Monday, 7 April 2008

Kesimpulan Kisah-kisah Di Suatu Petang

Assalamualaikum dan Salan Sejahtera Semuanya.....

DOA HARI INI

"Ya Allah Ya Tuhan Kami, Engkau permudahkanlah perjalanan dan pencarian kami dalam dalam mencari jalan yang Engkau redhai".


JELEK AKAL

"Yang indah di dunia hanya sementara, bila bersama kita terlupa dalam gembira, bila menjauh kita berduka dalam sendirian. Kadang kala bersendiri adalah lebih baik".


Chronicle kembali.....cerita ini aku coretkan di penghujung malam tadi adalah sebuah kesimpulan terhadap himpunan kisah nan seminggu. Kesimpulan yang tertemu di muara Pulau Melayu lewat petang semalam, tentang perjalanan dan pencarian diri yang bermula dengan suatu muhasabah. Sudah lebih dua minggu aku berada di Miri setelah pulang dari percutian lalu. Seperti kebiasaan, kesibukan bekerja adalah perkara yang tidak dapat dan tidak mampu aku elak.

WO-K #033 : 30” Export Line MCOT Touch Up Painting, penuh konflik dan kepentingan. Malu dengan diri sendiri.

WO-K #041 : Fertek-Wrapping BCOT-Temana Incoming Line PL184, tersenyum sendiri hasil akhir berjaya di persembahkan dalam As-Built.

WO-K #038 & #039 : PL148 & PL215 Tukau/Siwa Auxiliary Pumping, menanti servis bertukar tangan.

WO-K #048 : 10” Bokor Barrel Repair PL067, bangga dan puas. Suatu koloborasi yang cemerlang. Tahniah semua!.

WO-K #025 : BNGP-B Caisson Partial Replacement, suatu penantian yang menakutkan. Jangan buang masa Hidayat!!!.

Antara amanah dan tanggungjawab yang tergalas di atas bahu lelaki muda ini. Kerana amanah, kita bermatian memberikan yang terbaik walaupun sesekali kita terfikir tentang penghargaan, tentang ganjaran. Adakah gaji yang kita terima itu suatu penghargaan, suatu ganjaran. Jika benar, bekerja lah dengan penuh dinamik. Bercerita tentang ‘penghargaan’, banar atau salah, setiap di antara kita pasti mengharapkan sesuatu sebagai balasan dan penghargaan atas apa jua perkara yang telah kita lakukan. Dari sudut keagamaan pula, setiap perkara baik yang telah kita lakukan, akan diberi ganjaran pahala. Satu pertanyaan, adakah kita nampak akan pahala?. Tidak bukan, namun atas dasar kepercayaan dan nilai iman yang ada dalam diri kita, maka kita percaya akan wujudnya syurga dan neraka dan kita juga percaya kedua-duanya adalah destinasi akhir sebuah penghargaan dan balasan. Ayuh teman-teman, mari kita berbuat baik!. Hatta dalam cinta sekalipun, kita lakukan segalanya yang terbaik dan termampu untuk menerima cinta yang berbalas nan serupa, cinta yang berbalas nan sama, tapi apa pula kayu ukur untuk cinta itu menjadi sesuatu yang adil, sesuatu yang seimbang. Begitu subjektif!!!.

Yang Jumud : Manusia hari ini jauh lebih bangga bercerita tentang kejahatan yang dilakukan. Pelik...tapi inilah yang benar.

Minggu lalu juga, aku dan seangkatan teman-teman sepejabat terkejut dengan berita kemalangan yang berlaku di yard. Panas di SKO, panas juga di HQ Kota Damansara. Salah seorang pekerja yang berpengalaman dan berstatus ‘supervisor’ hampir terputus tiga jarinya apabila ‘grinder’ yang digunakannya untuk memotong kayu tergelincir dan termakan tangan sendiri. Apa yang telah diberitakan oleh saksi, PPE (Personal Protection Equipment) telah lengkap diguna pakai, namun kemalangan tetap berlaku. Apa kesimpulan kita?. Mengukuhkan sebuah kepercayaan betapa setiap perancangan, keberjayaannya masih terletak pada DIA. Malang tidak pernah mengenal siapa, tidak juga mengenal tempat. Sebagai manusia, perkara terbaik yang perlu berada di ingatan dan diingatkan selalu adalah ‘berhati-hati’ dan ‘bersedia’. Perkara yang telah berlaku tidak boleh diputar kembali namun perlu dan wajar dijadikan pengajaran dan panduan untuk hari-hari mendatang. Jika perlu berhenti...maka berhentilah, jangan dipaksa akan diri.

Yang Jumud: Kita bersedih bila malang menimpa tapi tidak pula kita bersyukur bila nikmat yang kita terima.

Di awal pagi Sabtu lepas pula, aku menerima sms dari seorang teman rapat yang turut bekerja di Miri. Aku membaca sms darinya lebih kurang jam 9 pagi setelah terjaga dari tidur. Sebaik membaca smsnya, beristigfar aku seketika dan kalimah atas apa yang telah terjadi... ’innalillah hi wa’inna ila hirrojiun’, semoga roh allahyarhamah makcik yang juga telah dianggap ibu kedua kepada Brader Arnet tergolong di dalam golongan umat manusia yang beriman. Perkara yang paling aku kesalkan adalah kegagalan diri menjadi sahabat yang baik buat teman itu. Dia telah meminta aku menghantarnya ke lapangan terbang seawal 6 pagi dan aku telah gagal melakukannya. Salah aku kerana tidak membaca sms seawalnya. Maafkan aku.... Marilah kita beringat semua teman-teman betapa kehidupan kita ini adalah pinjaman semata-mata. Ajal itu tidak pernah mengenal siapa dan usia, tidak juga boleh dipercepatkan mahupun diperlengahkan. Itu semua adalah urusan Allah Ta’ala. Kita yang masih hidup ini perlu sentiasa bersedia dan perlulah lebih memperbanyakkan amal ibadat sebagai bekalan untuk kita bertemuNYA kelak. Kehidupan perlu diteruskan dan sentiasalah bersedia menghadapi saat perpisahan kekal mahupun sementara.

Yang Jumud : Kita berlengah dalam urusan ibadat namun kita sering tergesa-gesa dalam urusan dunia. Mari kita mengubahnya!!!.

Soal semasa, aku membaca tentang isu politik terkini di Malaysia dan seantero dunia benar-benar membuatkan aku terfikir dan berfikir. Suatu kesimpulan betapa manusia hari ini semakin hilang pertimbangan. Kesalahan dan kesilapan dahulu menjadi percaturan dan permainan tuding menuding jari pula meletakkan semua di antara kita sebagai suatu bahan eksperimen. Mahukah kita selamanya berada dalam keadaan ini?. Kemudian, filem ‘FITNA’ yang benar-benar memberi kesan kepada seluruh ummat Islam dan sejelasnya menampakkan kebobrokan ummat Islam itu sendiri yang telah hilang kesepaduan sejagat. Mari kita berfikir sejenak, bagaimana boleh wujudnya ruang yang telah membuka peluang untuk Islam itu diserang. Ayuh menggali punca, kita mungkin tidak sedar dan tidak mahu sedar tetapi lihatlah realitinya hari ini. Selamah-lemah iman kita adalah suatu kewajaran kita tenam dan semai benih-benih kebencian atas apa yang telah diperlakukan. Mari kita lindunginya dengan cebisan doa. Moga-moga doa kita sampai kepadaNYA.

Yang Jumud : Bercakap itu sememangnya mudah namun melaksanakan menjadi suatu kepayahan.

Aku...semakin kuat dan tabah menghadapi hari-hari mendatang. Semakin suka dan cinta akan kerja hari ini. Termotivasi dengan sendiri bila diri diuji. Jauh di sudut hati, terbayang sesekali wajah ayah dan ibu, wajah adik-adik. Betapa diri ini terlalu merindui kalian. Semoaga apa yang telah kita rancang dipermudahkan olehNYA. Wajah-wajah yang telah banyak memberi dan berkongsi pengalaman, pengetahuan, ilmu dan segalanya. Wajah-wajah yang telah memberikan kasih sayang yang sempuna. Terima kasih segalanya. Inilah hari-hari terbaik yang pernah aku lalui. Janganlah ia direntap kini. Rasa syukur yang teramat aku panjatkan kepadaMU atas nikmat dan rezeki yang tidak putus-putus ini. Syukur juga atas nikmat ketenteraman dan ketenangan dalam diri ini. Kemudian tertangkap mata aku akan sebuah cerita yang pernah aku tonton 9 tahun dahulu di 'Speedy Video'. 'Once A Thief', Menggamit kenangan sewaktu tingkatan tiga di Sabah. Alhamdulillah atas segalanya.

Yang Jumud : Rasa syukur biasanya hanya sementara dirasa bila yang indah itu kita lupa datang dari siapa.


Buat Abah, wish you good luck for tomorrow...abah memang boleh...ed doakan agar suatu keajaiban akan bertandang menyerikan kehidupan kita semua...


Ayuh teman, kita dengar lagu latar entry kali ini. Lirik yang mudah difahami...indah...dan penuh makna...sesungguhnya itu lah rasa hati kini.....terimalah...


'KU INGIN KAMU'

22 Comments:

Sarah Mohd Shukor said...

Salam Dayat.

lama tak jd org 1st drop comment kt sini. asyik dgn kerja je dia ni. bila kt pantai tu, takde ke tulis sajak lg? ok. jgn jealous. kali ni sy plak yg lg produktif. ada 2 dlm masa seminggu. tiba2 sy teringatkn Ida. kirim salam pd dia ye. oh ye. jaga jari. jgn terputus jgk ye encik. hehe

Neeza Shahril said...

Salam dik,

selagi nama kita manusia, kita tak lepas dari berbuat kesilapan. Kita cuma akan tersedar apabila ada kejutan. Macam bawak kereta dengan laju lah jugak. selagi tak kena tahan polis, selagi tu lah orang bawak laju. Tapi, of course lah semua orang tak nak di beri kejutan macam tu kan.

Semoga kita tergolong di dalam kumpulan orang2 yang tidak lupa. Insyaallah...

yginsaf said...

aper yg x kener bro? hmmm

Anonymous said...

Salam Hidayat..
oo..skrg dh bercinta ek.. cintakan kerja ek wah2.. elok ar. keje sungguh2 k..
tapi, keje2 gak gaji2 gak but jgn lupa topup iman..bekal kita hanya iman utk 'hari kelak'? mati bila2 awak,cukup x cukup nnti xsmpat de nk topup.. Nauzubillah.. Ya Allah takut nyer.. same2 kita topup2 kan ek...
by the way ermm lyn gk dgr lagu nie lagi2 hati Fitriah tgh sedih2 camnie, 1 ari moody.. layan ar dgr lagu nie.. sedih2!!mmm... :(

Anonymous said...

Salam abg wan...sue lambat tdo mlm ni, baru terupdate...lama tunggu, busy rupanya abg sue ni....hehehehe, best baca kesimpulan abg yang pelbagai tu...terasa sgt...lagu tu pun best, tak pernah engar pun sebelum ni...lagu baru ke???. Sy donlod ek...ok abg, Sue nak smbung study...cheewahhh...

Suriyati

KV said...

gerun nya dengar crita hampir terputus jari tu. Hati2.

Mak Su said...

thanks peringatan

Anonymous said...

Salam Wanhidayat...

Akak pertama kali singgah di sini, akak cari sesuatu untuk assignment akak, secara tak sengaja ter'klik' blog wan...dah terbaca entry tentang kehidupan sampai akak terasa nak baca semua entry wan, terasa nak tahu wan ni org yang bagaimana...akak rasa seperti jatuh cinta dengan cara wan olah ayat dan sampaikan sesuatu kepada pembaca. Sesekali akak rasa tersentuh, terasa sesuatu dan terpegun!!!. Banyak juga perkara yang telah wan lalui walaupun usia baru sejengkal (maafkan akak)...itu yang membuatkan akak berasa sungguh kagum dengan wan, terasa nak tahu lebih tentang wan. Wajah wan yang ceria...senyuman wan yang manis, akak siap panggil husband akak lagi tengok blog wan...wan, akak nak ucapkan selamat maju jaya pada wan dunia dan akhirat, buat yang terbaik utk diri dan keluarga...akak akan selalu singgah di sini bila ada kelapangan, wan teruslah menulis...pendapat wan tentang kehidupan ini...(sebenarnya akak tgh buat research human behaviour)...bolah lah minta tolong wan nanti...

Assalamualaikum,
Kak Syarifah, KL

Ad Rifza said...

Ku ingin kamu?..Kamu tu sape ek?..haha..sibuk jer..

- G O R O - said...

Salam bro..

Yang jumud itu semuanya benar.

You are good writer.

Teruskan perjuangan kamu.

Anonymous said...

Hi wan...

Love reading your blog...very interesting and contented and the pictures...what a wonderful...the background and also you yourself, cute smile...good writer...thanks for the remind...a lot of things that i don't know...what ashamed!!!, ok gtg...for meeting...

Zara

Anonymous said...

salam'sss
bz nyer ko keje dayat.. isk isk iskkk... tue lah selagi tugas/tanggungjawab yang diamanahkan utk kita tak selosai, selagi tue laa mcm takleh nak lena tido mlm... Syukur dalam segala kesempitan waktu dan lain2 tugas yang menghambat ko still have a time to update this blog... Boleh mengisi waktu membaca blog ko yg bermanfaat nie hehehe...
Tomorrow will travel to miri offshore F13... Bosan eehhh nak melepak atas McDermott barge tuh... nak wat camner tugas kan... Ko tak ke laut ka???

regards..
Jan's Putrajaya

Sarah Mohd Shukor said...

hihi. terasa nak jawab utk En. Jan Putrajaya. En. Dayat kita ni out station ke Singapore. En. Jan ke Miri, dia plak ke kota singa. tak bertembung la nampak gayanya :)

Anonymous said...

salam en.dayat...rasanya ko dah layak dipanggil encik...ke kota singa?,buat apo?, kijo kah? @ jalang2 makan angin...oklah slmt pergi slamat pulang...

SR

Anonymous said...

Teruskan motivasi dan usaha Ucu dalam kerjaya... Semoga apa yang diimpikan akan tercapai... Jaga diri dan kesihatan...
Love to read your blog...

~RuDy~

Mak Su said...

jgnlah kita membuang masa sia-sia kan

Y u Z z 9071 said...

dayat...awk telah diTAG..

bole buat ke??

WanHidayat said...

Sarah: Now...this entry, u r the first, congrats...insyaAllah, bekerja kena fokus, jika hilang fokus nnti hlang bukan setakat jari. Ida sihat2 sahaja...dia ada kat jerantut sekarang.




KakNeeza:Benar akak, sy 100% setuju tapi yang sy pelik dan hairan, ada jugak manusia yang selalu lupa...ntah lah akak, inilah variasi dalam sebuah kehidupan.




YnagInsaf: I'm ok lah...mana ada perkara2 yang tak kena, semuanya baik2 sahaja di sini.




Fitriah: Yup...bercint dgn kerjaya...susah jugakkan...kena berul2..nape plak nih, patutpun waktu pergi SKO, layang tak layan jeak...buat dobo jeak...

WanHidayat said...

Suriyati: Sue...abg paham student slalu tdo lewat tapi jgn amalkan selalu nnti hilang fokus plak...apa2 pun just buat yang terbaik untuk diri Sue..bagus lah klu Sue paham....amik sahaja apa yang baik2 ek...




KV: nak wat cam mana...semua kerja ada risiko..yang penting kita perlu berhati2...




Maksu: Hehehehe...yang lebihnya peringatan untuk diri saya...

WanHidayat said...

Kak Syarifah KL: 1st of all, thanks a lot for dropping by and visiting my blog...really appreciate it...akak, wanhidayat biasa sahaja, sy cuma berkongsi pengalaman yg sedikit ini...pengetahuan yang cetek ini. Apa2 pun terima kasih atas doa akak...klu akak nak kongsi apa jua, sy sudi...agar sy dapat menjadi lebih matang lagi...sy juga doakan utk master akak...




AdRifza: Ku Ingin Kamu...untuk semua pembaca....heheheh




Goro: Thanks bro...tolong tunjuk ajar lagi...byk yang perlu sy perbaiki...




Zara: Nama...mesti cantik dan menarik...thanks a lot, it is better to put ourselves down but jgn rendah diri sgt nnti kena pijak...biarlah berpada2...and thanks for the compliment :)




Jan's Putrajaya: Salam kembali...terima kerana selalu datang cni...ke F13, jauh tu..McDemmort???, what project...Dewatering ke???, my team now sail out to Bintulu for that project...mmg busy tapi kena pandai bahagikan masa...kekadang tuh dah rasa sungguh tak larat...tak larat bro..tapi amanah dan tanggungjawab kena lunaskan...




Sarah: Terima kasih kerana menjawab abgi pihak wanhidayat...hahaha...sy dah balik dah pung...





SR: Bukan berjalan2...tapi naik flight dari Miri ke Kuching ke Singapore...ke KLIA then ke Miri balik...ada kerja sikit, pi buat function test 2 bijik pumps...




Rudy: Thankssss a lot bro...i will selagi diri ini bernafas....




Maksu: benar maksu...sungguh benar....24 seakan tidak cukup...tapi bila bagi lebih kita plak tak pandai bersyukur...




Yuzz9071: Tag anda akan dilayan dan dijawab dalam masa terdekat ini...

Anonymous said...

salam...
ahh haaaa... thanks sarah jawab bagi pihak dayat hehehe...
mmg tak bertembung kot dayat kat onshore saya kat offshore... jauh bebenor 1 hour by chopper or 5 hours by boat to DB26 nie...
letih maaa...
gua ada HT pipeline 28" kat F13 nie dayat... hari ahad/isnin kot baru settle... bosan weyyhhh lama2 kat offshore nie... balik dari offchore nie terus nak blahh balik KL... takleh tunggu lama2 kat miri huhuhu...

regards...
Jan's Putrajaya

WanHidayat said...

Jan's Putrajaya: Bro...klu lu balik darat Isnin @ selasa...bagi tahu lah, boleh lepak2 kat darat sat...lu bagi contact no guna email gua...harap2 lu dapat access lah internet kat platform nan jauh ittew....barhati2 di platform...