This Too Shall Pass

THIS TOO SHALL PASS - No matter what our situation in life, eventually, things will change and it will be over. Tiada satu yang akan kekal melainkan Allah. Kehidupan kita di dunia ini adalah untuk kehidupan di akhirat sana. Berjuanglah untuk menuju jalan yang diredhai Allah. Just everything that THIS TOO SHALL PASS

Tuesday, 19 June 2007

Second Batch of Chemical Engineering Students UMP


UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
Bachelor of Chemical Engineering Degree


Sejarah perkenalan kami semuanya bermula di sini, Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (KUKTEM) dan kini bertukar kepada Universiti Malaysia Pahang (UMP). We are the 2nd batch of Chemical Engineering students....pioneer lah juga sbb bila terdamparnya pada hari pertama kami di situ, serba serbi kekurangan dan ianya seolah-olah berada di kem tahanan mangsa peperangan....bagaimana kami boleh meneruskan pengajian kami di sini, ada yang tercampak, dijual, dilelong dan ada juga atas pilihan sendiri. Walau apa jua pilihan dan dalam keterpaksaan tersebut kami pasrah dan redha dan kami berjanji utk melengkapkan institusi tersebut seperti oxford dan havard...hahahaha.

Dalam ketawa kita semua pernah menangis...dalam sendu kita semua bisa tersenyum

Alhamdulillah....kami semua berjaya menamatkan pengajian kami dalam tempoh 4 tahun seperti yang terkandung dalam surat tawaran sebaik sahaja kami tamat program matrikulasi di tempat masing2. Walaupun kami belum lagi konvo (insyaAllah lepas raya idulfitri), dah ramai di antara kami yang bekerja dalam pelbagai bidang, ada juga yang sambung master. Pendek kata the 2nd batch ni semuanya outstanding, puji ckiiitttt....

Apa jua yang bakal kita lakukan di masa hadapan, aku berdoa agar sahabat2 aku tabah dan terus berjuang demi agama, bangsa dan negara tercinta. Walau di mana jua kalian berada, kenangan indah bersama kalian tak mungkin aku lupakan. Doaku agar kita semua akan terus berjaya dunia dan akhirat dan seperti yang kita semua pernah janjikan...selepas 5 tahun kita akan kembali untuk berkongsi pengalaman dan kenangan kita. Ermmmm, kalau ada di antara kita yang dah bersedia untuk berumah tangga jgn lupa bagi tahu, kami akan buat rombongan cik kiah di mana kalian akan bernikah dan bersanding. Satu lagi pesanan buat semua, jika ada di antara kita yang susah, bantu lah selagi kita semua boleh membantu....ingat..."Tak beriman seseorang selagi dia tidak mengasihi saudaranya ". Akhir kata, selamat maju jaya dan selamat menempuh alam pekerjaan yang serba mencabar.

Semoga bertemu di hari kebesaran kita... see you gusy very soon on our convocation day!


2 comments:

deq_wan said...

dude...memory remains...
haha..

~wan hidayat~ said...

deqwan: memory forever remains...hukhukhuk, sedey wooo bila teringat balik....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...