This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Thursday, 3 July 2008

Cerita Dari Laut - Siri 4

Assalamualaikum dan Salam Sejahera Semuanya.....

AL-HADITH

"Barangsiapa meringankan kesusahan seorang muslim di dunia, maka Allah akan membebaskan kesulitannya kelak di hari kiamat"

.....cerita dari laut siri empat.....


Lama juga aku mengambil masa untuk entry kali ini. Tahu sahajalah bila berada di atas kapal di tengah laut dan bekerja, bukan mudah untuk aku mencari dan mencuri masa untuk melayari internet dan mengemaskini Chronicle. Tambahan lagi, internet tidak segah seperti di darat. Alhamdulillah, syukur aku ke hadrat Illahi atas kurniaan semangat, kekuatan dan kesabaran ini. Mudah-mudahan, setiap dan segala perancangan akan terus dipermudahkan olehNYA. Amin Ya Rabbal Alamin.....

Pak Agung (Indonesian) & Juanna (Singaporean) - Diving Superintendent

Pertamanya aku ingin mengucapkan dan menyampaikan jutaan apresiasi kepada kru Energy Miner atas kejayaan menyelesaikan tugasan pertama di bawah WO #020, 10" Gas PL237 Riser Repair WLP-C/WLV-C Ventline. Walaupun kita mengalami pelbagai kesukaran teknikal dan sedikit masalah dalaman sepanjang berada di dalam WO #020, namun kita telah berjaya mengatasinya dengan diplomasi dan analisis yang teliti. Inilah kebaikan dan keberkesanan atas perbincangan yang berterusan. Sebaik selesai tugasan pertama, kami digegarkan dengan berita 10" Crude PL210 di antara Tukau dan West Lutong mengalami kebocoran. Perkara ini adalah hasil laporan daripada Sidescan Sonar oleh Offshore Works dan secara kebetulannya Energy Miner mempunyai kelengkapan menyelam dan penyelam ketika itu, maka kami telah diarahkan untuk ke lokasi yang dimaksudkan bagi mencari titik bocor tersebut. Arahan yang masih berstatus TBA dan aku dengan sendirinya menamakan arahan tersebut sebagai 10" Crude PL210 TKP-A/WLDP-C Underwater Leak Inspection. Perkara yang membuatkan aku terus berfikir ketika ini adalah tentang laporan tekanan minyak di dalam paip yang dimaksudkan. Kenapa tidak disertakan bersama laporan Sidescan Sonar?. Terfikir juga aku untuk mempersoalkan integriti beberapa pihak yang telah memberikan arahan tersebut kepada kami sehingga aku telah membuat draft email yang panjang hingga ke mereka yang berada KLCC tentang persoalan yang masih berlegar di fikiran aku sehingga kini. Namun aku putuskan untuk TIDAK demi kebaikan dan kesan positif terhadap kami. Barangkali ada sesuatu, sesuatu yang sememang aku tahu namun biarlah ia menjadi suatu rahsia. Arahan TBA juga telah selesai dan ianya negatif. Kami perlu ke WLDP-C semula untuk tugasan kedua di bawah WO #079. Ianya akan berlangsung dalam beberapa hari lagi. Durasinya 8 hari. Aku semakin tidak sabar!!!

aksi-aksi diver di atas deck
penat-penat lepak kat gally seketika

Teman-teman, seperti yang telah aku janjikan dalam entry lepas, aku akan bercerita tentang aktiviti menyelam @ diving aktivities. Terus terang aku katakan, berada di Energy Miner merupakan pengalaman yang tidak mungkin aku boleh lupa. Usah bicara tentang duit dan alaun yang beribu riban walaupun ia tetap satu faktor keseronokan dan faktor motivasi berada di atas kapal namun jauh lebih dari itu adalah ilmu.....ilmu yang aku perolehi sepanjang berada di sini. Ilmu yang tidak mungkin aku dapat di tempat lain. Itu yang lebih memotivasikan aku. Ayuh teman-teman, aku ingin bercerita secara ringkas tentang aktiviti menyelam. Untuk tugasan kami di sekitar laut Miri ketika ini, kami menggunakan 'Air Diver'. Kenapa kita sebut 'Air Diver'?, hahaha...diver is diver. Yang menjadikan ianya air diver sebab kita guna compressed air untuk menyelam dan yang pasti ada limitasi tertentu. 50 meter adalah kedalam maksimum untuk air diver dan setiap kedalaman tersebut sudah pasti ada jadual 'bottom time' yang telah ditetapkan. Dikawal daripada dive control room dengan kelengkapan sistem dan chamber yang telah disambungkan kepada medical oxygen. Disamping umbilical yang akan di slacking mengikut paras kedalam penyelam, 'making hot' dan 'making cold', tidak kurang juga dengan terminalogi 'negative' dan 'positive'. Banyak juga checklist yang wajib dipenuhi sebelum penyelam boleh turun ke dalam laut. Ini adalah peraturan. Bila diver sudah bersedia, mereka akan ke 'air frame' dan bersedia untuk diturunkan. Menjadi penyelam komersil berhadapan dengan 1001 macam risiko terutamanya daripada aspek kesihatan. Justeru itu, seorang penyelam akan dibayar paling kurang RM1000 sehari, mewahnya.....3 kali diving dah kembali modal ambil kursus menyelam RM60,000. Sesiapa yang berminat, boleh buat pinjaman bank, kumpul duit @ yang dah kaya tuh, tempah nama dan terus ke Alburi @ ke Tasmania selama 3 bulan untuk berkursus.

water stop...peace!!!

Selama kami di WLP-C, penyelam-penyelam yang berada di Energy Miner telah ditugaskan untuk melakukan 'General Visual Inspection' GVI, 'Close Visual Inspection' CVI, measurement, cleaning guna water jet (10,000 psi), cutting guna 'Diamond Cutter', installing smart flange dan tightening. Banyakkan?, tetapi penyelam-penyelam yang berada di Energy Miner semuanya komited dengan tugasan yang telah diberi. Setiap hari bekerja selama 12 jam, malam dan siang demi meneyelesaikan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Hampir sebulan kami semua mengambil masa untuk menghabiskan tugasan pertama ini. Tidak dilupakan juga kepada kru operasi yang tidak kurang komitednya dalam menjayakan tugasan ini. Aktiviti yang melibatkan lifting sudah pasti akan dikepalai oleh kru-kru operasi. Terima kasih aku ucapkan kepada semua.

aksi divers di dalam laut.....

mereka yang komited.....

Tinggal lagi dua tugasan yang perlu diselesaikan. Kedua-duanya masih di perairan West Lutong. Setiap tugasan berdurasi 7 hingga ke 8 hari. Semoga terget yang telah ditetapkan dapat dipenuhi oleh kami semua. Kelihatannya masing-masing sudah tidak sabar untuk pulang bertemu keluarga dan insan tersayang. Tidak kurangnya aku.....hahahahaha. Baiklah teman-teman, cukup sekadar di sini, barang kali esok lusa ada banyak lagi kisah menarik yang boleh aku kongsikan bersama. Semoga bertemu lagi di entry selanjutnya.....

Geram: Rumah kat Miri kena masuk penyamun, bilik habis terbongkang.....sedih tu memang sedih tapi nak buat macam mana, dah takdir, perlu terima, redha dan pasrah.....

Yang Menarik: Berbual panjang di tempat merokok deck level dengan electrical engineer dari Cambodia membuatkan aku terfikir panjang betapa kehidupan di darat dan di laut tidak pernah sama.....aku sungguh termotivasi dengan sejarah kehidupan mudanya.....

Salam sayang daripada Chronicle untuk semua teman-teman.....

23 comments:

student loan said...

Can you add some more photos?


student loan

Rush Murad said...

dah lama tak menulis, sekali buat entry, panjang dan ada macam2 pics.... besarkan some of the pics... especially yg dalam air tu... rumah masuk pencuri, redha tapi kena beringat next time... kalau pagar/rumah/bilik tak berkunci...senang ler pencuri masuk... lagu ni syahdu ler.. Puisi Cinta...

jom pi ambik lesen menyelam... kat Tasmania...

Sarah Mohd Shukor said...

salam dayat.

finally.. ada jgk cerita psl divers activities ni. selama ni duk imagine mcm2 pasal diorg n dive control room. skrg dh clear. or at least dh dpt imagine dgn lg betul. hehe. rmh masuk dek penyamun?? harapnya takde la apa sgt yg dicuri ye. aik.. apa kes lagu jiwang2 ni. retro plak tu. huhu.

Neeza Shahril said...

salam Dayat..

memang nampak committed kawan2 Dayat di atas deck tu.. semuanya seperti "pulangkan aku kepada keluargakuuu!!!"...
hehee.. kesian kan Dayat dan lain-lain.. dah pasti rindu teramat pada saudara di darat ni.. ayah ibu dan siapa lagi yek Dayat?? hehehh...

Akak suka tengok pemandangan dalam laut.. sungguh indah.. bestnya kalau dapat diving.. tapi bukan semudah itu kan..
mesti ambik kursus dulu.. mak oiii!! mahalnya kursus tuu... sampai RM60,000 ke?? mimpi je lah jawabnya akak ni.. hehehe..

Dayat, jaga diri.. ingat solat..
tentang penyamun tu, anggaplah ianya bukan rezeki Dayat.. sebab rezeki yang lebih besar sedang menanti di atas darat sana... :)

Take care!

Y u Z z 9071 said...

salam..hye dayat..

wahh...teruja yuzz tgk keindahan dasar laut tu...

mesti byk sgt ciptaan tuhan yang sgt menakjubkan..

betul...ilmu yg dayat dpt tu sgt berharga ..x semua org merasainya.

mesti rindu sesangat kat family dan kawan2 kan..

yuzz pun rindu jugakkkkk kat org dubai tuuuu...huwaaa

FINAL SOLUTION said...

huiyoooo!

BoBoy StarBucker said...

Wah, bestnya kat laut!
Ada nampak ikan duyung tak?????

Mak Su said...

maksu terbayang wan dah ghopa macam 'man from atlantis', wow!!

BoBoy StarBucker said...

Adus, ciannya Ucu rumah kena samun! Berapa kerugian?

BoBoy StarBucker said...

Adus, ciannya Ucu rumah kena samun! Berapa kerugian?

mOhD^.^rAz said...

teringat masa naik STS Puteri Mahsuri..
Gally duty?
memang best bangat..
hik :)

goboklama said...

lumayan deh gajinya!! Alhamdulillah...

Syam said...

salam wan,

have a nice day ahead...semoga semoga sentiasa diberi kesihatan yang berpanjangan...

bro syam

Anonymous said...

Samekom Hidayat,

Kitak...bagus la entry kitak tok.. paham lagik baca tok dari DPR yg dihantar kitak ya.. mek sik faham..

papa pun cam best tul kat sia.. enjoy dari duduk kat ofis boring kn..papa pun take care & jgn lupak anak kucing kitak tgu kitak k...

c u soon... salam :)

arsaili said...

salam buat orang laut..moga membawa bingkisan yang menarik buat warga daratan

azwan bamadhaj said...

heheh.. lama x komen kat blog ko...
aku nak komen pasal bende lain...

dayat.. i really envy u..

u know what i mean...

huhuhu

WanHidayat said...

Studentloan: add some more photos???, next entry ek




Rush: Tu lah bila dok lama kat laut, mcm2 idea kluar, smua menjadi bahasa hati.....heheheeheh




Srah: Dah kluar pn kan...lepas nih nak crita pasal benda lain plak...lagu jiwang??, retro ke??..ishhhh....




KakNeeza: Alhamdulillah akak...kawan2 yang sy dapat atas kapal nih semuanya komited dan bertanggungjawab...syukur sgt...permandngan di laut mmg indah...sungguh indah, menginsafi kajadian diri akak....menyelam mmg seronok...sy boleh menyelam cuma takde lesen...biasalah akak orang kampung...thank akak for the continous support....




KakYuzz: Yea lah akak, sy nih tengok melalui skrin jea, sesekali tuh mmg terasa nak turun jea...tunggu jea nnti semua elesai, nak dive gak...rindu sangat pada keluarga dan teman di darat....rindu org Dubai???....pergi lah cuti ke sana...

WanHidayat said...

Afify: Fuyyooo...LI kat mana??




Boboy: Best....yea lah tuh...duyung takde, Dugong ada...
nak wat cam mana boy...dah kena samun...redha lah...tak byk....heheheh




MohdRaz: Yup....mmg seronok tapi jgn lah lama sgt....bila turub darat nnti takut pening jadiknya...




Maksu: man of atlantis....hahahaha...yea yea jeak maksu nih...



GobokLama: Mane ade...biasa2 jak....cukup2 makan...

WanHidayat said...

Syam: Thanks bro....thanks for the prayer...




Fitriah: Lorrrrr....yea ke tak paham..ya yang paling mudah bah jenis DPR ya...nek mek tauk mun kitak sik paham...entry tok ktak paham sbb nya bergambar...hehehehe




Arsaili: Salam kembali....ilmu dan pengalaman adalah bingkasan yang paling beharga.....



Azwan: Hahahah...tu lah memasing tgh sibuk dan dah ada kehidupan sendiri...envy????....nak belajar tak???

nsamsudin said...

jauh berjalan luas pengalaman...kan?
and...experience is the best teacher...
bila nak balik kuantan...

myfisol said...

salam dayat,

huh..lama betul x singgah sini..bukan orang kat laut je yg sibuk, yang didaratan ini pun x kurang sibuknya..itulah kehidupan kan..

menarik aktiviti diving kan..dayat pun diving jugak ke?..hati2 jgn sampai lemas. Dulu member bro ada jugak ajak pergi training, tangguh punya tangguh sampai la tak jadi lagi..aleh2 member yg dapat lesen dulu..mmg boleh buat duit jadi diver nie, boleh buat part-time jadi trainer lagi...

kerja dayat ni mmg menarik dan mencabar, jeles plk tgk gambar2 tu. anyway gud luck utk pelayaran seterusnya..

p/s: duduk kat laut lama2 ni, x ke rindu orang2 tersayang...

Ad Rifza said...

Bestnye diving dan tgok keindahan alam lautan...Semoga berjaya lah Dayat..

shahril aley said...

sabar je la bro umah kena masuk penyamun. nasib baik ko tak de di rumah at least tiada perkara buruk berlaku pada ko. harta boleh dicari lagi....

hidup di laut lebih tekanannya kan. terpaksa la korang menghadapi dengan menahan diri dari menikmati nikmat tuhan di dunia ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...