This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Tuesday, 29 July 2008

Mencari Perlindungan....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya



Sewaktu aku menulis entry ini, aku sedang berada di Labuan Anchorage, Wilayah Persekutuan Labuan. Aku tiba di sini bersama krew kapal yang lain setelah mendapat arahan daripada pihak atasan untuk mencari 'shelter', tempat berlindung untuk seluruh anak kapal Energy Miner. 27 Julai 2008, kami perlu membuat keputusan untuk melaraskan keempat-empat 'anchor' akibat angin kencang dan ombak besar di perairan Miri. Keputusan ini juga diambil setelah faktor keselamatan telah dipertimbangkan. Kapal-kapal yang bertugas di seluruh platform di perairan Miri telah pun belayar tiga hari lebih awal ke Labuan untuk tujuan perlindungan. Hanya Energy Miner sahaja yang masih berada di West Lutong ketika itu. Barangkali Energy Miner dianggap sebuah kapal yang gagah dan stabil sekalipun berhadapan dengan angin kuat dan ombak garang. Sesekali ke kanan dan ke kiri juga Energy Miner. Hanya mereka yang berada di Energy Miner tahu bagaimana berhadapan dengan kapal yang bergoyang. Muntah dan pening sudah menjadi asam garam kami semua.



Kami meredah ombak setinggi 3.8 meter dan angin kencang berkelajuan 50 knot untuk tiba ke Labuan. Setelah belayar hampir 14 jam, akhirnya kami tiba di Labuan Anchorage. Melalui perairan Brunei, merentasi Fairly Baram kepunyaan Shell Brunei dan melalui beberapa buah pulau kecil (Pulau Kuraman), masih segar diingatan aku akan percutian di Pulau Kuraman 5 tahun dahulu sewaktu aku masih berada di peringkat matrikulasi di Labuan dahulu. Bersama teman-teman sekuliah. Sememangnya indah!. Di Labuan, kami mendapat perlepasan 48 jam waktu berlindung dan bergantung juga dengan keadaan cuaca di Miri.



Kali terakhir aku berada di Labuan adalah pada bulan Jun tahun lalu. Ke Labuan atas urusan kerja dan kali ini aku berada di Labuan juga atas urusan kerja. Tiada banyak perubahan besar di sini, maklum sahaja Labuan hanya sebuah pulau perdagangan, salah sebuah kawasan bebas cukai, mahu rokok yang murah...chocolates antarabangsa, arak yang pelbagai dan murah...inilah destinasinya. Aku tidak pernah ambil pusing tentang itu semua. Energy Miner berlabuh di kalangan kapal-kapal besar di sini. Seawal sampainya kami di perairan Labuan, 'water taxi' sudah pun menunggu untuk mengambil anak kapal yang mahu ke darat. Dengan bayaran RM5 ke RM10, anak kapal akan di bawa ke darat. Ini adalah suatu fenomena biasa di Labuan. Setelah lama berada di atas kapal, kaki mana yang tidak gatal untuk memijak daratan. Hendak turun ke darat bukan semudah yang disangka. Ada beberapa undang-undang yang perlu dipatuhi. 'Port clearance' dan imigrasi. Setelah semuanya selesai, barulah anak kapal dibenarkan untuk ke darat.


Nota buat semua:

Jika anda merasa bosan sedangkan anda berada di darat, fikirkanlah kami yang berada di lautan ini, kami belajar untuk tidak kenal bosan, kami belajar mencari hiburan, kami sibukkan diri agar kami tidak sedar hari-hari yang berlalu.....

Jika anda fikir anda tertekan dengan keadaan diri dan persekitaran sedangkan anda berada di darat, fikirkanlah tentang kami di lautan ini....

Jika anda merasakan makanan yang anda makan tidak enak sedangkan anda berada di darat, fikirkanlah keadaan kami yang berada di lautan ini. Makanan yang serupa, makan yang berjadual, makanan yang tiada pilihan.....

Jika anda merasakan hari-hari anda tidak hebat kerana tiada hiburan sedangkan anda berada di darat, fikirkanlah keadaan kami di lautan ini, hiburan apa yang kami miliki.....

Jika anda fikirkan rindu anda pada insan tersayang, begitu juga kami, rindu kami, kasih sayang kami pada insan yang kami ingati.....pada laut jua kami luahkan segalanya.....demi amanah dan tanggungjawab, maka kami di sini.....

Marilah kita bersyukur, bersyukur dangan keadaan diri yang telah ditetapkan olehNYA....

9 comments:

Neeza Shahril said...

salam Dayat..

sedih pulak akak baca cerita Dayat this time. Dipukul ombak.. dah lali dengan bau laut dan kapal bergoyang. Nak buat macam mana kan Dayat, demi tugas dan amanah, segalanya perlu diteruskan jua..

Dayat, kat situ tak boleh memancing ke? hehee.. takde lain akak ni. Akak suka tengok ikan yang dipancing.. entahlah, memang suka tengok ikan berenang-renang. Rasa tenang dan damai dihati..

Sabarlah Dayat. memang akak dapat rasakan, kebosanan, kesunyian dan kemuakan makan benda yang sama dan tak boleh nak pilih pilih. Sesungguhnya nikmat kegembiraan akan tiba tak lama lagi. Bila kita biasa dalam keadaan terkurung, kita akan terasa amat bersyukur dengan secebis kebebasan. Macam akak ni. Asyik terkurung dalam rumah sebab perempuan tak boleh keluar sendirian, bila dapat keluar, rasa macam burung terlepas dari sangkar aje.. ;)

take care dik :)

Luaq Ezplanade said...

Salam wan..i tahu agar sukar menjalani kehidupan yang sebegini rupa namun demi diri sendiri dan keluarga u sanggup sahut cabaran yang datang dengan positif...apa2pun take care of urself & we always remember u....tak sabar nak tunggu u balik ke darat...

.::c!kzUrA::. said...

e.d...
b strong ok... :)

Raja Azrul said...

aku sentiasa doakan ko murah rezeki..kalau balik ke semenanjung, inform2 ler aku nie...

ayesha sha sha sha said...

very descriptive blog.. keep on writing... and nice pictures too.. cheers..

Rush Murad said...

"berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul"... kannnn? :)

'Bosan' itu hanya mainan perasaan. Jika kita kreatif dengan pemikiran, maka akan kreatif juga perlakuan, maka perasaan 'bosan' itu jugak akan lenyap. Tetapi perasaan 'bosan' itu juga pelengkap seorang manusia yang mempunyai perasaan....

aarrrmm.... berfalsafah pulak :D

Enjoy ur days kat atas laut tuuuu...

P/s: takut2 pula, selepas beberapa tika balik ke darat, rindu nak naik laut pulak...

WanHidayat said...

To al commentators,

Thanks a lot for dropping by and gave some comments towards my entry...do keep visiting me....hehehehe...

Thanks also for the continuous support...

Thanks for the concerns...and thanks for everything....

I love all of you...

May Allah bless you all...

Jazakallah kasiran

artisticklytouch said...

yer....kalau kamu mengeluh di darat...apatah lagi kami di lautan ini...

tapi kami rilek je...tetap mantain cantek he he

Anonymous said...

Aslkm,Rasa Sangat Bersemangat Membaca Nota Anda.."HANYA LELAKI YANG HEBAT MAMPU BELAYAR DI LAUTAN,DAN HANYA WANITA YANG HEBAT MAMPU BERSAMA LELAKI YANG HEBAT"
Saya Tunang Kepada seorang Pelaut dari Syarikat American Eagle Tankers.
Memang Bukan Sedikit Pengorbanan Diperlukan,Jarak Dan Waktu Sering Memisahkan Namun Inilah Rezeki Yang Ditakdirkan :)
Sabar,Setia,Rindu Dan Cinta Takkan Berhenti Dalam Perhubungan Kami.
Dan Saya Sendiri Perlu Mempersiapkan Diri Dengan Iman Dan Ikhlas Kerana Bakal Menjadi Isteri Seorang Pelaut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...