This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Friday, 29 June 2007

~ SELERA JUMAAT~

Mari Mendidik Rohani



Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama menunaikan solat Jumaat, tiada sebarang alasan untuk kita menidakkan tanggungjawab kita terhadap suruhanNYA. Sudahlah perkara-perkara sunat sukar untuk kita lakukan, jadi berfikirlah sejenak kerana setiap amalan yang kita lakukan adalah untuk mendidik dan merawat rohani kita. Aku juga berpesan pada diri aku betapa kita semua semakin leka...justeru itu, back to basic....Di bawah ini adalah rukun-rukun khutbah yang ada di antara kita tidak pernah tahu dan ambil tahu tentang perkara ini....semoga hari-hari kita yang mendatang dirahmati Allah s.w.t...
Rukun-Rukun Khutbah adalah seperti berikut :
1. Memuji Allah Taala
1. Tertentu dengan lafaz الحمد لله atau احمد الله atau نحمد الله atau الله احمد atau الله الحمد atau انا حامد الله .
2. Tidak memadai dengan lafaz الحمد للرحمن atau الشكر لله dan sebagainya.
2. Membaca Selawat
1. Tertentu dengan lafaz اللهم صل على محمد atau نصلى على محمد atau diganti lafaz محمد dengan lafaz النبي / احمد / العاقب / حاشر / الماحي / البشير / النذير .
2. Tidak memadai dengan سلم الله على محمد atau رحم الله محمد
3. Wasiat dengan takut kepada Allah SWT
1. Walaupun tidak dengan lafaz wasiat sekalipun
2. Memadai dengan lafaz اطيعوا الله atau اتقوا الله .
3. Tidak memadai dengan semata menakuti daripada perhiasan dunia kerana itu adalah sedia maklum walaupun oleh kafir maksiat.
4. Membaca satu ayat Al-Quran yang difahami.
1. Tidak memadai membaca setengah ayat walaupun panjang.
2. Tidak memadai satu ayat yang tidak memberi faham seperti ن
3. Memadai ayat itu dibaca di dalam salah satu daripada 2 khutbah.
4. Sunat dibaca pada akhir khutbah pertama.
5. Sunat dibaca Surah Qaf pada akhir khutbah pertama setiap Jumaat kerana mengikut Nabi tetapi berhasil pahala sunat dengan membaca setengah surah tersebut.
5. Membaca doa berkenaan urusan akhirat untuk orang Islam dalam khutbah kedua.
1. Memadai menentukan doa bagi segala yang mendengar seperti katanya رحمكم الله
2. Tiada memadai menentukan doa itu bagi mereka yang ghaib.
3. Tidak mengapa membaca doa bagi Sultan dengan tentunya jika tidak berlebih-lebihan dalam menyatakan sifatnya.
4. Kata Sheikh Ibnu Abdus Salam tidak harus memuji Sultan dengan sifat yang dusta kecuali kerana dharurat.
5. membaca doa bagi segala Sultan yang Islam dan tentera mereka dengan kebaikan dan kemenangan.

6 comments:

Luaq Ezplanade said...

Assalammualaikum Wan~! Salam sejahtera.E~mail address ada tak?

Luaq Ezplanade said...

Thanks for the email address.
*lawat2 laaa ekk!

final solution said...

woh.. bgs2... mende camnih.. elok dibace.. bkn hiasan semata2.. :D

~wan hidayat~ said...

luaq ezplanede : no big deal bro...bereh bosss klu nak melawat tu, luaq tak juah pun...hehehe

final solution: sebagai peringatan utk kita bersama....

Rush Murad said...

saja singgah kejapppp......

~wan hidayat~ said...

rush: singgah kejap??..motif???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...