This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Tuesday, 5 August 2008

Adakah Aku Mengeluh???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Seawal jam 10 malam (4th August 2008), aku sudah mengalami rasa mengantuk yang teramat sangat. Seharian bekerja, bangun seawal jam 5.30 pagi setiap hari untuk mengepalai 'toolbox meeting', suatu rutin harian kepada mereka yang bekerja di industri gas dan minyak apatah lagi aku kini sedang berada dalam projek di sekitar platform di Miri. Aku mengetuai shift di sebelah siang namun demi memastikan segalanya berada dalam keadaan seperti yang dikehendaki, aku seawalnya mengubah 'mode' diri dalam keadaan 'standby' walaupun shift aku telah berakhir lewat jam 7 petang setiap hari.

Jam 11 malam, aku masih di vessel deck, menarik 'suction hose' berdiameter 6 inch yang telah di unjurkan sedalam 2 meter ke laut. Aku perlu membantu krew malam yang hanya bertiga di deck sejak pertukaran shift tadi. Mana kami mampu...beratnya hanya kami sahaja yang tahu. Kami manusia biasa, kudrat seorang manusia ciptaanNYA. Semuanya bermula apabila aku kurang berpuas hati dengan 'flowrate' yang kami capai sepanjang malam ini. Aku kembali bercoverall, lengkap dengan PPE dan memberi arahan kepada 3 krew yang berada di deck ketika itu. Kemudian membuka 'filling dan pressure packing''flowmeter' berdiameter 6 inch untuk memastikan tiada sebarang masalah pada 'turbine'nya. Tiada masalah pada suction hose dan flometer. Lelah juga aku berfikir, apakah punca kami tidak mencapai 'flowrate' yang dikehendaki...berdoa, berzikir, dan terus berfikir.....aku yakin 'method' seawal 'pumps' yang hendak diguna pakai dihidupkan, barang kali tidak cukup sempurna caranya.

" Let's try once again, trust me...I believe, we will get sufficient flowrate to fill and pack the line".

Kata aku dengan yakin pada 3 krew tersebut. Pump dihidupkan, 'valves' dibuka sementara aku terus memberi arahan beberapa krew yang berada di platform untuk terus berjaga-jaga dengan langkah permulaan yang kedua ini. Semua menanti.....aku sendiri mengambil bacaan...setelah seminit mengambil bacaan, Alhamdulillah, segalanya kembali seperti yang dikendaki...lewat 45 minit berlalu...operasi perlu diberhentikan bagi memberi laluan kepada krew aku di darat meninjau keadaan 'recieving'...sementara itu, aku terus ke pejabat, menggunakan alternatif kedua untuk berkomunikasi dengan krew di darat.

"Ok boss, we have to hold the pressure until first day light, day shift will take over the task as the venting will involve Four Bs Line"

Junior aku dari darat memberi update. Aku menarik nafas panjang...masa untuk aku solat isyak sekarang...lewat juga hari ini aku mengadapNYA untuk menutup ibadah. Seketika aku mendiamkan diri di atas sejadah sambil berfikir dan berdoa...kenapa aku di sini?, syukurku ya Allah...atas kekuatan, kesabaran dan peluang ini.....

Semalam pula, aku berbual lama dengan teman rapat yang juga merupakan senior aku sewaktu kami masih belajar diperingkat ijazah. Bertanyakan khabar berita...keadaan diri dan juga kerjaya. Dia cukup kenal dengan aku, kenal juga dengan keluarga aku dan segalanya tentang aku.

"Dayat, kau tak bosan ke kerja macam tu, you seem have no life at all, no entertainment, no games, eeeiii...macam mana kau boleh tahan kerja macam tue?. Kau tak sayang waktu muda kau, kau tengok orang lain, waktu muda macam ni lah nak bergembira semaksima mungkin".

Aku hanya terdiam, berfikir seketika..."Inilah pilihan aku Mie, aku susah dan kurang pandai untuk rasa bosan, aku gembira dengan apa yang aku ada sekarang...aku hanya mahu menjadi diri aku, aku membentuk diri aku, aku yang mencorak diri aku...dengan sedikit ilmu yang aku ada, sedikit pengetahuan yang aku miliki, sedikit pengalaman yang telah aku lalui, apapun Mie...aku kena terus kuat, kau pun tahu aku bukan seorang yang mudah mengalah, bukan seorang yang cepat putus asa...."

"Dayat...Dayat...kalau itu yang kau fikir itulah yang terbaik untuk diri kau, aku...aku...ntahlah Dayat, aku tak boleh jadi macam tu...[medik kapal berjumpa dengan aku, bertanyakan perihal aktiviti esok]...Dayat, kau kerja ke tu???. Kita borak lagi nanti, jangan lupa kita pergi jumpa Kakngah bila kau balik Kuantan nanti...."

.....fikirkanlah....cara kita berfikir barangkali tidak sama, yang berlalu membawa kepada pengertian tingkah hari ini, berpendirian dalam urusan dan kalimah, setia pada janji, akur pada ikrar diri.....menilai keadaan diri untuk diri, masih jauh destinasi, mencari siapa yang sejati dalam kebenaran hakiki....menoktah sifat supaya tidak bertembung, meletak diri hanya untuk diri, tidak mahu sama, tidak mahu serupa, terfikir diri hanya ada diri....istimewa dalam usia ini, tidak enak bertimpa janji...ukir sabar, kelar kental, biarlah berparut, biarlah gelap asal tahu dia ada Dia, dia tidak pernah sendiri....

SHUTDOWN....zzzzZZZZzzzzZZZZZ 0300hrs

20 comments:

.::c!kzUrA::. said...

salam e.d....
apa yg kite lalui skang ni adalah pilihan kita sendiri...so kene face it..harap2 ed kuat tuk harungi sume ni..mmg mcm2 dugaan akn muncul..tp dugaan tu kdg kala akan mengajar kita erti khidupan..

keep in touch! :)

azwan bamadhaj said...

aku bangga mengenali Wan Mohd Hidayat....

dulu, kini, dan selamnya.....

kau rock bro....

seriouslly, we have a lot of things to catch up to.....

KV said...

hanya kita yg 'mahir' fasal diri kita. Apa pun pilihan or dayat buat, moga terus beroleh rahmat dariNYA.

Neeza Shahril said...

gembira is so subjektif Dayat. Ada orang gembira dengan pergi disko.
Ada orang gembira dengan pergi pantai. Ada orang gembira dengan duduk dirumah. Ada orang gembira dengan bertafakur di atas sejadah mengingatiNya..

Walau dimana pun kita, gembira terletak didalam hati, bukan pada keadaan.
Kalau keadaan nampak ceria, tapi kita tak enjoy, kita tak gembira juga.

Pada akak, biarlah kerja teruk masa muda tak kira dimana jua. Bila dan bekeluarga esok, barulah dapat tumpukan sepenuh perhatian kepada family.

Entahlah.. masing2 punya pendapat berbeza kan Dayat.. anyway, I always admire your hardship in pursuing what you're doing now..

keep it up dik!

Mak Su said...

teruk gaks kerja kamu ya... anyway, semua org dah diberi tugasan ikut kesanggupan mereka fizikal dan mental... cayalah Dayat!

Rush Murad said...

Syg, tak baik mengeluh...... masih muda lagi, masih byk kena belajar... kebanyakan kita bermula dari bawah, dari kesusahan... itu membuat kita lebih kuat dan lebih menghargai apa yg kita kecapi... ini semua cuma sedikit atau sekelumit dari dugaan hidup, terlalu kecil dan terlalu ringan.... Wan Hidayat kan kuat!!!

enjoy ur life atas kapal tuuuu.... tak lama lagi dah.... :)

Anonymous said...

Salam...pertama kali aku ke sini...woawww...ko membuka minda aku bro, SALUTE!!!...keep it up bro :)

Pertama said...

Hye...what a nice blog dude...you such a good narrator...have we met before?, hehehehe....

WanHidayat said...

CikZura: Yup...that's true...inilah pilihan kita, kita tdk perlu menyesal dengan pilihan yang telah kita lakukan....keep in touch!!!




Azwan: Wan....thanks a lot....thanks for ur continuous support..I'm really proud to have as my friend...you rock too bro...whatever...u still among my best friends...




Kv : Thanks akak...betulah kata akak...kita mungkin mahir tapi kitatidak juga tahu segala dan sepenuhnya....

WanHidayat said...

Maksu: Sekali sekal maksu...dah lali sebenarnya...nnti sy bawak maksu naik kapal...syiokkk... :)




Rush: Abg....abg....itu bukan suatu keluhan tapi suatu menefistasi dan muhasabah diri....biasalah bila kita rasa penat setelah seharian bekerja, semua org mungkin pernah mengalaminya...cuma keadaan sahaja yang berbeza....hehehe....sy tetap ingin menjadi seorang yang muda yang luar biasa...kekuatan yang sy miliki hadiah dari Allah....syukur kepadaNYA...Aja2 fighting Dayat!!!




Anonymous: Salam...thanks for dropping by...compliment???, bagus lah klu mcm tuh...




Pertama: Kenapa pertama???...thanks...ntah...takde lagi kawan nama pertama....hehehehe

goboklama said...

ini jln yg kita pilih,sudah tentu kita mesti mmprtahanknnya. Jarang ada anak muda yg berhati waja sekarang ni,berbanggalah anda.

Tak apa,nnti bole ambil cuti panjang,Dayat pegi makan angin hokay!!

artisticklytouch said...

pemikiran dan perasaan kita berubah dengan masa dan kematangan yang hadir melalui pengalaman. kau tidak mensiakan usia muda kau, percayalah, at your age, memang itulah tempatnya kau perlu berada. berhibur itu subjektif...kalau membaca itu menghiburkan maka terhiburlah, kalau getting a sufficient flowrate to fill itu menghiburkan maka hiburanlah ia....ye dok?

errr....2 entry aku letak he he

en_me said...

adehh, me tak leh nak fikir dahh.. uhuhu

myfisol said...

salam,

masih di laut rupanya, patutlah lama tak jenguk bro...

baca awal2 tulisan dayat kali ni macam baca novel suspen plk..hehe..

apa2 pun bro kagum dengan sikap dayat...inilah sikap "melayu glokal"...young & energetic..success is by choice, not by chance...you will have a bright future ahead..keep it up boy..

Raja Azrul said...

salam dayat..

buat kerja dengan tenang..k! Aku doakan kau..hati-hati slalu..ingat safety first, bukan money first..daa..

Alam Setia said...

pandangan orang tak sama dengan isi hati diri sendiri. tabahkan hati mu...

Anonymous said...

hi wan!long time never see u haa...dengo citer dah gelap & looks more matured...betul ker? I know u r hardworking there, but don't forget to take care of your health.anyway akak doakan wan akan sihat sentiasa dlm menjalani segala cabaran & dugaan di tgh lautan.me as u know....QMF8833.

Y u Z z 9071 said...

Salam Dayat...;)

bulan puasa di atas kapal ke?

WanHidayat said...

GobokLama: Terima kasih atas kata-kata semangat itu...insyaAllah lepas abis semua kerja nih, sy akan amik cuti lama2...nak rehat secukupnya...




EncikSeni: Yup...berhibur itu suatu perkara yang subjektif...usia muda hanya sekali dalam seumur hidup kita...aku sentiasa rasa terhibut dengan kerja-kerja yang aku lakukan...hehehehe




En_Me: Apa yang encik me tak dapat nak pk...???

WanHidayat said...

MyFisol: Bro...thanks a lot bro...terima kasih atas kata2 bro...sy rasa sungguh bersemangat....sy harap sy akan dapat buat yang lebih baik daripada hari ini...




RajaAzrul: Thanks raja...ko pun sama, buat yang terbaik dalam kerjaya ko...




AlamSetia: Thanks bro...hidayat mmg seorang yg tabah...





QMF8833: Rasa pernah bawak kereta nih...bukankah ini sebuah kereta mewah...hehehehe, terima kasih akak atas nasihat akak...sy akan jaga kesihatan sy...bila lagi akak nak datang ke Miri...??? rindu sgt ngn akak...




Yuzz9071: Salam....tak tahu lagi...harap tidak la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...