This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Tuesday, 24 July 2007

Fire...Fire...Fire....

ALLAH MAHA MENGUJI

Sekitar jam 12 tengah hari, aku keluar daripada Yu Lan Plaza, Miri setelah menemani Nazeri menyelesaikan urusannya di pejabat imigresen bersama 2 orang lagi officemates aku...Bro Lan dan Atan. Kami terus menuju ke Taman Seroja untuk makan tengah hari walaupun perancangan asalnya kami akan ke Muara Cafe untuk santapan Lalapan. Masa begitu berharga, justeru kami terus menuju ke Taman Seroja. Sebelum tiba di satu simpang, kami berempat mendengar satu letupan berdekatan dengan Somerset Hotel diikuti dengan asap tebal berwarna hitam berkepul-kepul naik ke langit biru....rupa-rupanya kebakaran sedang berlaku di Jalan Hokkien, berhadapan dengan Miri City Medical Centre dan Orthopeadic & Trauma Specialist Clinic.

INILAH UJIAN ALLAH TERHADAP MAKHLUKNYA

Tanpa membuang masa, kami terus memberhentikan kereta dan turun menyaksikan apa yang sedang berlaku. Niat ingin membantu tetapi api begitu besar dan semakin marak membaham setiap konkrit dan semuanya bagaikan terpaku melihat kejadian tersebut. Kami adalah di antara kumpulan pertama yang melihat kejadian tersebut, jalan semakin sesak kerana setiap individu yang melalui jalan itu berhenti ingin melihat apa yang berlaku. Dalam tempoh kurang 6 minit, pasukan penyelamat tiba dan bermulalah aktiviti melawan api yang sedang marak. Aku tidak pasti bangunan apa yang terbakar ketika itu. Aku teleh diberitahu bangunan yang terbakar itu merupakan kedai perabot (shop lot) yang di atasnya terdapat deretan rumah yang masih berpenghuni. Aku juga tidak pasti, adakah terdapat mangsa yang terperangkap dalam kejadian tersebut...harapan aku tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Pasukan penyelamat mengambil masa 30 minit untuk meredakan api yang sedang marak...terdapat 3 buah kereta terperangkap ketika itu. Atas kebijaksanaan pasukan penyelamat, mereka telah membasahkan seluruh bangunan berdekatan dan yang terhampir dengan kedai perabot tersebut agar api tidak terus merebak ke bangunan lain. Faktor angin ketika itu benar-benar menguji pasukan penyelamat untuk meredakan api yang semakin tinggi melangit.

Kami beredar setelah melihat keadaan berubah menjadi reda...TAHNIAH PASUKAN PENYELAMAT MIRI, mereka pantas dan pihak polis turut berperanan mengawal kesesakan lalu lintas ketika itu...Aku bersyukur dan terharu melihat kejadian tengah hari tadi. sekurang-kurangnya apa yang telah berlaku mengingat aku betapa kita semua perlu sentiasa berhati-hati kerana musibah yang menimpa tidak pernah mengenal siapa, masa dan ketika....

NOKIA 3250 (Gambar kurang kualiti)

18 comments:

sitilina said...

wah. duane nii?

Luaq Ezplanade said...

ehh bila nie? i tak tahu pun? hari nie ekk?

sharzefarish said...

mesti terasa panik jugak time tu kan ucu...

~wan hidayat~ said...

sitilina: duane???...demo nih, dekat2 ngn sup power,dinasty hotel....

luaq ezplanade: bacalah berita....ade gak wartawan dari akhbar mana2 ntah...Nanyang SiangPau!!!

sharzefarish: boleh lah ateh...ucu cuma byk berdoa agar tiada org yang terperangkap ketika itu....

sitilina said...

demo mari SKO arini? bakpo dop oyak perawal. bulis lunch sekali. hehehe.

~wan hidayat~ said...

sitilina: bakpo tokleh sesame kalu tok boyak awa2....buleh jo..ramai awek come kat cafe tuh...hehehe

Rush Murad said...

meletup depan pusat ortopedik dan traumatik.... semkain trauma ler pesakit2 kat situu..... :P

kalau kat US or UK ni, dah sure2 depa cakap 'terrorist' yg lakukan... ek?

~wan hidayat~ said...

rush murad: yo lah tuh...dah lah meletup2, rasanya bukannya lebih trauma tapi sihat walafiat sebab tengok api terbayang api kat dunia lain (astaghfirullah)...litar pintas!!! khianat dunia perniagaan!!!

sitilina said...

bilo nok mari SKO lagi? demo kijo nger sapo heh?

~wan hidayat~ said...

sitilina: hari2 pi sana...sy kerja ngn PBJV Group (VDP petronas based kat sini dan di attachedkan kat SKO)utk Provision of Services for Pipelines Pre-Commissioning, Commissioning and De-Commissioning for Upstream Sector...

sitilina said...

iye ko
deal nger sapo? Flora ko?

Cliff Elvin said...

Bila terbaca blog Ucu ni.... Cliff teringat dulu masa Cliff kecil2... time tu nak balik kampung... lepas tu nampak asap berkepul2 d tengah jalan otw balik tu.... time tu first time nampak rumah terbakar depan mata cliff... lepas kejadian tu cliff dah takot main api dah....

Cliff Elvin said...

o ye... lupe nak bg taw pulak.... cliff dah tag ucu nyer blog kat cliff nyer blog....

sama-samalah kita memajukan blog komuniti kita bah!!!

~wan hidayat~ said...

sitilina: yessss...definitely flora ashaari, sumtimes ngn charles and nestor mendoza...but En. Rozan and flora are our focal point....

Cliff: ahahaha...jgn main api lagi ek...thanks cliff, here we go..for the blog...

sitilina said...

lenkali mai SKo singgahla level 2. hehe.

Kifli Bujang said...

Dah mcm reporter habislah I tak boleh cari makan lepas ni.

日月神教-任我行 said...

成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,a片

炒米粉Ken said...

徵信社,徵信,徵信,徵信社,外遇,尋人,徵信公司,徵信,抓姦,徵信,徵信社,徵信,抓姦,抓姦,外遇,尋人,徵信公司,徵信,徵信,徵信社,徵信社,徵信,徵信社,徵信,外遇,尋人,徵信公司,徵信社,抓姦,徵信,外遇,徵信社,,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信,徵信社,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,外遇,尋人,徵信公司,徵信,徵信社,徵信社,徵信,錄音,背叛,商標,商標,GPS,離婚

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...