This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Friday, 6 July 2007

Sesungguhnya Allah Menyayangimu


Masalah adalah perkara yang begitu sinonim dengan sebuah kehidupan. Setiap di antara kita pasti akan diuji dan terus diduga. Kita merintih bila diuji dengan kesengsaraan namun kita tidak pernah berterima kasih apabila kita diuji dengan kesenangan.
Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian. Apa yang boleh aku katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita.
Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fijr, kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya.
Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.
Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada Allah swt. Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza.
Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis,
Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?
Jawab baginda, Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya. Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.
(Riwayat Tirmizi)
Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah... ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang. Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran.
Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub, Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.
Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad Da Wad Dawaa, Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.
Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah saw,
Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi.
Akhir sekali, cuba baca perlahan-lahan dan hayatilah sabda Rasulullah saw dibawah yang maksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang.

Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,
Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.
(Hadis Riwayat Bukhari)
Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang.

Jesteru, marilah kita bersama-sama kembali dan menilai setiap perkara yang telah kita lakukan. Solat adalah satu kewajiban yang telah terletak di pundak seluruh umat Islam. Tiada alasan untuk kita meninggalkan perkara yang wajib ini kerana kekuatan dalaman berkembang melalui amalan solat yang zuhud dan tawadduq. Walau kekayaan dan kejayaan jua yang kita cari di dunia ini, tanpa kalimah "kunfayakkun" milik NYA...kita bukanlah kita seperti hari ini....marilah menunaikan solat....semoga kehidupan kita diberkati dan di rahmati Allah swt...



~SESUNGGUHNYA ALLAH MENYAYANGIMU~
Pesanan untuk diriku yang Jahil jua buat teman-teman seagamaku...Jazaka ALLAH

5 comments:

Luaq Ezplanade said...

Dugaan yang kita hadapi saat ini merupakan satu ujian dari-Nya. Samada kita menerimanya dengan penuh kesabaran diatas ujian-Nya terhadap umatnya itu terpulang pada hati dan kewarasan fikiran.

Dengan berdoa kepada-Nya serta usaha kita, insyallah akan nampak jalan penyelesaiaan..

~wan hidayat~ said...

luaq ezplanade: Alhamdulillah, marilah kita bersama2 mengingatkan antara satu sama lain....ustaz ke??? @ ustazah????

Luaq Ezplanade said...

tak kira laa ustaz or ustazah nie...janji kita redha apa yang dikurniakan oleh-Nya..

Rush Murad said...

bila nak update blog ni cik wan oiiiii?????? tazkirah ni sambung next Friday ek.... busy ker lately?

~wan hidayat~ said...

luaq ezplanade: yup....yang penting kita saling ingat mengingatkan...

rush: ermmm...busy, lepas jam 6 baru boleh update blog...please check my new entry.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...