This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Thursday, 5 June 2008

Cerita Dari Laut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....


Firman Allah S.W.T
Terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur.
(Al-A'raf: 144)

Sembilan hari tidak melihat Chronicle, sesekali rindu juga pada penulisan, luahan, cerita teman-teman dan segalanya. Segalanya tentang kita, kita yang bergelar manusia. Seperti biasa, aku mendoakan semoga teman-teman semua senantiasa berada dalam redha dan rahmat Illahi. Semoga apa jua yang telah kita lakukan dan bakal lakukan sentiasa berpaksi dan bermatlamat.

Inilah gambaran MV Energy Miner (*hari pertama tiba di Bintulu Port)

Hari ini genap 9 hari aku berada di MV Energy Miner, dari Jeti Pasir Putih, Bintulu berlayar selama 12 jam ke Miri. Segalanya dalam akal, atas pundak, tanggungjawab yang sungguh besar aku pikul, mengemudi 64 manusia pelbagai bangsa, agama dan asal dengan satu matlamat dan harapan. Dikelilingi oleh teman-teman baru dan lama, aku mengharapkan sokongan itu terus sahaja bersama. Moga-moga tugasan kita dapat diselesaikan dengan selamat dan jaya.

Inilah permulaan 'Cerita Dari Laut'. Sesekali aku boleh berbangga kerana telah diberi tanggungjawab dan peluang yang terlalu jarang diperoleh dan diberi kepada individu seusia aku. Mengepalai 3 tugasan besar oleh Petronas Carigali di atas sebuah kapal kerja, 'work vessel' yang diberi nama MV Energy Miner. Kapal yang baru sahaja pulang dari Afrika Selatan melombong berlian. Dimiliki sepenuhnya oleh Asetanian dan kini dalam tempoh 6 bulan telah menjadi milik syarikat di mana aku sedang bekerja sekarang. Bangga dalam perasaan takut dan gusar. Bersama mereka yang jauh memiliki kemahiran dan pengalaman yang banyak. Namun bukan perkara itu yang akan menjadikan aku tidak berani malah sebaliknya. Aku terima cabaran itu, bukan kerana keterpaksaan tetapi apabila melihat dan memikirkan pengalaman hebat yang bukan mudah untuk diberi maka aku terima sahutan dan tanggungjawab ini. Aku korbankan segalanya, aku lupakan cuti aku, aku lupakan pertemuan aku dan keluarga yang sepatutnya berlangsung akhir bulan lepas. Adakah ini dinamakan sebagai pengorbanan?. Abah dan Umi sentiasa menyokong aku daripada belakang. Terima kasih atas kefahaman kalian.

Seperti yang aku katakan di atas. Aku tidak mengharapkan perhatian dan penghargaan daripada kompeni, apa yang lebih penting adalah pengalaman dan kebajikan aku sebagai pekerja terus diberi perhatian dan terjamin. Pengalaman yang bakal aku perolehi ini akan menjadi pengalaman yang tidak mungkin aku lupa sampai bila-bila. Jika difikirkan tentang mewahnya aku selapas tamatnya tugasan ini, itu juga bukan punca aku harus menerima tugasan ini. Hidup aku dalam kerjaya sekarang senantiasa bermatlamat. Ingin menjadi seorang yang disegani dan dihormati dalam lapangan kerjaya hari ini. Moga-moga Allah merestui segala niat baik ini dan mempermudahkan segalanya. ~Amin~


En. Roszaimi di ofis dan Azlan & Amie di Vessel Kopitiam

Lapan hari aku berada di Bintulu, perlu menyelesaikan segala tugasan komersil, matrik pekerja dan barang-barang yang perlu dibawa bersama di atas Energy Miner nanti. Bermula dengan 'load test' crawler crane 100000 kg, 'sea fastening' kesemua barangan termasuk 'diving container', 'diving chamber', 'offshore safety pasport', 'workpack' dan sehingga kepada perjalanan kapal. Tiga hari aku demam setelah sampai di Bintulu. Dalam panas terik matahari, ke hulur ke hilir daripada 'vessel deck' ke 'vessel bridge', seketika ke 'operation office' kemudian sesekali melalui 'gang way' ke darat yang sesungguhnya menuntut kesediaan stamina tubuh badan dan mental. Selagi Energy Miner tidak belayar, selagi itu kami 'key personnel' tidak senang duduk dan tidak lena tidur. Kami diberi masa 6 hari untuk persiapan terakhir sehingga ke 'fuel bunkering' dan 'fresh water bunkering'. Alhamdulillah, segalanya selesai dengan baik walau dalam tempoh itu, terlalu banyak perkara telah berlaku. Dimarah, dimaki dan berjaga sehingga ke pagi telah menjadi rutin seharian kami. Sehinggalah lewat jam 10 malam semalam, kami keluar dari Jeti Pasir Putih dan terus ke perairan Miri. 12 jam berada di tengah samudera dengan sekepal harapan moga-moga hari esok akan menjanjikan pengalaman yang luar biasa sebagai seorang pemuda kecil yang berjiwa besar.

Membuang masa terluang di heli deck, bersama diver

Ketika dan saat ini, aku sedang berada di 'operation office', sambil menyiapkan laporan harian, aku curi sedikit masa untuk perkongsian hebat ini. Esok adalah masa untuk 'SISO presentation' dan kerana itu juga, MV Energy Miner akan menerima tetamu dari West Lutong Platform, kemudian kami akan berlayar terus menghampiri platform untuk 'anchorage'. MV Energy Miner cuma memiliki empat sauh kerana kapal ini merupakan 'self propel vessel'. Suatu senyuman sudah terukir di wajah kami apabila tiada sebarang perkara besar berlaku. Syukur pada Allah S.W.T. . Mudah-mudahan tugasan ini dapat dijalankan dengan keadaan selesa dan sejahtera. Teman-teman semua, semestinya aku tidak dapat mengemaskini Chronicle seperti dahulu. Ketika ini masa aku agak terhad sementelah, aku perlu berlegar-legar ke seluruh sudut di dalam kapal ini untuk mencari rangkaian Celcom dan Maxis untuk perhubungan luar.

Firdaus (FE) dan inilah cerita tentang kami

* Aku sudah memiliki Maxis Broadband tetapi aku sendiri tidak ingat di mana aku simpan dan letak broadband tersebut (barangkali di dalam bilik aku di Miri), dek kerana kami perlu melakukan 'established communication' dengan majikan dan pelanggan di darat dan paltform, justeru beberapa jam sebelum bertolak ke perairan Miri, aku ke bandar Bintulu membeli Celcom Broadband. Kali ini aku tidak diikat oleh Celcom seperti mana aku mengikat kontrak bersama Maxis selama setahun. Aku membuat keputusan untuk memiliki pakej persendirian walaupun bayarannya agak mahal. Baru sahaja beberapa jam lepas Celcom broadand ini boleh digunakan. Seperti biasa, penggunaannya bergantung kepada rangkaian Celcom di Miri ini. Inilah yang aku katakan sebagai 'terhad'. Semakin jauh dari darat, semakin terputus perhubungan kita...ini hanya sementara.

Malam sambutan Gawai, orang-orang kuat memotong kek

Bukan di ofis di atas kapal ini kami tidak memiliki sebarang 'communication devices' tetapi 'set comm' yang telah kami pasang ketika di Bintulu tempoh hari merupakan/menggunakan rangkaian setelit antarabangsa, 1MB = RM5 untuk penggunaan internet belum lagi penggunaan telefon. Justeru, kami semua memutuskan ianya wajar dijadikan sebagai 'control item'. Hanya akan digunakan seandainya keadaan mendesak dan terdesak. Pandangan pertama aku tentang Energy Miner ini, ianya sebuah kapal yang hebat dan selesa. Sedikit terkilan apabila kapal ini tidak boleh masuk ke muara Pulau Melayu kerana 'vessel draft' terlalu tinggi. Jika sebaliknya, sudah pasti ramai teman-teman rapat di Miri aku bawa melawat ke MV Energy Miner. Kali ini tiada rezeki kalian sepertimana kita di ABW Penta Perkasa dahulu.

Teman-teman, masa untuk aku berhenti di sini. Aku akan cuba mencuri masa untuk perkongsian akan datang, selama aku di atas Energy Miner ini, segalanya akan menjadi 'Cerita Dari Laut'. Aku telah menyiapkan beberapa puisi kehidupan selama pelayaran ini, aku juga membawa beberapa buah buku 'La Tahzan' yang mempunyai 3 jilid, tasbih untuk berzikir, kain pelikat berwangian Sultan Brunei, Surah Yassin dan beberapa koleksi DVD. Kami di kapal ini bisa sahaja nonton ASTRO dan menikmati pemandangan indah matahari terbit dan terbenam di atas 'heli deck'. Doakan agar kami warga Energy Miner selamat menyelesaikan tugasan yang diberi. Harapannya agar kita semua dapat bertemu lagi di lain masa.

Nota: Ed, jangan pandang ke darat, nanti jiwa meruntun mahu pulang, lihat sahaja terus ke laut dalam, ke langit tinggi. Biar doa dan semangat insan-insan tersayang di darat terus bersamamu. Aja-aja fighting!!!.

Catatan : "xxxxx" adalah terminalogi yang diguna pakai oleh kami warga Energy Miner dalam komunikasi seharian.

Tak Boleh Lupa: Menyambut Gawai di atas kapal dengan jamuan besar-besaran. Selamat hari Gawai kepada mereka yang menyambut perayaan tersebut. Gayu Guru Gerai Nyamai!!!.

Kudos: Mohd Firdaus Che Dollah (Feild Engineer), Mohd Roszaimi (HSE Engineer), Mohd Azlan Mamat (Safety Officer), Tengku Mustafa (Medic), Amie Gara (Barge Foreman), Apin dan Nayau (Leaderman), Juanna Lestitution (Diver Supervisor), semua krew Asetanian, krew PBJV Group, krew Paragon Offshore, Seatrax Singapore dan mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Mahu Lihat: Gambar MV Energy Miner telah disiarkan dalam entry lepas.

Selamat bekerjasama semuanya!!!.

24 comments:

Neeza Shahril said...

agak kecewa bunyinya diakhir entry Dayat... sabar lah Dayat.. pasti ada hikmah disebalik segalanya.

Mana tahu, rezeki yang bakal mendatang menjemput Dayat ke middle east pula?? :)) Insyaallah...

bestnya naik vessel kat tengah laut.. tak ambik kesempatan memancing ke? hehehe...

hajarss said...

keje yg kelihatan menarik.

;)

rizal,kuantan said...

kerjaya yg kelihatan sungguh menarik....darat dan di tengah laut....

nadia yuna said...

tak mabuk laut ke dayat?

Sarah Mohd Shukor said...
This comment has been removed by a blog administrator.
thepretender said...

kagum aa tgk gmbar kt ats kapal tuh!!
selamat bkerje :)

Ad Rifza said...

Semoga berjaya menggapai apa yg ingin digapai..lautan atau daratan sama sahaja yang penting keinginan untuk menguji keupayaan diri dan ketahanan diri dalam menggapai keperluan diri yang kadang2 tidak dapat digapai..Atas nama keyakinan dan tekad diri insyallah Dayat akan menggapai sesuatu yang bermakna bagi diri dayat..Doa mengiringi diri dayat..insyallah..

arsaili said...

salam,,selamat berjuang menjadi anak laut...tade access internet ker

shahril aley said...

besar kek tu dayat. tak nak share anta kat KL ke? hahaha....

wah mcm best je keja dayat atas kapal tu. ermmm alangkah bagusnye dapat mnikmati pemandangan panorama dari kapal itu....

nsamsudin said...

Pengalaman bukan apa yang terjadi kepada seseorang. Pengalaman ialah reaksi seseorang terhadap apa yang terjadi kepadanya. apa reaksi u dayat?

artisticklytouch said...

good to know that u r safe n sound atas kapal tuh...u take good care of yourself...agak2 boring terjun ar berenang.

eh eh kalau nampak dolphin, amek gambar eh..ada dolphin ke?

EpaL c0keLaT said...

Seronoknye dpt belayar 8->

Rush Murad said...

nostalgic sungguh lagu 'a shoulder to cry on' ni, ingat zaman muda2 dulu... :) tapi kalau kat kapal tu, time nanges2 rindu, ada shoulder to cry on tak? or bantal?

WanHidayat said...

kakNeeza: Salam akak, mana ada kecewa lah...i'm ok..seriouly i'm ok...ok gak dok kat laut kekadang, melatih kita menjadi seorang yg lebih tabah...tak ada masa nak pancing pun akak...tengok org memancing jeak...




Hajarss: Alhamdulillah...boleh lah tahan...





RizalAbdullah: Ok lah bro...boleh terjun laut mandi laut...




NadiaYuna: So far so good...alhamdulillah...tak pening dan tak mabuk...nak hindari dari mabuk, kena ikut peraturan....

WanHidayat said...

ThePretender: Thanksss....kagum?, meh lah sini kerja sama2...best oooo...




AdRifza:Terima kasih bro atas ingatan dan perkongsian itu...insyaAllah, selagi tulang 4 kerat ini masih boleh bekerja, sy akan bekerja bersungguh2....




Arsaili: Ada...tapi ikut mood celcom...hehehehe...boleh lah tahan laju dan lembabnya...

WanHidayat said...

SharilAley: bro...kek tu dah abis mlm tu gak...kek perayaan suku kaun iban...boleh lah tahan meriahnya...alhamdulillah...memang menginsafkan sesekali melihat matahari terbenam dan tibul secara dekat....




MdmMala: Sy sentiasa bereaksi terhadap pengalaman yang sy perolehi...dengan mengimplementasikan stiap pkra2 baik dan jadikan yang buruk itu sbgai pengajaran....




Encik Art: Thanks bro...alhamdulillah, takleh nak kata boring sbb jadual kerja atas kapal terlalu padat...no excuses!!!, berenang...yo lah tu, nnti tak timbul terus...hehehehe...

Nak suruh tangkap gambar dolphin...ade kot...nnti gua tanya captain...boleh kesan guna radar jeak...




EpalCoklat: Hehehehe...best???...ermmm...boleh lah....sesekali...




Rush: Yup...lagu tuh mmg nostalgic...tak lahir lagi waktu lagu ni kuar....atas kapal takleh nanges2...klu nak nanges gak...pi kat heli deck...ambil masa 10 minit tenangkan fikiran....

Anonymous said...

Assalamualaikum Hidayat..

Lamak xjmpa kitak... windunyer..sebut psl dolphin, nk tnye same kn ngn ikan lumba2 kn.. dulu ayah org kata mmg akan nmpak nyer ikan lumba2 kat situ..main2 kat bwh platform.. so klo ada, tapau2 kan lah seykor bw balik Miri wt kenangan :)

pape pun take care ek.. iboh lamak gilak sia :) balit lah hehe.. k take care...

enchekchotz said...

dayat, i'm very proud with u!! wah!! keje offshore, atas kapal besar plak tuh.. not every people get the experiences.. u are very2 lucky man!! all the hard works seem worth it aite??

aku baru start practical.. in Kualiti Alam.. so far okay jek.. wish me luck !!

p/s: send my regards to fellow ex-UMPians working with PBJV.. sape yg knal i je laa.. x knal pon xpe..

Y u Z z 9071 said...

bukan semua org mampu melalukan pergorbanan sebegini..

dayat memang TABAH...

BoBoy StarBucker said...

Ucu,

Dah lama sangat tak lawat blog ucu.
Terlalu banyak Cliff baca sampai tak taw nak komen apa pula.
Nak kata busy tak juga tapi malas nak sentuh blog sbb dulu malas nak gerak gi CC. Mgkn skrg tak lagi kot sebab Cliff dah dah ada broadband sendiri sambung kat laptop sendiri.
Anjang mgkn hujung bulan ni pula nak angkat broadband juga.

Smooth Regards,
Cliff @ BoBoy Elvin

WanHidayat said...

Anonymous: Wa'alaikummusalam....sapa tok..Fitriah ka???, hehehe...ya ajak ada ikan lumba dalam laut di Miri tok...kelak kmek carik kan untuk kitak...kitak mahu brapa ekoq...

ok..i will take care of myself...don't worry..kmek dah besar panjang bah...hehehehe...




Chotz: Thanks chot...alhamdulillah..rezeki yang Allah dah tulis...kerja mcm n mmg seronok but need to be fit and tough....ramai senior ko yang kerja kat sini...tak sia2 blajar engineer 4 tahu...worth it!!!

ok bro...wish u best of luck, make sure perform kat kualiti alam nnti...




Yuzz9071: Hehehehe...thanks akak...pujian tu kan???..hahahah...anak lelaki kena tabah....




Cliff: Thank cliff...tu lah dah lama tengok cliff tak update blog..take ur time...writing needs mood yang betul, baru besh...broadband??, samalah, ucu pun guna celcom broadband...sebab boleh jawab komen-komen nih...hehehehe

Mak Su said...

menarik dan mencabar ya kerja ini

thepretender said...

hehe..studi pon x abes dh nk keje..:p
insyaallah aklo ade rezeki :) bole jerr

Anonymous said...

When some one searches for his necessary thing,
thus he/she wishes to be available that in detail, therefore
that thing is maintained over here.
Look at my blog post - rent apartments in santa monica

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...