This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Monday, 11 August 2008

Once In A Blue Moon

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....


Dalam pada mereka sedang tenang dan senang beristirehat di hujung minggu, sedang ketawa bersama teman sambil menjamu selera, sedang kusyuk menonton wayang dan bermain bowling, sedang lena di buai mimpi indah dalam pembaringan yang selesa, sedang asyik dan khayal mendengar lagu di radio dan menonton televisyen...ada juga di antara mereka yang sedang berhempas pulas bekerja, mengerah tulang empat kerat...bekerja atas dasar amanah, tanggungjawab, tiada pilihan, paksaan, pengalaman dan.....

Heboh...kecoh...bergegar satu Malaysia apabila mata masyarakat tertumpu pada isu hangat terkini di Miri, isu yang telah memberi impak kepada seluruh industri gas dan minyak di Malaysia, panas di SKO dan hangat pula di KLCC bilamana Jabatan Alam Sekitar Miri menyebarkan berita kepada pihak media dan disampaikan pula kepada umum (NST,BH,UM,TBP) bahawa 500 meter pesisiran pantai ke tengah laut dari MCOT sehingga ke Miri Airstrip dicemari dan dilimpahi cecair hitam minyak...daripada mana datangnya dan daripada mana puncanya...itu masih suatu persoalan.

***************************************************************

Image Hosting by PictureTrail.com

Sebaik pertukaran shift pada 5hb Ogos 2008 lalu, aku terus mengaktifkan mode standby sambil menegmaskini laporan harian sambil juga mendengar suara-suara krew malam berkomunikasi antara saru sama lain, tiba-tiba aktiviti flushing ke atas PL233 dari WLP-A ke MCOT diberhentikan. Pressure is now dropped from 5 barg to 0.2 barg. Ketiga-tiga injection valves ditutup begitu juga dengan pumps, secara perlahan-lahan diberhentikan. Aku terus meminta krew malam menghantar pressure chart ke Energy Miner untuk melihat keadaan pressure sepanjang aktiviti flushing berlangsung. Aku hanya melihat dan ketika itu aku sendiri buntu memikirkan keadaan dan punca pressure tersebut boleh turun secara mendadak. Keesokan harinya, telefon bimbit aku tidak putus-putus menerima panggilan daripada client, jabatan itu dan ini. Aku disoal siasat berdasarkan pressure chart yang telah aku hantar bersama incident report seawal aku bangkit pada 7hb Ogos 2008. Daripada Pipeline Maintenance Department SKO, Emergency Control Center SKO, MCOT Terminal, Platforms dan juga managers syarikat aku bekerja. Aku tenang sahaja menjawab setiap soalan dan keraguan yang dikemukakan. Aku menjelaskan dengan teliti pressure chart berdasarkan kapasiti pengalaman dan pengetahuan yang aku miliki. Pelbagai teori telah dikemukan dari pelbagai jabatan yang terlibat. Aku turut mempunyai teori tersendiri. Lewat jam 2 petang pada hari itu, aku telah diarahkan untuk membawa divers dan basic scuba equipment ke koordinat yang telah diberi. Koordinatnya lebih kurang 700 meter daripada pesisir pantai. Kami ke lokasi bersama Borcos Firdaus 3 dan setibanya di sana aku perlu memanggil Ever Glory, sebuah speed boat untuk membawa kami semua lebih dekat dengan tempat yang telah dikenal pasti ada kebocoran paip di dasarnya. PL233 berusia 38 tahun...namun kami semua tidak boleh meletakkan kesimpulan akhir bahawa paip tersebut yang telah bocor. Segalanya masih berkemungkinan.....

Image Hosting by PictureTrail.com

Sesampai kami di lokasi, pada jarak penglihatan 700 meter, aku dapat melihat begitu ramai manusia yang sedang berada di tepi pantai, dengan 5 buah kanopi besar bewarna putih. Barangkali mereka yang lalu lalang di situ turut ingin mengetahui apa yang sedang berlaku. Maka benarlah seperti apa yang telah diberitakan, keadaan laut sungguh menyedihkan ketika itu, penuh dengan minyak hitam pekat di permukaannya dengan bau gas hasil pemeruwapan minyak yang terapung. Aku sendiri berasa sungguh tidak selesa, rasa pening dan loya. Beberapa krew yang turut serta bersama aku sudah ada yang muntah. Kami semua tidak dapat meneruskan aktiviti scuba untuk menyiasat keadaan di bawah sana. Keadaan tidak mengizinkan tambahan pula hari semakin gelap. Kami perlu kembali ke Energy Miner di West Lutong. Teman-teman, aku tidak dapat menceritakan situasi yang berlaku ini secara terperinci, aku perlu metelakkan limitasi kerana situasi ini melibatkan pelbagai pihak. Aku tidak mahu, penulisan aku ini dijadikan sebagai bahan dan dimanipulasikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Harap difahami.....

Image Hosting by PictureTrail.com

Hari ini 11hb Ogos 2008, sudah 6 hari aku terlibat secara langsung dengan Emergency Response Team SKO untuk menyiasat kebocoran paip. Sesungguhnya aku semakin sibuk, setiap hari aku perlu bagun awal, seawal jam 5 pagi, terus bersedia di boat landing, menanti Borcos Firdaus 3 mengambil kami dan membawa kami ke oil spill area, terus ke Bondex Jaya 5, sesekali bersama Bima Lima untuk pulang ke Energy Miner, sesekali berada di atas Ever Glory untuk meninjau keadaan sekeliling pantai dan laut, memerhatikan OSC team memasang Ocean Boom dan Absorbent Boom bagi membendung minyak agar tidak terus merebak, beberapa boat nelayan turut bekerjasama dengan kami, dan beberapa ketika, helikopter terus membuat tinjauan daripada udara. Pulang ke Energy Miner lewat 7 petang setiap hari, berkumpul bersama seluruh krew Energy Miner untuk update harian dan aktiviti keesokan harinya.....ianya sudah menjadi rutin. Rutin kami warga Energy Miner. Keadaan seakan semakin reda, aku perlu bertugas di control center Energy Miner untuk aktiviti flushing dan pigging. Sekurang-kurangnya, aku dapat juga mencuri masa bila berada di atas Energy Miner ini. Dalam kesibukan ketika ini, aku tidak putus berdoa agar kami semua dapat pulang ke darat sebelum menjelang puasa.

Image Hosting by PictureTrail.com

Menahan lidah untuk tidak bicara soal penat dan lelah kerana itu bukan suatu motivasi, sesekali melawan fitrah dalam rutin maka kita tetap akan kalah, malam tetap malam dan siang juga begitu, mencari dan mencuri masa untuk mata bertentang walau dalam sempit masa, bergantung harap dengan kesediaan dan kesungguhan, berdoa di penghujung waktu moga-moga terus ketemu, janganlah mencari cerita untuk tubuh kecut, untuk hati ragu, untuk akal diganggu, jangan juga mempamer cerita untuk kita semua tahu ia adalah palsu, kalau tertangkap, hati lesu, jiwa tidak menentu maka pengakhiran yang tertemu....


Koordinat: Dalam winch control, standby channel 22, 14 dan 2 untuk operasi terkini, malam-malam begini keadaannya semakin perlahan dan lahirlah entry ini, 0000hrs tugasan selesai....

Yang Sepatutnya: Aku perlu menjawab dua tag, tag dari Kak Neeza dan Kerull, harap kalian berdua dapat bersabar.....tag kalian akan dijawab nanti.....

Gelegak: Baru selesai bersembang dengan Umi, sedapnya.....umi buat pulut durian makan reramai dengan jiran tertangga, katanya..."Ed, meh lah makan sama-sama".

Pilihan Lagu: KASIH nyanyian Hetty Koes Endang, semoga lagu ini akan mengeratkan lagi ukhwah antara 'kita'.....

15 comments:

Rush Murad said...
This comment has been removed by the author.
Rush Murad said...

bertuah sungguh jadi Wan Hidayat nih, dapat exposure yang besar2 macam ni.... diberi kepercayaan... tahniah!!! detail sungguh cerita, bagus... orang yg tak tau kerja u ni dapat juga info dan ilmu.... :D

sempat snorkeling ker? jernih jugak air di laut Miri ni ekkk... ada 'dugong' tak? :O

tak lama lagik dah nak balik darat... pray for the best... gangguan2 dan tarikan2 di darat ni tak seberapa lerrrr... indah kabar dari rupa... apapun, lepas selesai projek ni... u cuti ler panjang2, leh golek2, leh buat macam2 ekkk... :)

shazwani adnan said...

salam.

header sudah tukarkah? kelihatan sudah tidak ada lagi fotonya. hehe.. apa pun yang terjadi, tabahkan hati tingkatkan prestasi. kita semua masih terikat atas dasar ukhwah.

Neeza Shahril said...

besar sungguh tanggungjawab di situ ya. Dalam usia semuda itu, Dayat pegang amanah besar yang menentukan nasib ramai orang..
tabahkan hati Dayat.. sesungguhnya rahmat Allah pasti tiba jua tak lama lagi..

nampaknya mungkin tertangguh lagi cuti. Diharap segeralah kerja Dayat selesai.. Insyaallah..

Tag akak tu tak sepenting kesihatan Dayat disitu. Jaga diri dik.. jaga makan minum dan kesihatan.
Semoga Dayat ceria selalu :)

.::c!kzUrA::. said...

salam e.d...
jg diri kt sane ek...
smoga e.d trus tabah.. :)

nk blaja bhase negri ek?
meh zura ajar meh..tp zura pon tak bape nk fasih..hehe

take k e.d...

Mak Su said...

menahan lidah...yezza

Y u Z z 9071 said...

best nye tengok gmbr masa dalam laut tu..

hijo je air...

eee takut kena gigit shark...

tulun tulun...hehe

Anonymous said...

wah3..sempat juak ktk org berendam dlm aek ya..hihihi....bila balit?-iera-

WanHidayat said...

Rush: Rezeki yang Allah bagi abg...semoga apa yang sy lalui di kapal ini akan lebih mematangkan saya...snorkeling???, takdelah, free dive and free swimming jeak...terima kasih atas dorongan abg sehingga detik ini....sy mahu pulang :(




Shazwani: Salam kembali...yup, header dah bertukar...kita tetap bersaudara...




KakNeeza: Thanks akak...bertuah sungguh dapat akak spt akak...insyaAllah, kesihatan sy tetap jaga walau dalam kesibukan ini...semoga sy dapat balik cuti cepat...




CikZura: Terima kasih cik zura...insyaAllah, sy akan jaga diri dengan baik...boleh gak klu cik zura nak ajar...stakat nih sy dah kuasi pelbagai dialek melayu dengan baik...tak susah, hehehehe.....




Maksu: Menahan lidah???...apa maksud tu maksu...




Yuzz9071: Hishhhh....mana ada shrk akak, kalau ada manalah sy nak turun....pergi tempat yg bersih, mmg boleh mandi...




Eira: Yalah...panas waktu ya...mun sikda helikopter hari ya, konpem kamek sik nait boat ya...sik taouk kamek bila boleh balit, ktak tanya lah abg din....

Zoulkieflie said...

i suka giler lagu tuh..even dayang penah bawa lagu tu dan walaupun i fanatik kat dayang,but i still suka hetty yang nyanyi..touching..:)

nsamsudin said...

Raja tu propa je...kalau I nak kahwin...sure I inform u nya...

artisticklytouch said...

menarik entry ni tapi part wording yang kaler-maler tuh susah sikit nak membayangkan...macam mana kebocoran minyak yang dah beratus kilometer tu nak dibersihkan?

CikguZue said...

salam,
nak bagi tag jugak...sila jawablah yea...jika ada masa.

WanHidayat said...

Zoul: Hahahah...i dengar jeak....sume nyanyi besh...kannnn....wasssup???




Mdm. Mala: Hahahah...yea ke.....tu lah pasal...terkejut gak sy klu mdm nak kawen....mesti sy org pertama yang mdm bagi tahu kan....

WanHidayat said...

EncikSeni: Hahahaha.....adalah kaedahnya tuh.....nnti tunggu pulau kat sana dilimpahi minyak then....kami datang pasang segala jenis boom kat sana...apa macam???? ok tak???




CikguZue: Arghhhh....mmg musim menge'TAG' nih....takpe2....sy jawab serentak semuanya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...