tuuu... gunakan waktu yg ada tu secara berkualiti ekkk... i'm sure ur family will be very happy to see u home.... and me too :D

azwan bamadhaj said...

I'LL B WAITING ......

rizal abdullah said...

ramai member kat kuantan ni menunggu kalu tahu.....

jumapx said...

mcm manala agaknya brpose kat atas laut ek..hu3

ehmmm...
east cost mall tue best abg dayat,...

tapi sy xpernah pg lg pun...
wlpun ada kat kuantan nie...hu3

slalu g megamall je...xde hati pun nak tergerak g ECM tue...he3

ha...nak tanya...abg dayat kat on9 internet kat ne?

ada internet ke kat ats laut tue...ha3



salam ramadhan...

Luaq Ezplanade said...

salam

Happy to hear that ur nak balik dah ke Miri nie and sambut raya with ur family....take care.

nabilah said...

salam,

1st time k.mai nak komen kat sini walaupun kadang2 singgah jugak. tengok-tengok sebelum ni a.fisol yg komen oklah wakil keluarga..

selamat berpuasa dan bercuti jugak. eloklah dah buat perancangan awal lagipun bukan selalu boleh bercuti panjang..

baiklah, bila lagi nak ke utara pulak, mai la..

-kak mai-

WanHidayat said...

Hafify: Selamat berpose jugak dik...jaga diri baik2...




Khaliff: Kuih raya...nak ek...nnti ucu post ek...hehehe....ok lah ade gak teman untuk tumpang beraya...biasalah tu bila kita bekerja jauh dari tempat asal kita...ade hikmah semuanya....




Rush: U most welcome abg...meh lah join sy....antara tempat yang paling best, sedap kat kuantan...seafood semuanya....tepi laut....tepi jambatan....highway nak ke JB gak....

WanHidayat said...

Azwan: Tunggguuuuu.....ahahahaha...aku nak ahu sume crita pasal ko nih...




Jumapx: Yea ke???..nape plak tak pernah pi sana...boleh plak jadi mcm tuh....kat kapal nih ade internet...abg guna broadband sendiri....hehehehe...




Kerull: Hehehe...alhamdulillah...akhirnya....

WanHidayat said...

Rizal: Hah???....mcm putera raja pulang ke istana hinggap lah pulak....




KakMai: Thanks kak mai for visiting me....bila lah sy dapat jumpe kak mai sekeluarga nih....insyaAllah suatu hari nnti....

faridmw said...

salam.. selamat berpuasa.. moga kita diberkati selalu dgn ibadah yang kita lakukan

FendyHekka said...

makaih ko nk balik mcm ala2 Amerika syarikat nk serang malaysia gamatnyer. bawak hajat besar ke balik nnt? ha3. slmt berposer cik dayat...

Ad Rifza said...

Salam Ramadhan ke 13...Moga kita dapat menunaikan ibadah ini sehingga ke akhirnya..Teruskan perjuangan hidup dengan kerja baik2..Moga semua yg kita lakukan diberkati olehNYA...Insyallah..

patungcendana said...

x pe dayat...itu semua cabaran...akan membuat kita matang..you try la pulak berpuasa kat UK...masa summer n winter...huhuhu...sgt mencabar...sama la macam you puasa kat laut...

artisticklytouch said...

ada ek, KLIA-Kuantan he he sekarang perancangan travelling aku juga sudah perlu dimasukkan kuantan dan kemaman ha ha

agak-agak sampai KT x?

^aNgRiAni^ said...

Salam wan...biler nengok gambar AA...teringat gak pengalaman pahit dgn dorang...

anyway, selamat berbuka... :D

Neeza Shahril said...

Salam Dayat...

akak tabik spring lah dengan adik sorang ni. Masak sendiri untuk krew2 ye. Wah wah.. boleh la jadi calon menantu. Tapi akak takde anak besar la.. adik pun dah kawin lama dah hehee..
sedap semua menu yang Dayat masak tu.. mee bandung tu.. mana dapat bahan2? ada semua ke kat atas kapal tu?

Ooo.. balik 24 Sept ye.. akak balik 29 Sept. Tapi raya di Banting. Raya ke 2 akan ke pantai timur (setiu). Adik akak kawin orang sana. Then sambut menantu 11 oct di kemaman. Jemputlah kerumah ya :)

Anonymous said...

bestnyer balik kampung, byk dah plan kitak. ermm..sik dapat la beraya ngn kitak this year... :(

zackzara said...

Salam Wan :)

Alhamdulillah..dapat juga Wan balik beraya setelah lamaaaa gile onboard! Tapi...before balik..plan berbuka puasa dgn TheWengs jadi ke? *pandang Rush*

Apa2pun, moga selamat la hendaknye di sana ye. Salam pertengahan Ramadhan & take care!

JHaZKiTaRo said...

salam ziarah dari bumi Dublin.. jemput2lah ke blog hamba.. :)

Y u Z z 9071 said...

wah...mesti sedap kek lapis tu...

semoga bergembira bersama keluarga nanti di hari raya nanti tau...isk isk..kita sedih sket...dayat tau kann

jgn lupa..duit raya utk akak..haha..

rhymee azrie said...

Salam Wan,

Hari ni berbuka aper pulak di sana?

JaseMario said...

Hidayat... Bestkan bila dah confirm dapat balik beraya bersama keluarga, mesti dok asyik menghitung hari tuu... Rindu semakin membara dan kasih sayang semakin menyala. Doa bro semoga semua perancangan berjalan lancar... insyaAllah.

DBI said...

selamat balik wan.

kira kira nya balik KT tak??.

Along Abdul Karim said...

salam Wan.. macam2 perasaan ade waktu baca entry Wan kali nie. Gembira sebab Wan akan balik beraya ke kampung bersama keluarga..
Sayu sebab bila Wan bercerita teringat kat emak, ayah & adik2 sendiri..
Insyaallah berkesempatan berbuka puasa bersama sebelum Wan balik ke Kuantan :)

ErryOs said...

Salam ucu... wah, famous blog... but i guess u'll get this message, somehow, hehee...

btw, juz gimme a call (since bill u owes -ve... hehee) if u happen to be in kuching... kat airport KIA pun ok gak since i live nearby...

and u still using "ucu"? wow, that's nice, really nice.

WanHidayat said...

Faridmw: Thanks bro...elamat berpuasa juga untuk anda, moga2 urusan ibadah kita diterimanya....




fendyhekka: Yo yo jeak ko nih...takde lah mcm pulang dr AS...Malaysia juga pung...anyway thanks for the wish...




Adrifza: Thanks bro...thanks a lot!!!

Kadrieana Zahiera Yasin said...

miss u so much my friends

Faisal Admar said...

jom ke venice wan! next year dec keke.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...