This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Wednesday, 21 May 2008

This Is Life

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semuanya.....

Semoga hari ini bakal menjadi hari yang indah dan bermakna untuk semua. Semoga juga semua di antara kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah s.w.t dan bahagia berada di dalam rahmatNYA. Moga-moga apa jua yang sedang kita lakukan dan akan lakukan bisa sahaja mendapat keredhaan Allah. Tetapkanlah rasa syukur atas kurniaan rezeki dan kesihatan tubuh badan yang berpanjangan ini. Kepada mereka yang sedang diuji walau dengan apa jua bentuk ujian sama ada daripada aspek kewangan, kesihatan dan perhubungan, bersabarlah dan kuatkan lah pendirian diri. Jangan biarkan diri dirasuk oleh emosi yang tidak menentu. Berfikir.....dan bermuhasabahlah. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa dan siapa yang perlu diberi ujian. Kita semua adalah insan yang terpilih. Percaya pada kalimahNYA.

Teman-teman sekalian, Chronicle sering kali mempamerkan dirinya sebagai seseorang yang mempunyai jati diri yang kuat, seseorang yang tabah, seseorang yang berdikari dalam mencari sedikit pengalaman dan ilmu dalam membentuk karektor agar suatu hari nanti, dirinya bisa menjadi seorang yang lain daripada yang lain. Mungkin, sehingga detik ini, hanya Chronicle sahaja yang mengetahui matlamat hidupnya dalam sebuah kerjaya dan perhubungan. Kehidupan muda yang diabadikan dalam rentak dunia pekerjaan yang baru sahaja bermula dan dalam perhubungan yang sentiasa menuntut kasih sayang yang tidak putus-putus. Alhamdulillah, kekuatan Chronicle berpunca daripada insan-insan yang disayanginya dan kesusahan khidupan lalu. Chronicle berkongsi dalam cebisan pengalaman lalu, menembak ayat-ayat motivasi buat semua dalam kasar dan halus bahasa, dalam penceritaan, dalam puisi dan juga dalam lagu. Yang menjadikan Chronicle seperti hari ini adalah ujian lalu yang pernah dilaluinya. Ujian daripada Allah s.w.t.


Aku tidak berniat langsung untuk memperbaharui entry hari ini, namun bila mata terpandang pada tulisan blogger-blogger lain yang bercerita tentang perkara sekeliling yang baru berlaku dan terjadi, terfikir juga aku betapa mata dan telinga ini terus menjadi pemerhati dan pendengar yang baik. Aku tidak mahu lagi membuat penilaian dan justifikasi atas apa jua penglihatan dan pendengaran ini kerana aku selalu sahaja tersilap dan tersalah. Chronicle perlu bersemangat, Chronicle perlu tabah dan terus bersabar, Chronicle perlu matang dan bijak dalam menangani masalah hari ini dan masalah mendatang kerana Chronicle biasa dan terlalu biasa. Dalam memahami karektor diri dan persekitaran, Chronicle tidak pernah menutup ruang dan peluang untuk sesiapa mengenalinya. Kita dapat melihat betapa istimewanya seseorang itu bila kita sudah kenal akannya. Berbuatlah baik kepada setiap manusia walaupun mereka tidak baik terhadap kita dan sentiasalah bersangka baik walau pun ramai yang tidak bersangka baik dengan kelakuan dan tingkah kita. Teman-teman mungkin berfikir betapa Chronicle sering kali mengangkat dirinya, namun walau apa jua tafsiran dan taksiran kalian, Chronicle dengan hati yang terbuka menerima apa sahaja teguran dan pembetulan untuk kemajuan diri. Sesungguhnya tidak mudah untuk kita memuaskan hati semua orang maka lakukanlah mengikut kemampuan dan keupayaan kita.

Aku masih sibuk untuk persiapan terkhir MV Energy Miner. Tiada cuti untuk dua minggu ini walaupun pada hari Sabtu dan Ahad. Aku telah korban seluruh masa untuk kerja dan kerjaya tanpa aku abaikan tanggungjawab aku sebagai 'wan' dan 'dayat'. Kebetulannya pula, sambutan hari Gawai akan tiba tidak lama lagi. Aku mendoakan pelayaran kali ini bermula selepas sambutan Gawai. Aku ingin menempah tiket pulang ke Terengganu dan Kuantan hujung bulan ini. Semoga semuanya dipermudahkan. Aku terlalu rindukan keluarga tercinta. Mengikut perkiraan, sudah hampir 6 bulan aku tidak pulang ke kampung halaman. Membukit dan menggunung rasa rindu ini, sesekali rasa terbeban memikirkan perihal keluarga di sana. Mereka adalah kekuatan Chronicle dahulu, kini dan selamanya. Dalam rentak tulisan kali ini, aku perlu keraskan zikir dan istighfar agar tiada sebarang kuasa yang boleh merasuk penulisan. Aku tidak mahu ada pihak terasa lagi. Chronicle akan kembali bercerita tentang kerjaya dan motivasi dalam membina karektor diri kita setelah segala bahan untuk sebuah kisah selesai dianalisa. Jika terkadang penceritaan bersangkutan dengan cerita teman-teman. Mohon maaf atas kekhilafan yang tidak disengajakan mahupun yang sengaja dilakukan. Mohon maaf dengan bersungguh!!!.

Menutup cerita kali ini, aku suka menyimpul akan perihal kehidupan manusia, manusia sejagat. Kita semua adalah manusia, antaranya hidup dalam suatu dimensi beteraskan kepada matlamat yang sudah kita tetapkan. Ada di antara kita hidup dalam harapan, dalam belas, dalam janji, atas kaki sendiri, keperluan teman-teman, cinta, kasih sayang, keluarga, agama dan segalanya yang boleh menjadi paksi. Jangan terlalu bergantung harap kerana kita akan mudah kecewa bila bersendiri. Jangan berjanji dan memberi harapan jika kita tidak mampu dan masih ragu-ragu untuk melunaskannya. Belajarlah bagaimana untuk mengukuhkan prinsip diri dan kata-kata. Segalanya berperanan bila kita melangkah ke alam pekerjaan dan perhubungan. Telah banyak contoh dan pengajaran di depan mata, dan mata kita melihat, telinga kita mendengar, tapislah dan kutiplah pengajaran. Semoga bertemu lagi dalam entry seterusnya...Assalamualaikum dan Jazaka Allah.

23 comments:

EpaL c0keLaT said...

Interesting :|

en_me said...

me cumer nak khaboq kat hang noo.. blog me dah lamer berfindah findah gittewww.. please update your blogroll, that's my honor bro!

jgn bilang tak bagitau noo..

Sarah Mohd Shukor said...

this is life. people wont stop lingering around n judge what we do. but dont just change who u are just because u dont satisfy them to what they expect u to be. life is precious if we can carry it out on our own way.

Sarah Mohd Shukor said...

haish.. comment moderation la plak ye.. :) think twice is always wise. there is where the wisdoms hide.

CikguZue said...

yang baik2 itu teruskanlah saja...insya-Allah tetap ada ganjaran drpd-Nya.

wan, mintak betulkan sikit my link tu...bukan Swansea, tapi Lampeter....cikgu duduk kawasan kampung,je...hehehe

Eridzhuan Zhaineo said...

Selalulah berfikiran positif dan bermuhasabah diri....semoga kita terus istiqomah dalam semua bekerjaan dan semoga kita diberikan kekuatan. Insya'allah saya akan sampaikan salam pd budak kecik tu kalau saya jumpa dia...rasanya dia tengah sibuk sekarang nie dengan exam term.

Raja Azrul said...

aku memang tabik ngan ko dayat!! Kuat semangat ko kerja berjauhan dari keluarga..tidak dinafikan keluarga adalah aset penting! Dan kau adalah insan yang sentiasa mengenang jasa ayah dan ibu kau!!

Insyallah, harap2 ada masa kita berjumpa lagi..banyak sangat cerita nak share ngan kau!! Ok..daa..!!

nsamsudin said...

If you don't go after what you want, you'll never have it. If you don't ask, the answer is always no. If you don't step forward, you're always in the same place.

WanHidayat said...

EpalCokelat: Terima kasih :)




En_Me: Ya...ya...lupa plak, ok...will change it...hehehe, best ke pindah2...




Sarah: Thanks...yes, i don't have any problem to say i don't agree as what u've said BETUL belaka...hehehehe...tak lah sampai mcm tuh...




CikguZue: Terima kasih Cikgu...terima kasih bebanyak...ok...Lampeter?..ok...jauh tak ng Swansea tuh...

Kg...Kg...tak lah kg mcm kat Mesia kan...




EridzhuanZhaineo:Oooo...exam...wish him best of luck!!!




RajaAzrul: Terima kasih Raja...sbb o kenal aku maka ko mmg boleh cakap mcm tuh, yang tak kenal aku mmg tak paham aku ni jenisnye mcm mana...aku pun berharap dapat jumpe ko jugak nnti, aku taklah byk cerita, cuma crita biasa2 sahaja...semuanya tentang kerja....




Mdm.Mala: Yess mdm...you're right!!!, I'm always moving...I'm never afraid of asking people the thing that I don't know....hehehee

muadzlife said...

always be a dynamic person...from there you'll excel

Y u Z z 9071 said...

Chronicle tidak pernah menutup ruang dan peluang untuk sesiapa mengenalinya. Kita dapat melihat betapa istimewanya seseorang itu bila kita sudah kenal akannya. Berbuatlah baik kepada setiap manusia walaupun mereka tidak baik terhadap kita dan sentiasalah bersangka baik walau pun ramai yang tidak bersangka baik dengan kelakuan dan tingkah kita.

akak suke ;)

- G O R O - said...

Salam.

Pegang pada dua perkara; InsyAllah selamat dunia dan akhirat.

QUran dan Sunnah..

Semoga dipermudahkan urusan.

Rush Murad said...

Wan, Le succès signifie l'accomplissement de vos propres rêves, chanter votre propre chanson, la danse votre propre danse, la création de votre coeur et en appréciant le voyage, ne doutant pas que quoi qu'il arrive, il sera OK. Création de votre propre aventure!

WanHidayat said...

MuadzLife: Thank for advice sis...really appreciate it!!




Yuzz9071: Hehehehe, terima kasih akak kerana menyukainya...thanks a lot...




Goro: Suatu persetujuan yang bersifat mutlak...kembali dan bergegang kepa Quran dan Sunnah...adalah jalan selamat menuju ke akhirat yang abadi..




Rush : Abg...das ich total zustimmte für, was Sie gesagt haben. Danke soviel für meine Seite immer stützen und bereitstehen. Sie sind der beste Bruder, den ich überhaupt hatte.

fisol said...

salam

bekerjalah selagi terdaya..."A man has to do, what a man has to do"..

Sarah Mohd Shukor said...

u dont have to agree in all aspects if there are some that do not suit u well. like i said before, just be urself. thats the key point, isnt it.
p/s: rajinnya guna program translator skrg ni ye :p

rizal,kuantan said...

assalamualaikum....

thepretender said...

salam..
best aa entry nih!!
bravo bravo!!

Mak Su said...

take a break from kerja & blog, pegi buat2 bodoh sambil main layang2 ker.

WanHidayat said...

MyFisol: Yup bro...selagi ada tenaga dan kudrat ini....terima kasih krn selalu mengingatkan...




Sarah: Yup...not all lah, kena tapis2 gak kan...nnti ada benda yang kita tak suka buat tapi klu kita buat...susah jadiknye...be urself...definitely!!!.




Rizal: Wa'alaikummussalam...




ThePretender: Thanks for visiting my blog...heheheh, apa yang menariknya...???, will link ur blog..

thepretender said...

thanks.. ape yg menarik?? it's so inspirational!!! klao tgh down2, sure bole ok balik hehe :p anyway, will link ur blog as well...

WanHidayat said...

ThePretender: Hehehehe...thanks a lot, good to hear that, hope u can be one of my loyal reader....hopefully I can go back.. :)

thepretender said...

i will! definitely!! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...